ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM KEGEMILANGAN.
YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
2. Sebagaimana YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan sedia maklum, Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) merupakan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam melaksanakan dasar-dasar ICT di Sektor Awam. Mesyuarat ini diurusetiakan oleh MAMPU dan diadakan tiga (3) kali setahun. Mesyuarat JITIK Bilangan 3 Tahun 2011 yang diadakan pada 13 Disember 2011 memutuskan pewujudan Ketua Perkhidmatan Teknologi Maklumat bagi memastikan perkhidmatan ICT yang lebih kompetitif.
3. Susulan keputusan tersebut, MAMPU telah mewujudkan Facebook Government Chief Information Officer (GCIO) atau Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Sektor Awam. Facebook ini bertujuan mendapatkan pandangan warga Skim F terhadap pewujudan Ketua Perkhidmatan Skim F. Sehubungan itu saya selaku GCIO ingin memohon kerjasama YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan memberi idea yang bernas melalui akaun Facebook seperti di bawah:
4. Adalah menjadi harapan saya, usaha menjadikan perkhidmatan Skim F yang mampan dan berdaya tahan dapat direalisasikan. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"
NOR ALIAH MOHD ZAHRI
TIMBALAN KETUA PENGARAH (ICT)
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
Tel: 03-8872 3010
Emel: al...@mampu.gov.my atau