KUMUDA KINI - November rains... :)

5 views
Skip to first unread message

Nasir Sobri

unread,
Nov 6, 2012, 12:55:27 PM11/6/12
to kumuda-org, KUMUD...@groups.facebook.com, ALK KUMUDA 2010
Salaam dari Petaling Jaya...

Semoga Tuan-Puan warga KUMUDA sihat sejahtera, dan dikurniakanNya
ketabahan sekiranya diuji dengan cuaca tak menentu lewat ini.

1. NOVEMBER BULAN KEUSAHAWANAN - IYC, PENBEX, CoopFest, GEW, MUaH...
2. Program INOVASI KUMUDA (PInK !)
3. Jemaah Usahawan @ PejabatKU...
4. 1Koop.net
5. AkademiKU & InKU 1CT

Biarpun hujan tak berhenti, NOVEMBER ini sebenarnya bulan PALING
MERIAH untuk KEMPEN KEUSAHAWANAN. Di serata dunia, beberapa aktiviti
sempena TAHUN ANTARABANGSA KOPERASI (United Nation's International
Year of Cooperative - IYC 2012 - http://2012.coop) sedang diadakan...
Hari ini, Rabu, 7 NOV 2012, akan dilancarkan pula YAYASAN USAHAWAN
BAHARU (NEF) oleh Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur yang mana
akan saya sertai juga selaku Wakil Negeri untuk Persatuan Usahawan &
ICT Bumiputera Malaysia - NEF. Jumaat ini pula, 9 NOV 2012 akan
bermula PENBEX 2012 di Kubang Menerong, Tasek Gelugor untuk tempoh 10
hari - ekspo usahawan bumiputera terbesar di Wilayah Utara yang
diusahakan oleh Penasihat KUMUDA, YB Sr Hj Muhamad Farid Saad - Insya
Allah khabarnya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada hari
berikutnya. Coop Fest Wilayah Utara anjuran SKM juga akan diadakan di
Alor Setar hujung minggu ini. Minggu hadapan pula, seperti tahun2
sebelum ini, akan dianjurkan pula MINGGU KEUSAHAWANAN GLOBAL (Global
Entrepreneurship Week - http://unleashingideas.org ) bagi tahun ke-5.
Minggu berikutnya, KUMUDA akan menganjurkan sesi MuaH! yang popular
buat kumpulan usahawan wanita di Pulau Pinang. Hujung bulan ini pula
akan diadakan KONVENSYEN TRANSFORMASI KOPERASI di Sunway Pyramid,
Petaling Jaya...


Lama saya tak menulis panjang kepada semua, lebih enam bulan
tampaknya, melainkan notis-notis pendek berkaitan beberapa program
yang telah dirancangkan untuk penglibatan oleh anggota. Dalam tempoh
ini, pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai memenuhi Program
Transformasi KUMUDA - inisiatif-inisiatif yang merubah kaedah
pengurusan, dan mempertingkat ilmu-ilmu dan kemahiran anggota
berkaitan pentadbiran, kewangan, keusahawan dan ICT.

Laporan-laporan aktiviti bolehlah diimbas di BLOG KUMUDA di bahagian
BERITA di www.kumuda.org dan FACEBOOK di http://fb.com/kumuda.org .
Selain itu, kalendar sepenuh tahun ada disediakan di
http://koperasi.kumuda.org/kalendar-2012.php UNTUK RUJUKAN bersama,
senantiasa...



PROGRAM INOVASI KUMUDA
=======================

Terkini, kita telah memulakan Program Inovasi KUMUDA, yang mana saya
harap kita dapat mempergunakan pembelajaran dan pengalaman yang telah
digarap sebelum ini untuk aktiviti-aktiviti ekonomi, yang betul-betul
dapat melibatkan anggota, sesuai dengan PRINSIP-PRINSIP KOPERASI.

Bendahari Ija dan Cik Anis khabarnya sedang mengikuti klinik Akaun di
SKM George Town, harapnya bermanfaat banyak untuk siapkan urusan untuk
persiapan Mesyuarat Agung bagi tahun kewangan terkini berakhir 30 MEI
2012 lalu. Syabas terus berkhidmat untuk koperasi kita... Program
Perangkaian Usahawan Wanita, Muah! anjuran KUMUDA juga sedang dalam
persiapan akhir oleh Jawatankuasa Wanita KUMUDA & Rakan-rakan dan
Insya Allah akan diadakan di Kepala Batas pada 22 NOV 2012. Tajuk Kali
ini adalah TRANSFORMASI USAHANITA. MuaH terakhir telah diadakan awal
tahun ini sempena PIHEC 2012 di PISA...


JEMAAH USAHAWAN @ PEJABATKU
=============================

Lebih dua tahun lamanya saya telah merancang untuk mewujudkan tempat
yang sesuai, dan sekretariat yang konsisten untuk dijadikan asas bagi
membina sebuah PERNIAGAAN milikan dan diusahakan bersama - SEBUAH
KOPERASI.

Sepanjang penubuhan KUMUDA, berbekal modal yang kecil, koperasi kita
telah beroperasi di beberapa premis kecil yang disewa dari individu
dan organisasi seperti PERDA, termasuk dengan ihsan PID Balik Pulau
serta mengadakan mesyuarat-mesyuarat di restoran-restoran serta
bilik-bilik di masjid dan Pusat Khidmat ADUN. Tapi untuk memboleh
KUMUDA bergerak lebih efektif, dan menawarkan perkhidmatan terbaik
kepada anggota dan masyarakat, mempunyai tempat operasi yang selesa
amatlah penting, terutamanya untuk menjalankan lebih banyak aktiviti
melibatkan anggota.

Konsep enterprais milikan kongsi atau koperasi ini, banyak saya jumpa
dari contoh-contoh perusahaan dan koperasi sedia ada. Ini mungkin
asing untuk sesetengah kita atau usahawan yang biasa menjalankan
perniagaan dengan sendiri sahaja, atau bersama ahli keluarga yang
kecil sahaja, di premis kecil atau rumah sendiri. Untuk
mentransformasikan budaya kerja dan niaga kita, saya ajak para
usahawan dari kalangan anggota KUMUDA untuk sedia menyambut perubahan
dalam budaya keusahawanan ini...

Dengan modal kecil sumbangan saya sendiri dan Insya Allah beberapa
anggota nanti, serta geran kecil pengurusan koperasi dari SKM, kita
akan mulakan operasi PejabatKU di Kompleks Balik Pulau sepenuhnya
dalam masa terdekat. Jemputan usahasama akan dihantar nanti...

Ada yang berminat? Hubungi Anis atau saya segera! :)


1KOOP.NET
=========

Program ini juga telah dirancangkan sejak awal penubuhan KUMUDA tapi
tak dapat dimulakan sepenuhnya mungkin kerana pasaran yang belum
tersedia selain sumber koperasi kita yang cukup minima. Inisiatif
edagang koperasi telah saya mulakan sekitar dua bulan ini, hasil
gesaan YB Farid, yang mungkin saudara-saudari sedia maklum adalah
Pengerusi Kumpulan Sasar Keusahawanan Bumiputera Pulau Pinang - beliau
banyak berurusan dengan kumpulan usahawan di bawah bimbingan agensi
seperti PERDA, berjumlah ratusan ramainya, atau lebih 2,000 semuanya
yang berdaftar di Pulau Pinang.

Rata-rata usahawan ini bagaimanapun, masih belum memaksimakan ICT
sebagai saluran pemasaran dan penjualan. Kajian saya sendiri
mendapati penggunan Web sekitar hanya 1% oleh usahawan terlibat.
Justeru, bulan Oktober lalu, KUMUDA telah menganjurkan beberapa sesi
perundingan ringkas membina laman web e-dagang, yang telah disertai
oleh 20 usahawan semuanya dalam tempoh dua minggu.

Insya Allah, dengan Sekretariat tetap dan pejabat baharu bermula bulan
ini, kita akan mengumpulkan beberapa pengusaha untuk melancarkan
program edagang 1Koop ini.

Bersama beberapa rakan usahawan, saya telahpun memulakan perbincangan
melalui kumpulan WhatsApp dan FB... Nak join? :D


AkademiKU & InKU 1CT
==================

Sesuai dengan Balik Pulau yang berkembang pesat untuk dijadikan hab
pendidikan, KUMUDA akan turut memfokuskan beberapa usaha untuk program
latihan keusahawanan. Beberapa program pendidikan dewasa dan
keusahawanan boleh dilihat di sekitar Balik Pulau, dan terbaru, sebuah
inkubator keusahawanan teknologi/ICT akan dimulakan di Balik Pulau.

KUMUDA akan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan
NGO berkaitan koperasi dan pembangunan keusahawanan untuk ini.
Insya Allah, selaku Presiden (protem) Kelab 1CT Balik Pulau, dan ahli
jawatankuasa dalam beberapa badan berkaitan ICT termasuk ICT Penang,
TechBiz dan NEF, saya akan mulakan beberapa kerjasama strategik untuk
inisiatif ini.

Hari ni, saya akan bincang lagi dengan beberapa rakan dari organisasi2
NEF, Plug&Play, MDeC dll. di Kuala Lumpur, berkenaan program yang
sesuai untuk digerakkan...


Wslm w.w.


Stay tuned, dan jumpa nanti!


--
Pengerusi, KUMUDA Bhd

T/SMS: 016-416-2747
V/WhatsApp: 012-386-2747

p/s: JEMPUT LEBIH AKTIF bersama KUMUDA - rujuk Kalendar di
http://kumuda.org dan kemaskini di http://fb.com/kumuda.org
- apa2, boleh hubungi Cik Anis @ Sekretariat KUMUDA - 04-8662706 / 8661822
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages