Pendidikan Koperasi 2013 bermula!

3 views
Skip to first unread message

Nasir Sobri

unread,
Jan 20, 2013, 7:34:40 PM1/20/13
to ALK KUMUDA 2010, kumuda-org, kumud...@groups.facebook.com

Assalammualaikum w.w.

Sempena tahun ke-4 KUMUDA, marilah kita bersama-sama mengorak langkah untuk melepasi permasalahan lalu dan mencipta kejayaan milik 'ukhwah' bak kata Ustaz Rizuan semalam di majlis Muah anjuran KUMUDA di PIHEC 2013...

Kalau sebelum ini kita malas, kurang berpengetahuan, tidak berani dan sebagainya, marilah kita kikis sikap2 negatif dan beralih kepada positif.  Perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh SETIAP ANGGOTA KUMUDA adalah memastikan tak seorang pun ketinggalan daripada keperluan asas seorang anggota, yang mana ia menjadi TUNGGAK ataupun tiang koperasi melalui prinsipnya yang tujuh, yakni PENDIDIKAN KEPADA ANGGOTA.

Saya telah melancarkan tak kurang dua projek perniagaan pendidikan untuk anggota awal tahun ini, ditambah pula dengan inisiatif sedia ada daripada pihak2 SKM, ANGKASA dan MKM seprti tahun-tahun yang lalu.  Setiapnya memerlukan penggemblengan segala kudrat anggota, supaya kita dapat mencapai sasaran - tidak mampu saya beri hasil untuk 100, atau 10,000 orang anggota KUMUDA seharapnya dalam beberapa tahun nanti kalau saya seorang yang berjalan... Saya jemput Tuan/Puan saudara saudari adik abang kakak, marilah kita berjalan seiring apalagi sempena Maulidir Rasul minggu ini supaya kita ambil berkat Rasulullah mencipta kejayaan Islam di seantero dunia.

Jumpa saya di mana-mana mahupun kesemua acara berikut jika berkelapangan:-

  1. 21 JAN (pagi ini) di Hotel Vistana, Bukit Jambul (9pg - 1tgh)
  2. 22 JAN (pagi esok) di Hotel Pearl View, Seberang Jaya (9pg - 1tgh)
  3. 22 JAN (petang esok) di PERDASAMA, George Town (6-7 petang)
  4. 23 JAN (pagi Rabu) di Bangunan PERDA, Butterworth (9pg - 1tgh)
  5. 24 JAN (Khamis) bersama2 Kelab Farmasi melayu yang berjaya....
  6. 28 JAN (Isnin selepas cuti2 panjag) di UiTM Balik Pulau (8:30pg - 4:30ptg)

Seterusnya, pelbagai program di merata lokasi oleh agensi2 koperasi seperti di atas, mahupun program2 anjuran KUMUDA sendiri serta koperasi2 lain untuk kita gerakkan kejayaan ekonomi sendiri, tidak lagi bergantung belas kasihan orang... Saya mencari 10,000 orang yang mahu berjaya, walau lebih berjaya daripada saya sendiri. Anda berani?

--
Nasir Sobri
Pengerusi Majlis Negeri Pulau Pinang, NEF (sejak 2011)
merangkap Pengerusi Lembaga KUMUDA (2010-2013)
http://nef.org.my
http://kumuda.org

p/s: Dikepilkan program2 menarik drp MKM Cawangan Utara.  Jgn tunggu lama2, atau peluang anda habis dikebas orang....



mkmas @ pp - 21jan12.pdf
mkmas @ utara jan-mei 2013.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages