Laporan Pelaksanaan Transformasi KUMUDA 2011-2012 (in progress)

16 views
Skip to first unread message

Nasir Sobri

unread,
Apr 7, 2012, 2:42:30 AM4/7/12
to ALK KUMUDA 2010, kumuda-org, KUMUD...@groups.facebook.com

Assalammualaikum w.w. & Salam 1Malaysia!

Merujuk kepada laporan 'Retreat' KUMUDA 2011 (6-bulan bermula JUN 2011) & perancangan Transformasi KUMUDA 2011-2012 (6-bulan bermula NOVEMBER 2011) bertarikh 19 NOV 2012, di bawah adalah kesinambungan pelaksanaan setakat 4-bulan pertama NOV 2011 - MAC 2012 - tinggal kurang dua (2) bulan sahaja lagi untuk melengkapkan program ini sebelum kita memulakan Program (Inovasi) KUMUDA Baharu, bermula dengan Mesyuarat Agung 1 & 2, dicadangkan pada JUN 2012.

(rujuk http://groups.google.com/group/kumuda-org/browse_thread/thread/eddfdaaf21983fac untuk laporan sebelum ini)


Senarai perancangan dan aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

  1. 30 MAC 2012: Pengerusi KUMUDA bersama Norhafiz telah membuat kunjungan ke Pejabat Rektor UiTM Pulau Pinang di Permatang Pauh, Seberang Perai dan Pejabat CEO JKP Sdn Bhd di George Town bagi memulakan perhubungan dan kerjasama dengan organisasi terbabit.

  2. 30 MAC 2012: KUMUDA telah diwakilkan oleh Pn. Zuraida & En. Ahmad Nizam dalam Mesyuarat ke-2 Majlis Pembangunan Koperasi Parlimen (MPKP) Balik Pulau yang telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Seri Hilmi Yahaya.  Mesyuarat membincangkan penganjuran acara Coop Best @ Balik Pulau 2012 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 27-29 APRIL 2012.

  3. 25 MAC 2012: KUMUDA telah menyertai 1CT Bash 2012 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Balik Pulau, anjuran Kelab 1CT Balik Pulau.  Topik Keusahawanan & Koperasi dikupas oleh Pn. Siti Huraizah selaku ALK/Bendahari KUMUDA. ALK Muzafar, Eksekutif Hafiz & Eksekutif Ajirah turut membantu dalam penyeliaan logistik dan latihan program taklimat & bengkel ICT.

  4. 23 MAC 2012: En. Norhafiz Zakwan, lulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Multimedia Melaka telah memulakan penyertaan sebagai pelatih Eksekutif Pentadbiran KUMUDA dan akan menyelia operasi berkaitan keanggotaan dan kewangan/perakaunan KUMUDA.

  5. 19 MAC 2012: Cik Ajirah telah memulakan penyertaan sebagai pelatih Eksekutif Pendidikan, dan belia akan menyelia perancangan dan pemudahcaraan penyertaan anggota serta pelanggan KUMUDA dalam kursus-kursus pengurusan, perakaunan, keusahawanan dan ICT anjuran KUMUDA dan organisasi-organisasi rakan seperti ANGKASA, MKM dan SKM.

  6. 15 MAC 2012: Seminar Antarabangsa 'Cooperative Enterprises Build A Better World' anjuran MKM & ANGKASA telah diadakan pada 13-14 Mac 2012 bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang, Selangor.  Pengerusi telah mewakili KUMUDA pada acara yang telah juga dihadiri oleh koperator dari United Kingdom, Sepanyol, Bangladesh, India, Indonesia, Filipina dan Singapura.

  7. 12 MAC 2012: Beberapa anggota KUMUDA termasuk Pengerusi telah turut berada di Pusat Internet Desa untuk sesi media bersama kru Selamat Pagi Malaysia RTM dan wakil dari Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) serta ITU-UUM Centre of Excellence for Rural Development.  Pihak RTM telah mewawancara beberapa warga masyarakat termasuk beberapa anggota KUMUDA tentang peranan 'telecentre' dan keusahawanan.

  8. 5 MAC 2012: En. Nor Effendy, lulusan elektronik dari Politeknik Seberang Perai telah memulakan penyertaan sebagai pelatih Eksekutif Pengurusan KUMUDA.

  9. 1 MAC 2012: Fasa 2/2 Transformasi KUMUDA dimulakan...

  10. 29 FEB 2012: Persidangan Negeri ANGKASA Pulau Pinang telah diwakili oleh Pengerusi KUMUDA di Hotel Bayview Beach, Batu Feringgi.

  11. 27 FEB 2012: KUMUDA telah menyertai Ekspo & Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) (24-26 FEB 2012) anjuran PIHH di PISA Arena dan Karnival Koperasi Bersama Masyarakat Parlimen Bayan Baru (25-26 FEB 2012) anjuran SKM di kawasan tempat letak kereta Masjid Bayan Baru.  Program Muah! (untuk usahawan wanita) anjuran Jawatankuasa Kerja Kecil Wanita KUMUDA akan diadakan pada pagi Ahad, 26 FEB 2012 tapak acara PIHEC 2012. 

  12. 25 FEB 2012: Kursus Perakaunan UBS telah disertai oleh Pn. Siti Aminah selama 5-hari (20-24 FEB 2012) di MKMPJ.

  13. 15 FEB 2012: Kursus Wajib JAD: Tatacara Perakaunan dan Pengauditan Koperasi telah disertai oleh Pn. Azizah selaku anggota Jawatankuasa Audit Dalaman KUMUDA pada 13-14 FEB 2012 bertempat di Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Petaling Jaya.

  14. 11 FEB 2012: Pengerusi telah mewakili KUMUDA di Majlis Anugerah NEF-Awani 2011 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Baca lebih lanjut di http://amanz.my/2012/02/nef-awani-2011

  15. 1 FEB 2012: Program-program berikut dirancangkan/dipanjangkan jemputan untuk penyertaan anggota untuk bulan FEBRUARI:-

    Ahad, 5 FEB - Sambutan Maulidur Rasul di Balik Pulau
    Rabu, 8 FEB - Program Usahawan di PDC
    Ahad, 26 FEB - Sesi Muah! untuk usahawan wanita di PISA sempena Halal Expo.

  16. 1 JAN 2012: Selamat Tahun Baru dan cuti-cuti 1 Malaysia Tahun Baru Cina, Sambutan Maulidur Rasul & Thaipusam tak lama lagi...

  17. 8 DIS 2011: Program-program latihan MKM 2012 telahpun diterbitkan - boleh dimuatturun dari: Laman MKM - kursus-kursus di Petaling Jaya dan Alor Setar misalnya akan bermula pada pertengahan FEB 2012.

  18. 1 DIS 2011: Fasa 1/2 Transformasi KUMUDA dimulakan dengan sesi-sesi kecil perancangan untuk dua bulan pertama DISEMBER 2011 & JANUARI 2012, dan beberapa aktiviti penyertaan dan penganjuran seminar dan ekspo bermula FEBRUARI 2012.  Seterusnya, pengurusan eksekutif KUMUDA akan mula dirangka seawal MAC 2012, dengan aktiviti penyediaan Mesyuarat Agung yang dirancangkan pada JUN 2012 - aktiviti transformasi pengurusan keanggotaan & kewangan dan pembangunan produk & perkhidmatan akan dilaksanakan sepanjang empat bulan FEB 2012 hingga MEI 2012.


Secara ringkasnya, perancangan latihan untuk rekrut Pengurusan Baharu KUMUDA serta anggota sedia ada telah dijalankan sepanjang DIS 2011 hingga MAC 2012.


Bermula 1 APRIL 2012, Program Transformasi KUMUDA 2011-2012 akan digiatkan untuk memastikan Pengurusan dan Anggota KUMUDA sedia untuk Program (Inovasi) KUMUDA Baharu 2012-2013:-


A. Pengurusan KUMUDA Baharu:

Tiga (3) anggota muda telah dimulakan latihan pengurusan koperasi. Mereka adalah:-

  1. Cik Ajirah, 19
  2. En. Norhafiz Zakwan, 25
  3. Cik Siti Aqilah, 19

B. Latihan Asas Koperator oleh ANGKASA (APRIL - MEI 2012):

  1. Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Minit @Hotel Sunway Georgetown (13-15apr)
  2. Kursus Asas Kepimpinan Koperator Wanita @Hotel Berjaya Georgetown (14-15apr)
  3. Kursus Wajib 1 - Pengurusan & Pentadbiran Koperasi (25-27mei)

C. Latihan Pengurusan & Keusahawanan oleh MKM Petaling Jaya (APRIL 2012):

    1. CUT 222 - Pengurusan Pemasaran @ Alor Setar (3-5apr)
    2. CUT 419 - Asas Membangunkan Blog (24-26apr)
    3. IDA 101-A - Perakaunan Asas Utk Bendahari, JAD & ALK (2-6apr0
    4. IDA 122 - Pengurusan Kewangan ASet dan Kumpulan Wang Anggota (23-25apr)
    5. IDB 225 - Jurujual Hebat (16-18apr)
    6. IDB 245 - Teknik Penilaian dan Pengurusan Projek (2-5apr)
    7. IDB 702 - Keusahawanan dalam Sektor Perkhidmatan -Restoran & Katering (9-12apr)
    8. IDB 708 - Keusahawanan dalam Sektor Pertanian Sayur-sayuran (23-26apr)
    9. IDC 302 - Memahami Undang-undang Kecil Koperasi (16-17apr)
    10. IDC 321 - Perundangan Koperasi dan Aplikasi (9-11apr)
    11. IDC 328 - Perundangan Komersial dalam Perspektif Koperasi (23-25apr)
    12. IDT 411 - Pengurusan Pengkalan Data Koperasi - Microsoft Access (9-12apr)
    13. IDT 412 - Pengeditan Imej Kreatif - Adobe Photoshop (16-18apr)
    14. IDT 419 - Asas Membangunkan Blog (23-25apr)
    15. IDT 432 - Penyelenggaraan PC (2-4apr)
    16. WAJIB 1 - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (16-18apr)

    D. Latihan Pengurusan & Keusahawanan oleh MKM Cawangan Utara (Sepanjang 2012):

    1. CU KEM 901 - Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi (26-28jun)
    2. CU WAJIB 1 - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (14-16feb)
    3. CUA 101 - Asas Perakaunan untuk Koperasi (26feb-1mac)
    4. CUB 201 - Pengurusan Rekod dan Fail (8-10mei)
    5. CUB 262 - Lawatan Sambil Belajar (25-27sep)
    6. CUB 292 - Bengkel Rancangan Perniagaan (3-5jul)
    7. CUB 723 - Industri Berasaskan Makanan - Mee dan Soya (16-18okt)
    8. CUT 401 - Asas Komputer dan Aplikasi (14-16feb)
    9. CUT 401 - Asas Penggunaan Internet (20-22mac)
    10. CUT 413 - Lembaran Elektronik Microsoft Excel (5-7jun)
    11. CUT 419 - Asas Membangunkan Blog (24-26apr)
    12. CUT 432 - Penyelenggaraan PC (29-31mei)
    13. CUT 435 - Microsoft Word Lanjutan (6-8nov)
    14. LCU 326 - Bengkel Penyediaan Aturan @ Sungai Petani
    15. LCUMA 201 - Kemahiran Asas Pengauditan Dalaman (22-25mei)
    16. LCUML 100 - Kursus Wajib Siri 1 (16-18apr)
    17. LCUML 100 - Kursus Wajib Siri 1 (26-28mar) @ Langkawi
    18. LCUML 314 - Pengurusan Mesyuarat Agung (10-12apr)

    E. Program Inovasi KUMUDA (MEI 2012++)

    Stay tuned! (akan diwartakan tak lama lagi)


    Semoga warga KUMUDA akan berusaha mantapkan persediaan diri masing-masing dan bersama-sama kita berkerja/berkoperasi bangunkan koperasi milik bersama kita ini.  Insya Allah!


    TRANSFORMASI KOPERASI MENJANA EKONOMI RAKYAT

    1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1!



    Yang berusaha,

    Nasir Sobri
    b/p Lembaga KUMUDA 2011-2012
    http://kumuda.org
    http://fb.com/kumuda.org
    http://fb.com/groups/kumuda.org






    Nora Zian Saad

    unread,
    Apr 7, 2012, 12:51:11 PM4/7/12
    to kumud...@googlegroups.com
    Noted with thanks...
     
    Norazian Saad 
    HP: 012 332 0327
    Reply all
    Reply to author
    Forward
    0 new messages