Alomorf ialah istilah yang berkait rapat dalam morfologi. Alomorf merupakan varian morfem dan sesuatu morfem yang diwujudkan dalam bentuk fonologi sebagai suku kata dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem. Kewujudan sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat, kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu linguistik.
Contohnya, imbuhan awalan me(N), mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-,meny-, meng-, dan menge-.
Alomorf lingkungan terbahagi kepada alomorf lingkungan nahu, alomorf lingkungan leksikal dan alomorf bebas. Menurut Prof. Asmah, (ibid, hal 10), alomorf lingkungan nahu ditentukan oleh ciri-ciri seperti dalam perkataan tulis, proses t digugurkan, menjadi imbuhan menulis.
Alomorf lingkungan leksikal ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan belajar, kata dasarnya ajar, menjadi belajar.
Alomorf bebas boleh menggantikan antara satu sama lain. Perkataan tedaya dan terdaya sering diucapkan. Dalam bentuk lisan, timbul alomorf bebas te- dan ter-. Dalam bahasa tulisan, perkataan daya hanya menerima alomorf ter- dan bukan alomorf te-.