Laporan RETREAT 1432H/2011 dan persediaan 1433H/2012

20 views
Skip to first unread message

Nasir Sobri

unread,
Nov 19, 2011, 10:25:35 AM11/19/11
to kumuda-org, ALK KUMUDA 2010
Assalammualaikum w.w.

Berakhirnya bulan NOVEMBER ini, lengkaplah program 'retreat' 6-bulan KUMUDA yang kita mulakan sejak JUN 2011 seperti perancangan pekeliling (Warkah dari Pengerusi) bertarikh asal 1 JUN 2011, untuk mengembalikan KUMUDA ke matlamat asal dan memastikan kesinambungannya. Hampir 30 aktiviti telah dilaksanakan dan disertai oleh tak kurang 24 anggota berikut (hampir 25% keanggotaan KUMUDA):-

ANGGOTA bersaham penuh:-
  1. Ahmad Zaki Bin Zubit (2009)
  2. Habsah binti Ahmad (2011)
  3. Hashim bin Md Noor (2010)
  4. Mohamed Nasir Bin Md Sobri (2009, ALK)
  5. Muhammad Farid Bin Saad (2009, Sr Hj)
  6. Muzafar Ghazali (2009, ALK)
  7. Nadzar Bin Daud (2009, ALK)
  8. Noriha Binti Hussin (2009, ALK)
  9. Rosli Bin Ishak (2010, ALK)
  10. Saadiah Omar (2009)
  11. Siti Aminah binti Che Wan (2011)
  12. Siti Huraizah bt. Abdul Rahman (2009, ALK)
  13. Zainol bin Saad (2011)
  14. Zurilaili Binti Ishak (2010, ALK)

ANGGOTA belum bersaham penuh (setakat 31 MEI 2011):-

  1. Azizah binti Abu Hassan
  2. Izzati Lau binti Abdullah
  3. Norazian binti Saad
  4. Nurul Insan binti Ishak
  5. Rapiah binti Mohamad
  6. Sarina binti Ishak
  7. Suhaimi bin Bakar
  8. Syamsool
  9. Zunyazan bin Rose
  10. ?

RINGKASAN:-
  • 7 daripada 10 ALK, tidak termasuk ALK baru (Zainol)
  • 11 daripada 84 anggota asal tahun penubuhan (2009/2010)
  • 3 daripada 11 anggota baru tahun kedua penubuhan (2010/2011)

SENARAI AKTIVITI adalah seperti berikut:-

  1. Kursus Asas Kepimpinan Koperator Wanita @ Seberang Jaya (18-19 JUN) - 2 ALK & 5 anggota
  2. Sembang-sembang: Keusahawanan Wanita bersama Adrienne P. Cornelsen (60+ kehadiran) (30 JUN)
  3. Bengkel Keusahawanan Teknologi – Scope, Speed, Scale bersama Ms. Cornelsen @ PERDA Butterworth (1 JUL)
  4. Penyertaan di PenBEX 2011 @ Kepala Batas (6-10 JUL: 10 tapak niaga)
  5. Rombongan ke Hari Koperasi Negara 2011 @ Putrajaya (8-10 JUL) – 4 anggota
  6. Makmal Digital Malaysia @ Akademi Penerbangan MAS, Kelana Jaya (18 JUL – 19 OGOS) - Pengerusi
  7. Klinik Akaun SKM (19-20 JUL) @ George Town - 2 ALK
  8. Mesyuarat ke-3 2011 Lembaga KUMUDA (23 JUL) - 6 anggota lembaga
  9. Kursus Keusahawaan dalam Sektor Perkhidmatan: Pelancongan (25-28 JUL) @ MKM PJ - 1 ALK & 2 anggota
  10. Kursus Pengurusan Projek (25-27 JUL) @ MKM PJ - 2 ALK
  11. Pelancaran & Sesi Media GEW Malaysia @ Microsoft, Menara KLCC (8 OGOS)
  12. Bengkel Rancangan Perniagaan @ MKM Alor Setar (13-15 SEP) - 3 anggota
  13. Mesyuarat Majlis Penasihat Sembang-sembang Utara @ Pen Mutiara LKIM Batu Maung (16 SEP) - 3 ALK & 2 anggota
  14. Seminar DARE BizStart (28-29 SEP) @ Subang Jaya - Pengerusi
  15. Sembang-sembang ke-3 @ Safira Country Club (30 SEP)
  16. Taklimat Dialog ANGKASA @ George Town (4 OKT) - 1 ALK & 1 anggota
  17. Bengkel Laman Web Adobe Dreamweaver  (3-6 OKT) - 1 anggota
  18. Kursus Penyediaan Mesyuarat Agung Koperasi (10-12 OKT) - 1 ALK
  19. Konvensyen APEC YES 2011 @ Kuala Lumpur (18-20 OKT) - Pengerusi
  20. Seminar StartupMalaysia.org @ Kuala Lumpur (20-21 OKT) - Pengerusi
  21. Mesyuarat ke-4 2011 Lembaga KUMUDA  (29 OKT) - 6 ALK dan 5 anggota
  22. Pelancaran Anugerah ICT NEF-AWANI (31 OKT) - Pengerusi
  23. Kursus Penyediaan Laporan Tahunan Koperasi (31 OKT - 2 NOV) - 2 ALK
  24. Kursus Rundingan Perniagaan (31 OKT - 2 NOV) - 2 anggota
  25. Kursus Pengurusan Hutang (31 OKT - 2 NOV) - 1 anggota
  26. Mesyuarat Pemegang Taruh cadangan penubuhan MyNIC @ Bukit Jambul - Pengerusi
  27. Seminar Aspirasi Koperasi & Ulangtahun ke-55 MKM (10-11 NOV) @ Subang Jaya - 1 ALK
  28. Lawatan Sambil Belajar Wilayah Utara: ke Sungai Ara Pulau Pinang, Relau SPS, Sik dan Baling, Kedah) (15-17 NOV) - 1 ALK 
  29. Asas Perakaunan (21-24 NOV) @ Langkawi - 4 anggota


Seharapnya, cukup asas pembelajaran koperasi untuk semua anggota yang terlibat, atau sekurang-kurangnya 10% keanggotaan koperasi mendapat pendedahan terperinci untuk pergerakan koperasi yang berdaya maju, dan mithali.

Bermula minggu ini, kita akan memulakan beberapa program transformasi KUMUDA untuk memastikan koperasi kita boleh terus berfungsi sewajarnya untuk memberi manfaat sebenar berkoperasi kepada anggota semua dalam jangka masa panjang.


Perkara-perkara berikut dirancangkan untuk baki tahun 2011:-
  1. Penyediaan pemimpin lapisan untuk mengganggotai Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan ahli Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil Koperasi (JKK) - Untuk ALK sedia ada, seharapnya En. Zainol, En. Syahril dan Pn. Noriha serta mana-mana anggota lain yang sudi berkhidmat menggantikan sekurang-kurangnya ENAM ALK sedia ada sekarang untuk perlantikan dalam Mesyuarat Agung nanti, dapat menyertai kursus Wajib Pengurusan & Pentadbiran Koperasi sama ada melalui ANGKASA atau MKM:
    • 29-30 NOV 2011 (2 hari) di Sungai Petani
    • 13-14 DIS 2011 (2 hari) di Petaling Jaya

  2. Penyediaan Rancangan Perniagaan KUMUDA 2012+ - Seharapnya akan ada sekurang-kurangnya 6 anggota (3 ALK dan 3 bukan ALK) akan dapat mengadakan beberapa sesi kerja 4-8 jam untuk ini. Dicadangkan di PID pada Sabtu-sabtu 26 NOV dan 10, 17 & 24 DIS.

  3. Penyediaan Mesyuarat Agung KUMUDA Pertama - telahpun dimulakan pengesahan keanggotaan dan penyediaan laporan, seharapnya lengkap dalam masa 1-2 minggu ini, untuk urusan audit dan sebagainya.

  4. Kempen Keanggotaan Baru - untuk memastikan cukupnya anggota koperasi yang aktif bagi koperasi ini, kita akan menyasarkan sekurang-kurang 10% ahli PID untuk menyertai koperasi ini, yakni daripada tak lebih 30 individu sekarang kepada sekurang-kurangnya 150 ahli PID.  Ini adalah supaya Rancangan Pembinaan 'Telecentre 2.0' kita boleh direalisasikan selewat-lewatnya Suku ke-2 tahun 2012.  Seterusnya, untuk memperkembangkan aktiviti KUMUDA supaya boleh bermanfaat kepada warga setempat asal kawasan DUN Pulau Betong BALIK PULAU (dengan lebih 60% keanggotaan) dengan kependudukan sekitar 15,000 orang dewasa, kita memerlukan keanggotaan tak kurang 1,000 individu termasuk tak kurang 100 anggota terlatih dengan pendidikan koperasi - selepasnya baru kita boleh melancarkan aktiviti perniagaan komuniti berbentuk peruncitan, hospitaliti/perlancongan, pertanian, hartanah dan sebagainya. Setakat hari ini, kita baru ada 9 anggota terlatih untuk pentadbiran & pengurusan, 2 anggota untuk pengauditan, dan tak lebih 15 anggota lain untuk aktiviti-aktiviti kepimpinan dan keusahawanan.

  5. Retreat Tambahan (Penambahan Ilmu & Pembinaan Pasukan KUMUDA):-
    • Kursus Keusahawanan: Penanaman Cili (29 NOV - 2 DIS) @ PJ
    • Kursus Kusahawanan: Kek & Bakeri (5-9 DIS) @ PJ
    • Kursus Keusahawanan: Pemborongan & Peruncitan (13-15 DIS) @ PJ
    • Bengkel Perakaunan Berkomputer UBS (5-9 DIS) @ PJ
    • Bengkel Memahami & Menganalisis Penyata Kewangan (untuk ALK & JAD) - 13-15 DIS @ Alor Setar
    • Kursus Khas Koperasi Baru - 13-14 DIS @ Sungai Petani (untuk anggota semua)
    • Seminar Koperasi - 20-21 DIS @ Langkawi
    • Bengkel Berfikir Di Luar Kotak (Thinking Out of the Box) - 19-21 DIS @ PJ


Selamat menyambut Hari Ma'al Hijrah (Awal Muharram) hujung minggu depan, dan semoga kita dapat mulakan tahun baru 1433H dan 2012 dengan azam dan aspirasi, serta dedikasi yang lebih utuh dan bermakna, untuk diri sendiri, keluarga dan koperasi kita.


Ikhlas,

Pengerusi Lembaga 2010/2011.

Nora Zian Saad

unread,
Nov 22, 2011, 9:45:00 PM11/22/11
to kumud...@googlegroups.com
Nas,

Apa beza anggota saham penuh dgn aggota belum saham penuh.
 
Norazian Saad 
HP: 012 332 0327
 
 
 
 


From: Nasir Sobri <na...@sobri.com>
To: kumuda-org <kumud...@googlegroups.com>
Cc: ALK KUMUDA 2010 <lemb...@kumuda.org>
Sent: Saturday, 19 November 2011, 23:25
Subject: Laporan RETREAT 1432H/2011 dan persediaan 1433H/2012

Muhamad Farid

unread,
Nov 22, 2011, 10:25:37 PM11/22/11
to kumud...@googlegroups.com
Saya kagum dgn prestasi dan kerja kuat Pengerusi  dan ALP Kumuda. Saya harap ahli2 yang lain yang kurang aktif turut aktif dan membanu Nasir. Syabas Nasir and Geng ! ... YBF


 
2011/11/23 Nora Zian Saad <nora...@yahoo.com>
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages