FW: JEMPUTAN KE SEMINAR REGIONAL DAN KLINIK PRODUK OSCC PROGRAM OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) SEKTOR AWAM FASA III - SELF RELIANCE - ZON TENGAH

5 views
Skip to first unread message

Mohd Tar b Adik

unread,
Mar 21, 2013, 12:29:22 AM3/21/13
to KIS - Pengarah INTAN Sabah, Ku...@googlegroups.com

Salam Kegemilangan, Salam 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

SEMINAR REGIONAL PROGRAM - OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) - SEKTOR AWAM FASA III - SELF RELIANCE & KLINIK/DEMO PRODUK OPEN SOURCE COMPETENCY CENTRE (OSCC) - ZON TENGAH

Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato'/YBrs.
Dr./Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pelan Induk OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance telah dilancarkan pada 29 November 2011 bersempena dengan Persidangan CIO dan MyGOSSCON 2011. Sehubungan dengan itu, satu SEMINAR REGIONAL PROGRAM _OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS)_ SEKTOR AWAM FASA III - _SELF RELIANCE_ & KLINIK/DEMO PRODUK OPEN SOURCE COMPETENCY CENTRE
(OSCC) akan diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang Program OSS Sektor Awam Fasa III - _Self Reliance_ kepada Agensi-agensi Sektor Awam khususnya di Zon Tengah yang merangkumi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Negeri Perak.
Butiran program adalah seperti berikut:

  TARIKH : 26, 27 & 28 MAC 2013 (SELASA, RABU DAN KHAMIS)
  MASA : 8.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
  Tempat : Dewan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
  Dataran Gemilang, Presint 5, Putrajaya

3. Seminar dan Klinik ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  a) Menerangkan objektif dan strategi Program OSS Sektor Awam Fasa III
- _Self Reliance _kepada Agensi dan kumpulan sasaran.
  b) Menerangkan polisi dan garis panduan pelaksanaan Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance.
  c) Mempromosi produk dan perkhidmatan OSCC.
  d) Mengiktiraf kejayaan dan menggalakkan pelaksanaan OSS.
  e) Menggalakkan perkongsian dan kolaborasi dalam pelaksanaan dan pembangunan OSS.

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah DIJEMPUT BAGI MENGHADIRI SEMINAR DAN KLINIK berkenaan. Peluang ini juga dibuka kepada Pegawai-pegawai dari jabatan YBhg. Datuk/Dato'/YBrs.
Dr./Tuan/Puan. Dengan ini, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah diusulkan untuk MENGHANTAR SEORANG/DUA WAKIL. Semasa Sesi Klinik para peserta adalah digalakkan untuk membawa bersama sebuah laptop/notebook ke Seminar ini bagi membolehkan mereka mempelajari produk-produk OSCC yang telah dibangunkan untuk pelaksanaan agensi-agensi Sektor Awam.
Kerjasama juga dipohon bagi mengisi dan mengembalikan Borang Jawapan Kehadiran seperti di LAMPIRAN A SELEWAT-LEWATNYA PADA 21 MAC 2013
(KHAMIS) SEBELUM JAM 12:00 TENGAHARI.

5. Bersama ini disertakan Agenda Program seperti di LAMPIRAN B untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan jua. Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

  a. Puan Isnormaria Ishak
  emel : ma...@mampu.gov.my
  No. Telefon : 03-8872 5112 / 012-328 3729

  b. Cik Siti Asiah Salihudin
  emel : siti...@oscc.org.my
  No. Telefon : 019-253 1872

  c. Puan Mazliah Jamaluddin
  emel : maz...@oscc.org.my
  No. Telefon : 017-6419931

6. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan seminar ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

SITI HAWA MAHADI
Urusetia
Seminar Regional
Program Open Source Software Sektor Awam Fasa III

b.p Ketua Pengarah
     Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
     Jabatan Perdana Menteri

Lampiran A (Borang Jawapan Kehadiran).pdf
Lampiran A (Borang Jawapan Kehadiran).odt
Agenda Program Open Source Software Sektor Awam Fasa 3_Zon Tengah.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages