Salaam Eidul Adha untuk semua! Semoga diberkati Ilahi segala ibadah dan pengorbanan kita.
Oya, ada dua acara menarik 8 hari dari hari ini:-
1. Seminar Masyarakat Mandiri anjuran ANGKASA, di GeorgeTown (14-15 NOV) yang akan dihadiri oleh Menteri KPDNKK. Penginapan disediakan di Hotel Berjaya.
2. Lawatan Sambil Belajar anjuran MKM Alor Setar (15-17 NOV). Penginapan disediakan di Hotel Regency bermula 14 NOV.
Keduanya memerlukan pendaftaran secepat mungkin, tak lewat Selasa ini, 8 NOV 2011, sementara tempat masih ada. Kalau berminat, sila hubungi saya atau Pn. Ija di PID: 013-44-8888-6 / 04-866-2706.
Oya, 14-20 NOV adalah Minggu Keusahawanan Global sedunia. Tahun lepas, KUMUDA dinobatkan 'GEW MSC Malaysia Rising Star of the Year 2010', dan tahun ini kita telahpun mengorak pelbagai perancangan untuk masa depan KUMUDA yang lebih baik. Selain aktiviti-aktiviti di atas sokongan KUMUDA, Insya Allah kita akan anjurkan Sembang-sembang sekali lagi (kali ke-4) - details coming soon!
Di seluruh negara juga akan ada pelbagai aktiviti yang menarik, bermula seawal 13 NOV dengan Startup AdventureRace:
http://www.gewmalaysia.com/startupadventurerace
Untuk senarai aktiviti-aktiviti lain sempena GEW 2011 (tahun ke-4), bolehlah merujuk
http://gewmalaysia.com dan
http://unleashingideas.org
Selamat bercuti, semoga meriah dan bahagia di samping keluarga dan teman rapat serta jiran tetangga. Wslm w.w. & jumpa lagi!!
--
n...@pp.myBalik Pulau, PP