Salaam..
Notis (jemputan rasmi) Mesyuarat Agung KUMUDA akan diposkan hari ini
kepada semua anggota yang layak (telah melengkapkan saham minima tak
lewat 30 NOV 2011).
Mohon semak dan pulangkan slip kehadiran dengan segera berserta
sebarang Usul untuk dibahas selewat-lewatnya seminggu sebelum
Mesyuarat Agung tersebut. Harap maklum bahawa tiada usul tergempar
dibenarkan berdasarkan Undang-undang KUMUDA dan Akta Koperasi.
Sebarang Kertas Cadangan hendaklah juga dihantar kepada Setiausaha
KUMUDA selewat-lewatnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung untuk
difailkan, dan edaran. Kertas cadangan hendaklah tidak melebihi 6
halaman (tidak termasuk lampiran).
Terima Kasih atas kerjasama dan sokongan semua untuk menjayakan
Pengurusan dan pembangunan koperasi milik bersama ini.
Untuk panduan Etika MA, dan lain-lain Garis Panduan, rujukan
Undang-undang KUMUDA, sila rujuk di bahagian fail:
https://www.facebook.com/groups/KUMUDA.org/files
b/p Jawatankuasa Pengurusan / Lembaga KUMUDA
http://kumuda.org
http://fb.com/kumuda.org