Dear Mohamed Nasir bin Md Sobri ,
![]()
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN INISIATIF PUsh OLEH NEW ENTREPRENEURS FOUNDATION DENGAN KERJASAMA PERSATUAN USAHAWAN DAN INDUSTRI ICT BUMIPUTERA MALAYSIA (NEF) OLEH Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Pada sesi pengumuman Bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan sebuah yayasan iaitu New Entrepreneurs Foundation. Yayasan ini akan menjadi platform untuk pelbagai latihan dan bimbingan untuk usahawan ICT Bumiputera.
Pada majlis tersebut, NEW ENTREPRENEURS FOUNDATION akan mengumumkan 14 program pembangunan yang berteraskan ICT dan Kreatif khusus untuk Usahawan Bumiputera ICT yang dikenali sebagai ‘Inisiatif Pemangkin Usahawan ICT’ atau nama singkatan inisiatif PUsh. Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada hari tersebut.
Dengan segala hormatnya Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis pelancaran seperti berikut:-
Tarikh : 7 November 2012, Rabu
Masa : 1.30 petang – 5.00 petang (Pendaftaran dibuka bermula 1.30 petang hingga 2.15 petang)
Lokasi : Kuala Lumpur (Akan di maklumkan)
Pakaian : Pakaian Pejabat/ Formal
MASUK ADALAH PERCUMA.
Tempat adalah terhad. Untuk menghadiri majlis tersebut, sila mendaftar secara online di Borang Pendaftaran. *Password" adalah 1234. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Oktober 2012.
Kepada yang telah membuat pendaftaran secara online, tidak perlu mendaftar lagi.
Pengesahan pendaftaran, lokasi dan alamat majlis pelancaran akan dimaklumkan satu (1) minggu sebelum majlis kepada peserta yang mendaftar sahaja.
Sekian terima kasih. |