Salaam... Buletin Ringkas KUMUDA kali ini:-
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
1. PejabatKU/Lobi Usahawan KUMUDA - pelawaan akhir minggu ini
2. Muah! - Perangkaian Usahawan Wanita - Khamis, 22 NOV 2012
3. Jadual Akhir 2012 Kursus ANGKASA/MKM - tarikh tutup pendaftaran
Jumaat, 30 NOV 2012
4. Peringatan Kursus Wajib ALK/JAD - peluang akhir sebelum Mesyuarat Agung
5. Program KHAS Usahawan ICT 2013 bersama Yayasan Usahawan Baru (NEF)
6. JAWATAN KOSONG Pengurusan KUMUDA - bermula 1 DIS 2012
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
1. PejabatKU/Lobi Usahawan KUMUDA
=============================
Saya telah menerima maklumbalas minat daripada beberapa usahawan untuk
berkongsi ruang premis Kompleks Balik Pulau yang akan disewakan dari
pihak JKP (GLC Kementerian Kewangan) kepada KUMUDA bermula 1 DISEMBER
2012 ini - bagaimanapun, belum ada dari kalangan lebih 100 anggota
sedia ada KUMUDA :(
Peluang terakhir untuk tingkatkan penglibatan anggota dalam program
ekonomi/koperasi anjuran KUMUDA - ruang 1,050 kaki persegi tersebut
hanya sesuai untuk digunakongsi oleh tak lebih lima perniagaan
usahawan. Insya Allah, kita akan usahakan untuk penjimatan maksimum
melalui ihsan bantuan kerajaan untuk usahawan kepada peserta terlibat.
Premis terbabit sedang dalam kerja pendawaian elektrik oleh
kontraktor.
Sila hubungi saya sendiri dengan segera jika berminat: 016-416-2747 /
012-386-2747
2. Muah! @ Restoran Mahi Mahi, Kepala Batas
==================================
Untuk usahawan wanita, jangan lepaskan peluang ini untuk membina
rangkaian perniagaan dengan usahanita2 lain secara santai, dengan menu
khas 'Steamboat' kali ini!
Hubungi Cik Anis/Pn Ija: 04-8662706 / 04-8661812 selewat-lewatnya
esok, Rabu, 21 NOV 2012, sementara TIKET masih ada...
Maklumat lanjut di
http://muah.bizmalaysia.com
Jumpa Khamis nanti bersama panel termasuk Prof Madya Datin Dr Norizan
Abdul Razak dari Persatuan e-Usahawan Wanita Malaysia (eWA).
3. Jadual Akhir 2012 Kursus-kursus Pendidikan Anjuran MKM/ANGKASA
=====================================================
Disertakan jadual akhir tahun 2012 untuk kursus-kursus anjuran MKM &
ANGKASA untuk rujukan dan maklumbalas kepada Sekretariat.
Ada beberapa program anjuran MKM Cawangan Utara dan ANGKASA di serata
Koridor Utara - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, bermula hari
ini sehingga pertengahan Disember sebelum 'bercuti' sekitar 40 hari
sehingga FEB 2013. Lokasi termasuk di Seri Malaysia Kepala Batas,
Hotel Taiping Perdana (hotel milikan koperasi), Seri Malaysia Perlis,
Emerald Puteri Sg. Petani, Bayview Beach Batu Feringgi,Seaview
Langkawi, Amanpura Sg. Petani dan De Baron Langkawi.
Sila buat pendaftaran segera sekiranya berminat, sementara tempat masih ada...
Rujuk
http://koperasi.kumuda.org/pendidikan.php untuk keterangan lanjut
4. Peringatan Akhir 2012 Untuk Kursus WAJIB ALK/JAD (Akta Koperasi/Pindaan GP5)
==============================================================
Seperti diwartakan di
http://www.skm.gov.my/garis-panduan - GP5 (Pindaan 2012):
Untuk perhatian semua ALK - Fasal 16:
"ALK yang gagal untuk menghadiri kursus seperti di para 7 Garis Panduan
ini dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah meletak jawatan atau gugur di
dalam mesyuarat agung tahunan akan datang dan mereka tidak layak untuk
dilantik semula sebagai ALK selama tempoh tiga tahun sehingga telah
menghadiri kursus wajib atau setaraf dengannya.
ALK yang tidak mematuhi arahan ini adalah bersalahan dengan perenggan
91(1)(b) Akta Koperasi 1993 di mana mereka abai atau enggan melakukan
sesuatu perbuatan seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dan mereka boleh
didenda di bawah subsekyen 91(2) Akta Koperasi 1993."
Bagi persediaan awal untuk barisan pelapis pimpinan KUMUDA dengan
seberapa segera, menjelang Mesyuarat Agung yang dirancangkan tak lama
lagi, anggota-anggota yang berminat dialu-alukan untuk turut mengikuti
mana-mana kursus WAJIB 1, 2 atau 3 mahupun WAJIB JAD. Kursus-kursus
WAJIB 1 & 2 ada ditawarkan di MKM Petaling Jaya atau di Langkawi pada
DISEMBER 2012 nanti.
Sila buat pendaftaran segera sekiranya berminat, sementara tempat
masih ada: 04-8662706
5. Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) NEF
=================================
Usahawan ICT dialu-alukan mendaftar sebagai Sahabat NEF untuk
pelaksanaan inisiatif-inisiatif PUsh yang telah dilancarkan Perdana
Menteri Malaysia pada 7 NOV 2012, dengan dana RM50-juta melalui
Yayasan Usahawan Baru (NEF).
DAFTAR HARI INI:
http://mynef.com/articles/detail/17
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus Sekretariat NEF,
atau melalui saya sendiri selaku Wakil Negeri Pulau Pinang. Program
taklimat kepada ahli berdaftar akan diadakan seawal DISEMBER 2012,
dengan pelaksanaan program-program berkaitan (berdasarkan permintaan
setempat) seawal JAN 2013.
6. Tenaga Kerja Pengurusan KUMUDA
============================
Cik Anis yang telah bersama Pengurusan KUMUDA sejak JULAI lalu akan
menamatkan perkhidmatan beliau pada penghujung bulan ini. Untuk itu,
KUMUDA mengalu-alukan sebarang cadangan tenaga kerja baharu pengurusan
KUMUDA - pelatih praktikum, atau kontrak sementara 2+ bulan sebelum
dilantik untuk tempoh penuh setahun.
Mohon maklumkan kepada calon berminat hantar resume kepada
pengu...@kumuda.org selewat-lewatnya Isnin minggu hadapan, 26 NOV
2012 untuk sesi temuduga.
Terima Kasih atas sokongan saudara-saudari anggota KUMUDA....
Bagi Pihak Pengurusan KUMUDA & Lembaga 2010-2012
http://kumuda.org