Assalammualaikum w.w. & Salam Perkasa untuk Para Usahawan/Bakal-bakal usahawan baharu...Pengumuman ini adalah untuk para usahawan Bumiputera, terutamanya yang bergiat dalam bidang berasaskan teknologi/ICT, ataupun, berminat untuk memperkasa perniagaaan/perusahaan masing-masing dengan ICT.
Seperti yang sudah diwartakan di media-media akhbar utama tempatan,
Program PUsh (Pemangkin Usahawan) telahpun dilancarkan oleh Perdana Menteri kelmarin di Kuala Lumpur, membariskan 14 inisiatif untuk memacu pembangunan industri ICT milikan usahawan bumiputera.
Program ini dibawakan oleh Yayasan Usahawan Baru (New Entrepreneurs Foundation) yang telah ditubuhkan dengan dana RM50-juta seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2013, dan akan diselia dengan kerjasama Persatuan Usahawan ICT & Industri Bumiputera Malaysia (NEF).
Inisiatif-inisiatif tersebut adalah:-- Direktori ICT Bumiputera Nasional
- Dialog Usahawan Teknologi Bumiputera
- NEF National Distribution Network
- Industry-Based Software Cluster
- Anugerah ICT NEF-Awani
- Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Digital Malaysia/EPP Funnel
- Peluang Perniagaan dalam Digital Malaysia/EPP
- 1CT Open Innovation
- Rangkaian Pasaran Creative Content
- TeraS Funnel Program
- Mergers & Acquisitions Program
- Content Readiness Program
- Program Go Global
Keterangan penuh tentang setiap inisiatif PUsh oleh NEF ada di
http://mynef.com
VIDEO PELANCARAN: http://switchup.tv/View.aspx?vid=9350&cid=1KLIP BERITA:-*
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PUsHrealisasi3gergasiICT/Article/
*
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/8/nation/12291267&sec=nation*
http://www.hmetro.com.my/articles/TigasyarikatgergasiICT/Article
*
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121107/dn_31/PM-lancar-PUsh-tingkat-prestasi-usahawan-ICT
*
http://amanz.my/2012/11/pm-melancarkan-inisiatif-push-untuk-membantu-usahawan-ict/Program-program yang diumumkan akan dilancarkan seawal bulan hadapan, dimulakan dengan sesi-sesi taklimat di beberapa lokasi berdasarkan permintaan usahawan sendiri. Dengan ini, saya mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin usahawan, terutamanya dari Pulau Pinang, untuk turut menyertai kami sebagai "
Sahabat Yayasan", mahupun memohon sebagai ahli NEF, sekiranya berminat dan berkaitan.
Untuk terus mendapatkan maklumat, silalah mendaftar di laman http://mynef.com/articles/detail/17Jemput juga LIKE di laman Facebook ini untuk program2 berkaitan/di Pulau Pinang:
http://fb.com/NEFppApa-apa, boleh juga terus hubungi saya, untuk kita adakan perbincangan, perancangan dan sebagainya. Kerjasama strategik juga sedang diusahakan dengan badan-badan swasta, NGO dan kerajaan setempat untuk melancarkan program pemangkinan keusahawanan ICT Bumiputera ini.
Untuk yang di (atau yang rajin mai jengah) Balik Pulau tu, Insya Allah, boleh teh tarik bila-bila... (P
SST: ada beberapa program akademi/inkubator keusahawanan akan dilancarkan di Balik Pulau dalam beberapa minggu sahaja lagi! :D)
Selamat menyambut Ma'al Hijrah, semoga kita akan sama-sama dapat membawa pembaharuan di tahun baharu nanti.Untuk usahawan Bumiputera yang akan menyertai
PenBEX di Dataran Transformasi Usahawan, Tasek Gelugor dan
Coop Fest Wilayah Utara di Pekan Rabu, Alor Setar bermula hari ini, diucapkan Selamat Berniaga... Insya Allah, kita akan pertingkat perniagaan bersama melalui eDagang ke seantero dunia juga tak lama lagi... :D
Oya, hujung minggu hadapan juga akan bermula kempen sedunia, "
Global Entrepreneurship Week" bagi tahun ke-5 - jemput buka minda, dan yakin boleh:
http://unleashingideas.org
--
Nasir
Pengerusi
NEF Penang / Ahli Majlis Persatuan Usahawan & Industri Bumiputera Malaysia
& Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang BhdW: http://nef.org.my | http://kumuda.org | http://2012.coop
E: n...@nef.org.my | n...@kumuda.org
T/SMS: 016-41-62747
V/MMS: 012-38-62747