Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuanuntuk:
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
Contoh Kajian Tindakan.
Kajian tentang permasalahan murid India lemah dalam penguasaan Tatabahasa dan Penulisan di Sekolah Rendah
Tajuk Kajian :Kelemahan Murid India Dalam Tatabahasa dan Penulisan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Kumpulan Sasaran
Tindakan Yang Dicadangkan
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian
--
You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "KPD3026 (Kota Bharu)" group.
To post to this group, send email to kpd3026k...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/kpd3026kotabharu?hl=en
Setelah mendapat data yang jelas, saya dapat membuat perancangan yang sesuai untuk penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.
Sepanjang pengetahuan saya, penghasilan kajian tindakan adalah salah satu syarat untuk sesorang pelajar mendapat ijazah dalam pengajiannya. Walaupun ia merupakan satu syarat, hakikat sebenarnya kajian tindakan adalah satu kajian yang amat berguna kepada pelajar jika ianya dilakukan dengan betul, dan jitu (tanpa cetak rompak dari kajian orang lain yang sudah sedia ada). Kajian tindakan yang dilakukan dengan sebenar-benarnya akan membawa kita mengenali masalah, mengkaji kenapa dan mengapa sesuatu masalah berlaku, membuat kajian dengan terperinci dan seterusnya cuba menyelesaikan masalah dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang betul dan tepat. Akhirnya hasil yang diperoleh akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenarnya. Kesimpulan awalnya, kajian tindakan ini jika dibuat dengan cara yang betul dan menepati apa yang diinginkan, akan member seribu kabaikan kepada kita semua.
Sekian terima kasih.
Assalamualikum Dr, terima kasih dengan soalan yang diajukan dan selamat menyambut tahun baru 2012
moga panjang umur murah rezki.
Merujuk kepada soalan Dr, inilah serba sedikit yang saya faham dan dapat beri kupasan.
Kajian tindakan ialah satu kaedah penyelidikan yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk mengatasi masalah P&P yang mungkin timbul supaya mutu P&P semakin meningkat dan produk yang dikeluarkan dari institusi pendidikan lebih bermutu. Penyelidikan yang dibuat dalam kajian tindakan akan menambahkan input dan keterampilan guru yang dapat menyerlahkan tahap profesionalisme mereka. Seterusnya kajian tindakan akan dapat memacu tahap keberkesanan institusi pendidikan di Negara kita yang mana natijahnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan Negara dengan kemajuan ekonomi, politik dan sosial.
Kajian tindakan dalam bidang pendidikan boleh dibuat berdasarkan pelbagai masalah P&P yang dihadapi oleh guru-guru. Beberapa kemungkinan masalah antaranya ialah:
1. 1. Masalah tahap kecerdasan murid yang berbeza dalam proses P&P.
2. 2. Masalah murid hilang tumpuan sewaktu proses P&P dijalankan.
3. 3. Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.
4. 4. Murid tidak berminat belajar.
5. 5. Masalah buli.
Di sini saya mengambil contoh masalah tahap pemahaman murid yang berbeza di dalam pembelajaran. Kajian yang saya boleh buat ialah melalui senarai soalan yang boleh diagihkan kepada murid bagi kelas B. Dapatan kajian boleh diukur melalui skala markah bagi 3 gred murid iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Ini menandakan tahap pemahaman murid yang berbeza adalah disebabkan tahap kecerdasan mereka yang berbeza antara satu sama lain.
Daripada hasil kajian tersebutlah saya boleh mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam hal ini, salah satu cara penyelesaian yang dapat dibuat ialah melalui pengkelasan murid mengikut kumpulan pembelajaran. Dengan cara ini, murid-murid dapat mengikuti pembelajaran masing-masing dengan lancar. Murid yang lemah boleh diberi bimbingan yang lebih dengan aktiviti pemulihan manakala murid yang cemerlang dapat diberikan pengayaan.
Melalui cara ini tiada murid yang ketinggalan dalam sesuatu topik pembelajaran dan Masteri Learning dapat dipraktikkan. Dengan kata lain, objektif pembelajaran dapat dicapai sepertimana yang dirancang.
Sekian, Terima Kasih.Pengamalan 'research thinking and orientation’ dan ‘research-based decision-making' dalam tugas harian dalam kalangan guru merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan merupakan wadah yang sangat berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan membantu guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian.
Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakauntabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran
dengan sebaik mungkin.
Contoh Aplikasi Kajian Tindakan
Tajuk : Meningkatkan penguasaan abjad bagi 5 orang murid LINUS TEGAR Tahun 1.
Refleksi Pengajaran Yang Lalu :
Berdasarkan keputusan saringan 1 Program Linus, saya mendapati 5 orang murid yang belum menguasai abjad hasil proses P&P guru selama ini yang bersifat konvensional. Daripada jawapan yang diberikan oleh murid, saya menyedari bahawa terdapat sebilangan murid tidak dapat menerima kaedah pengajaran yang saya gunakan. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, saya bercadang untuk menjalankan suatu kajian tindakan yang dapat menyelesaikan masalah penguasaan murid terhadap menyebut, mengenal dan menulis abjad melalui kaedah pengajaran yang lebih menyeronokkan (learning is fun).
Fokus Kajian :
Walaupun murid masih belum dapat menyebut, mengenal dan menulis kesemua 26 abjad, di peringkat awal kajian ini, saya hanya akan memfokuskan huruf-huruf vokal terlebih dahulu.
Murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf -huruf vokal melalui pelbagai aktiviti yang menarik seperti permainan dan nyanyian dan penggunaan bahan yang bersesuaian. Aktiviti ini merangkumi kemahiran menyebut, mengenal dan menulis abjad.
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.
Contohnya ,kajian tindakan tentang penguasaan Teknologi maklumat Dan Komunikasi (TMK) yang telah diserapkan dalam P&P sekolah rendah yang khasnya dalam mata pelajaran Dunia Sains Teknologi. Di luar bandar ramai murid yang tidak dapat menguasai TMK,jadi penyelidikn harus dilakukan untuk memperbaiki cara pengajaran guru agar tercapai objektif murid belajar sambil meneroka dunia IT, Proses penyelidikan ini secara umumnya mengubah cara pengajaran guru dari cara ‘chalk n talk” kepada dunia komputeraan untuk mendalami dan menguasai TMK dalam Pengajaran dan pembelajaran, sekaligus dapat membimbing murid menguasainya disamping membuat kajian tentang pemasalahan yang dialami oleh murid itu sendiri....
Terima kasih Dr A...
Kajian Tindakan adalah merupakan satu bidang penyelidikan yang
berbentuk renungan kendiri.( Self reflective) yang dilakukan oleh
sekumpulan penyelidik secara kolaboratif di dalam sesuatu situasi
sosial yang bertujuan meningkatkan pemahaman mereka terhadap amalan
amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengubah dan
mempertingkatkan lagi kualiti amalan-amalan berikut.
Ciri-ciri kajian tindakan. Kajian tindakan juga adalah untuk memupuk
budaya penyelidikan di kalangan guru sebagai satu kepercayaan dan
nilai mementingkan kualiti dalam amalan P&P, akauntibiliti serta
berpegang pada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana
kerja yang kolaboratif. Ciri-ciri ini melibatkan pendekatan untuk
membaiki amalan, konteks tugas seharian, fokus utama keatas amalan
untuk memperbaiki dan memahami, kajian tindakan ini dijalankan secara
kolaboratif, situasi sebenar, tindakan secara praktis, amalan kepada
teori dan dilakukan secara berterusan.
Tujuan Kajian dijalankan adalah untuk membantu guru menghadapi
cabaran, menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk kepada arahan
luar, mengeluarkan guru dari likungan amalan rutin, memberi kuasa
kepada guru untuk membuat keputusan dalam bilik darjah, menggalakan
guru berkongsi ilmu dan menjadi agen perubahan.
Prosedur kajian adalah seperti mengenal pasti masalah, merancang
tindakan, pelaksanaan tindakan, pemerhatian kepada analisis data dan
melakukan refleksi.
Contoh-contoh Kajian Tindakan.
Contoh 1.
Sains
Meningkatkan Kefahaman Murid terhadap proses fotosintesis.Objektif
umum adalah untuk menarik minat murid terhadap pelajaran sains
.Objektif khusus membantu murid menguasai kemahiran manafsir
carta.Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian , ujian
diagnostik,ujian post dan soal selidik.Pelaksanaan kajian guru
meninjau masalah murid yang kurang mahir dan gagal mengembangkan idea.
Melaksanakan program seperti membuat inkuiri, membina pemahaman konsep
di kalangan murid.Tindakan
yang dijalankan adalah membuat ujikaji berbentuk inkuiri penemuan dan
menjalankan ujian.
Dapatan kajian boleh dilihat pada pencapaian murid. Murid dapat
mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa proses
fotosintesis. Rumusan pemerhatian pula dapat diperhatikan melalui
pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta proses
fotosintesis. Ini adalah satu dorongan yang positif kepada murid dalam
memberi pemahaman terhadap proses fotosintesis.
Contoh 2.
Bahasa Melayu
Meningkatkan Kemahiran mengemukankan isi-isi penting dalam penulisan
Bahasa Melayu.Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran di
kalangan murid bagi mengemukakan isi-isi penting.Persoalan mengapa
murid tidak dapat mengemukakan isi penting. Pekara ini telah dapat di
kesan melalui ujian-ujian yang dijalankan dan latihan yang diberikan
di dalam kelas.
Kegagalan kaedah sebelum yang telah digunakan dan kaedah yang perlu
bagi mengatasi masalah ini.Langkah yang digunakan dalam P&P ialah
teknik soal jawab. Guru membincangkan teknik yang betul bersama murid
dalam mendapat isi-isi penting yang betul bagi menghasilkan karangan
yang menarik. Isi-isi boleh dihasilkan dengan menggunakan peta minda
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Dengan kaedah ini murid
lebih mudah mencari isi penting.Refleksi murid lebih mudah
menghasilkan isi isi penting dengan menggunakan peta minda.Isi-isi
penting yang tepat telah meningkatkan mutu penulisan dikalangan murid.
Secara keseluruhan kajian tindakan yang dibuat oleh guru telah dapat
mempertingkatkan kualiti penguasaan murid kepada kemahiran yang
diajar. Sekian .Terima kasih.
2012/1/4 Dr. Azidah <azida...@gmail.com>:
Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.
1. OBJEKTIF
a)Umum
Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.
Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.
b)Khusus
i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .
ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan
gambarajah,carta dan peta konsep.
2. METADOLOGI
Metadologi yang digunakan :
i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.
3. PERLAKSANAAN KAJIAN
a) Tinjauan Masalah
i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum
mencapai target dari segi kualiti gred.
ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi
topic
Sains.
iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.
iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang
tertentu sahaja.
v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.
b) Perlaksanaan program
i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan
ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik
c) Tindakan yang dijalankan
i Menjalankan Ujian Pra
ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuan
iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari
rujukan .
vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.
vii Ujian Post
4. DAPATAN KAJIAN
a) Analisis Data
i Analisis Ujian Pra
ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis perlakuan murid
v. Analisis Ujian Post
b) Rumusan
i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh
ii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang
dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar
terlibat
secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil
dipertandingkan.
5. REFLEKSI KAJIAN
a.) Pencapaian murid
Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa
fotosintesis.
b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang
baik
pada setiap pelajar.
c) Proses Pengajaran dan pembelajaran
Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik
pengajaran yang pelbagai.
6. CADANGAN
Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri
penemuan
dalam membina konsep fotosintesis.
Sekian, terima kasih
tujuannya ialah:
1.Menggalakkan guru menyelesaikan masalah dengan membuat refleksi bagi
mendapatkan idea dan strategi baru.
2.Guru dapat menyelidik amala-amalan yang ingin diperbaiki.
Tindakan Kajian
Semasa proses pembelajaran dijalankan saya menjalankan ujian keatas
murid tahun 4 seramai 24 orang iaitu membina ayat mudah bedasarkan
gambar.(bi)
Analisis masalah.
berdasarkan aktiviti yang diberikan saya dapati banyak kesalahan ayat
dan kerja tidak disiapkan.
On 1/5/12, HAMIDAH ZAKARIA HAMIDAH <hamidahha...@gmail.com> wrote:
>>> *KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH*
>>>
>>> *Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.*
>>>> *
>>>> Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam
>>>> pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang
>>>> dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana
>>>> anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan
>>>> memberikan contoh2 yangs esuai.?
>>>>
>>>> *Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
>>>>
>>>> Terima Kasih
>>>>
>>>>
>>>> p/s Anda* WAJIB* menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan
>>>> diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
>>>>
>>>>
>>>> --
>>>> *~Dr Azidah Abu Ziden*
Kajian tindakan bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya: Masalah Penguasaan bacaan dan tulisan dalam Bahasa Malaysia di tahun 2 dan tahun 3. Guru hendaklah mengenalpasti masalah penguasaan mengikut kemahiran tertentu. Jadi guru mencari suatu alternatif dalam proses penyampaian isi pelajaran. Contohnya kaedah tunjuk cara. Selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati murid-murid dapat memahami kemahiran berkenaan. Sudah berlaku pemindahan pembelajaran. Guru telah menjalankan kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p & p yang berkesan dan berkualiti. Ini membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian( kenal pasti masalah) dan tindakan ( guna kaedah tunjuk cara ).
Pengertian Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
Satu
usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan
(pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah
pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang
baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan
memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan
profesionalisme dalam profesion keguruan.
(Hanipah
Hussin : 2001)
- Kajian
Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan
mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data
dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.
-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses
cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta
menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan
pengetahuannya ke atas perkara yang diselidikinya.
-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan
dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang
dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang
timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.
Contohnya;
Guru membuat penyelidikan tentang tahap
keberkesanannya dalam mengajar, ketika mengajar juga guru boleh melakukan
kajian dengan melihat respon pelajar pada satu-satu teknik pengajaran yang
digunakannya dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik
minat dan fokus mereka. Maka, guru boleh memilih teknik-teknik yang pelajar
minat untuk belajar dalam proses pengajaran (P&P).
2. Jenis-jenis kajian tindakan
4 Jenis Kajian Tindakan
-
Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang
berlaku di
dalam bilik darjah.
contoh;
mendapatkan penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah pelajar yang
kurang memberikan fokus didalam bilik darjah dan mengatur strategi pengajaran
yang
berkesan.
-
Melibatkan lebih daripada dua orang
> guru - guru dalam bidang yang sama
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam membuat kajian mengenai cara pengajaran yang
berkesan
untuk mengajar murid-murid membaca al-Qur'an dengan baik.
Kaedah kajian
- menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara individu, bacaan secara
berkumpulan,
dan bertadarrus.
> guru - guru dalam pelbagai subjek
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.
Kaedah kajian
- Membezakan tahap pencapaiaan pelajar membaca tulisan jawi yang berbaris
dengan tidak
berbaris
> guru - guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
contohnya;
Membuat peneylidikan mengenai bagaimana untuk mengadakan terapi yang sesuai
bagi murid-murid Pendidikan khas.
Kaedah kajian
-Menggunakan beberapa kaedah terapi yang sesuai untuk digunakan kepada
murid-murid Pendidikan Khas.
-
Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
contoh: Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
contoh situasi :
20 orang dari 30 pelajar tahun 5 Arif tidak dapat menguasai kemahiran
membina "simple sentences" dalam m/pelajaran B. Inggeris.Hasil dari
refleksi kendiri yang dijalankan guru mendapati 20 pelajar berkenaan
tidak mempunyai ''stock of vocabulary" yang sepatutnya. Di samping
itu,guru juga mendapati strategi pengajarannya terlalu tinggi dan
tidak sesuai dengan tahap pelajar berkenaan. Solusi guru adalah
dengan memastikan pelajar berkenaan menguasai vocabulary dengan
aktiviti drilling, memorizing dan paralel writing.Bagaimana aplikasi
adalah dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar berkenaan
dengan tunjuk ajar dari guru.
Hasil dari pengumpulan data kajian tindakan akan memastikan guru dapat
meningkatkan profesion dengan tidak mengajar atau menjalankan tugas
dengan mengikut kata hati sahaja. Guru bertindak berdasarkan data,
bukti dan hasil pengumpulan dapatan kajian.
Seterusnya pelajar dapat menguasai dan mencapai objektif yang ditetapkan.
2012/1/4 Dr. Azidah <azida...@gmail.com>:
Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. kaedah guru berkenaan berkesan. dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. itulah intipati kajian tindakan. membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan
|
Pengenalan |
Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan
Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.
Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari K-ementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar.
Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains?
Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.
Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar".
Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian •untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.
Pengertian Tentang Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.
Pengembangan Profesionalisme Guru
Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.
Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.
Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.
K.ajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.
Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar
Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.
Tujuan Kajian
Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.
Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:
• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.
Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.
Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:
• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.
• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.
Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan
Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.
Mengubah Amalan Mengajar
Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?
Langkah-langkah P&P melalui K-ajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.
Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.
Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.
Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik
Guru yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.
Perkongsian Maklumat
Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan. Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.
Memahami Proses Pembelajaran
Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru. Perhatikan contoh-contoh dibawah.
• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.
• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.
Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.
Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.
Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran
Berbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. K.ajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.
Mengutip Dan Menganalisis Data
Kajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat.
Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu.
Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebihjelas.
Usaha Berpasukan
Guru boleh melaksanakan K-ajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.
Peranan berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandangan yang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data.
Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.
Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran. Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru.
Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan.
Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang khususnya pada waktu senggang.
Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea dan pengalaman.
Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang
'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program ^enyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.
Kesimpulan
Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.
Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.
Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.
Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.
Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuanuntuk:
- meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
- meningkatkan prestasi pencapaian murid.
- mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
- membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
Contoh Kajian Tindakan.
Kajian tentang permasalahan murid India lemah dalam penguasaan Tatabahasa dan Penulisan di Sekolah Rendah
Tajuk Kajian :Kelemahan Murid India Dalam Tatabahasa dan Penulisan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Objektif Kajian
Kumpulan Sasaran
Tindakan Yang Dicadangkan
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kaedah atau pendekatan untuk meningkatkan amalan guru dalam proses p&p mereka.Sebagai kaedah pedagogi. pendekatan ini, dapat meningkatkan amalan dan profesionalisme melalui proses refleksi yang sistematik ke atas amalan dari semasa ke semasa.
Kajian Tindakan dalam Pendidikan ini dihasilkan untuk membincangkan teori dan amalan kajian tindakan, langkah-langkah menjalankan kajian tindakan, dan set contoh-contoh kajian yang boleh dimanfaatkan guru-guru di dalam bilik darjah dan di sekolah.Saya sebagai guru yang mengajar Di Kelas Linus pernah membuat kajian tindakan mengenai murid murid linus yang mengalami kesukaran untuk membaca dan mengeja. Selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi pelajar ialah menyebut sukukata yang mempunyai huruf konsonan yang bergabung (digraf). Mereka akan tergapai-gapai untuk menyebut perkataan tersebut.Kajian kali ini memfokuskan masalah murid LINUS dalam menyebut perkataan yang mempunyai digraf seperti perkataan yang mempunyai konsonan bergabung ‘ng’ dan ‘ny’Selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi murid ialah menyebut sukukata yang mempunyai huruf konsonan yang bergabung (digraf). Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut suku kata yang mempunyai konsonan bergabung ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.Masalah yang sering dihadapi oleh murid linus ialah membaca perkataan yang mempunyai sukukata digraf mereka akan tergapai-gapai untuk menyebut perkataan tersebut.Kajian kali ini memfokuskan masalah murid linus dalam menyebut perkataan yang mempunyai digraf seperti perkataan yang mempunyai konsonan bergabung ‘ng’ dan ‘ny’.Rasional kajian ini dijalankan kerana murid linus ini gagal didalam saringan linus apabila menjawab soalan yangmelibatkan perkataan yang mempunyai digraf.
Objektif kajian:Mengurangkan bilangan murid linus jika mereka dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yangmempunayi digraf ini.
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang murid yang kini berada di Tahun 2.
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan yang melibatkan digraf ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataanseperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’,‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut dan dibaca oleh murid.. Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Cantum dan Sebut dan pelbagai kaedah permainan kerana murid linus memang tidak berminat dengan penggunaan alat seperti ‘buku’dan ‘pensel’. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akandiberi ganjaran sebagai motivasi. Murid yang tidak dapat menyebut dengan betul dikehandaki menulis suku kata tersebut di dalam buku latihan dan menyebutnya berulang kali sehingga dapat. Selepaspelajar dapat menyebut dan mencipta beberapa suku kata daripada“ng” dan “ny” mereka dikehendaki mencari perkataan yang mengandungi suku kata tersebut. Jika ada murid yang dapat mencipta perkataan yang ada makna, ganjaran juga akan diberikan.Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba untuk membunyikan suku kata yang melibatkan digfraf.
Kesimpulannya melalui kajian tindakan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid linus untuk melepasi saringan 4 yang akan dijalankan untuk tahun ini dan dapat membaca serta memahami apa yang dibaca.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
Kajian Tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang melibatkan guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif tentang peningkatan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian Tindakan juga adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh seseorang guru. Ia juga merupakan proses reflektif yang dijalankan bertujuan dan bersistematik untuk menyokong sesuatu kenyataan dan matlamat untuk mengubah ke arah lebih positif.
Contoh kajian tindakan yang boleh diaplikasikan di sekolah:
1. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah dan fokus kajian. Bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti masalah yang dihadapi di sekolah serta mencari jalan penyelesaiannya, menerusi:
a) Pemerhatian - pemerhatian dilakukan untuk meninjau masalah murid semasa sesi P &P.
b) Temubual - mengadakan temu bual secara tidak formal terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti bermasalah. Menerusi temubual secara tidak langsung dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka.
c) Ujian pra- ujian dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid ia meliputi:
Ø Hasil kerja murid
Ø Ujian bertulis dan rakaman
Ø Ujian pengesanan
Kajian Tindakan di sekolah:
Kajian tentang kebolehan murid menepuk detik dan corak irama semasa menyanyi dalam kelas nyanyian subjek Muzik Tahun 2.
1. Kenalpasti masalah : murid tidak dapat menghayati tekanan ‘beat’ pada lagu.
2. Kumpul data : beberapa ujian dijalankan secara tidak langsung di dalam kelas.
3. menganalisis data : masih terdapat beberapa orang murid tidak dapat melakukan aktiviti tersebut tanpa bantuan guru.
4. Merancang pelan tindakan:
- mengadakan sesi latihan bersama dengan murid tersebut.
- perdengarkan lagu atau muzik supaya mereka dapat menghayati muzik dan kenal pasti ‘beat’ pada lagu.
- menggunakan slaid power point dengan gambar-gambar yang menarik minat murid.
5. Melaksanakan pelan tindakan : melaksanakan P&P dalam tempoh masa yang ditetapkan. Penggunaan TMK secara optimum.
6. Mengumpul data untuk mengesan perubahan
- ujian dilakukan di dalam kelas secara tidak langsung untuk mengesan kebolehan murid untuk menepuk detik dan corak irama semasa menyanyi.
7. Menganalisi dan menilai: ujian dijalankan.
8. Penilaian / impak : pada akhir pengajaran murid dapat menepuk detik dan corak irama semasa menyanyi.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Me
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian tindakan yang lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoritikal yang lain. Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh guru atau sekumpulan guru di sesebuah sekolah tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ia juga merupakan satu proses reflektif yang memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, bermatlamat untuk mengubah dan meningkatkan kaedah pengajaran.
Kajian tindakan yang dijalankan di sekolah:
Mengkaji aspek kemahiran membaca murid-murid .
Pemerhatian : meninjau masalah murid melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mendapati sebilangan besar murid-murid lemah dalam kemahiran membaca seperti gagal dalam membaca beberapa suku kata dan perkataan mudah yang diberi kepada mereka.
Langkah- Langkah tindakan dalam melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran Membaca
1- Mengenalpasti masalah/fokus/isu
- sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat mengenalpasti kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca.
2- Mengumpul data
- Proses pengumpulan data dibuat melalui ujian diagnostik terhadap sebilangan murid.
3- Menganalisis data atau membentuk persoalan kajian
-Beberapa orang murid dikenalpasti lemah dalam penguasaan kemahiran membaca
-Murid tidak dapat membunyikan beberapa huruf vokal dan konsonan dengan tepat.
-Murid tidak dapat membaca suku kata tertutup dengan betul
-Murid tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi diftong.
-Murid tidak membaca perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata.
4- Merancang pelan tindakan
- Melibatkan penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan kebolehan dan
pencapaian murid
- Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan latarbelakang
murid
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan mengembirakan (learning in playing game)
5- Melaksanakan pelan tindakan
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Pelaksanaan ini dapat memberitahu keberkesanan kajian yang telah dilakukan.
6- Mengumpul data untuk mengesan perubahan
-Data- data dikumpulkan melalui pemerhatian dan penilaian oleh guru- guru lain.
7- Menganalisis dan menilai
- Ujian bertulis dijalankan mengikut kaedah dan fasa-fasa yang ditetapkan.
8- Penilaian Impak
-Menentukan bilangan murid yang dapat menguasai kemahiran membaca daripada jumlah
murid yang terlibat dalam program yang dirancang.
Hasil daripada pengumpulan data, kajian tindakan memastikan guru-guru dapat meningkatkan kaedah P&P dan juga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi mempertingkatkan lagi profesion perguruan. Pelajar pula dapat mengatasi kelemahan yang ada pada diri mereka dan meneruskan pembelajaran dengan cara berhemah dan berkesan.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
1. Kajian tindakan dijalankan untuk mengkaji masalah harian yang
dialami oleh guru. Dalam ertikata lain kajian tindakan guru dijalankan
adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dihadapi oleh guru. Kajian tindakan juga merupakan satu
pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui
perubahan yang menggalakan guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri,menjadi kritis terhadap amalan - amalan tersebut dan
bersedia mengubah amalan mereka.
2. Asas Kajian tindakan :-
* Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan
bilik darjah.
* Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri
* Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai maslah,
perubahan institusi atau
meningkatkan perkembangan guru.
* Dijalankan dalam situasi sebenar dan selalunya menggunakan teknik
"participant observation"
untuk mengkaji sesuati fenomena.
* Merupakan proses kolaboratif, dengan individu-individu yang
bertanggungjawab kepada
tindakan yang menjalankan kajian.
* Melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah
* Mengembangkan pengetahuan profesional guru dalam disiplin spesifik.
* Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses
kajian tindakan
* Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek
On 04/01/2012, Dr. Azidah <azida...@gmail.com> wrote:
> Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
>
> Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan
> yg cemerlang pada tahun ini.
> *
> Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam
> pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang
> dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana
> anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan
> memberikan contoh2 yangs esuai.?
>
> *Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
>
> Terima Kasih
>
>
> p/s Anda* WAJIB* menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan
> diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
>
>
> --
> *~Dr Azidah Abu Ziden*
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Kajian Tindakan ialah satu kaedah atau cara seseorang guru untuk
mendapat, mengumpul dan menganalisis data berkaitan p&p dengan tujuan
untuk meningkat dan memperbaiki serta mencari cara penyelesaian yang
berkesan.
Tujuan Kajian Tindakan dijalankan adalah :
i. Membantu murid merancang cara belajar yang berkesan semasa di bilik
darjah dengan bimbingan guru.
ii. membantu murid belajar dengan berkesan dengan proses p&p yang berkesan.
iii.membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam sesuatu
topik yang diajar oleh guru.
iv. membantu guru memilih dan menggunakan kaedah p&p yang berkesan
untuk memudahkan pemahaman dan penguasaan murid-murid.
Contoh Kajian Tindakan
- Murid yang tidak dapat membaca di tahap 2
Tindakan guru :-
- melatih tubi mengeja dan membunyikan suku kata - suku kata.
- permainan suku kata ( mencari suku kata yang serupa dengan guru atau kawan )
- menyediakan suku kata yang berwarna yang berbeza.
- membaca secara individu di hadapan guru.
- menghafal sekurang-kurangnya 5 perkataan sehari.
- Ujian ejaan setiap hari sebelum memulakan p&p
Kesimpulan
Kajian Tindakan adalah satu cara atau kaedah yang berterusan yang
perlu diambilkira oleh seseorang guru untuk menilai dan mengesan
keberkesanan p&p untuk mencapai tahap pemahaman murid yang maksimum.
>> *
>> Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam
>> pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang
>> dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana
>> anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan
>> memberikan contoh2 yangs esuai.?
>>
>> *Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
>>
>> Terima Kasih
>>
>>
>> p/s Anda* WAJIB* menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan
>> diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
>>
>>
>> --
>> *~Dr Azidah Abu Ziden*
--
You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "KPD3026 (Kota Bharu)" group.
To post to this group, send email to kpd3026k...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/kpd3026kotabharu?hl=en
Kajian tindakan dalam pendidikan merupakan satu proses kajian tentang
pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang memerlukan perancangan
secara tersusun dan bersistematik, seterusnya guru akan mengambil
tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut melalui pendekatan yang
difikirkan terbaik. Pendekatan yang diambil adalah untuk memperbaiki
kelemahan yang ada dan menggalakkan guru sebagai agen perubahan yang
efektif. Proses ini akan berterusan agar kualiti pengajaran dan
pembelajaran sentiasa dapat ditingkatkan bersesuaian dengan perubahan
dunia pendidikan yang semakin maju.
Tujuan kajian tindakan dibuat adalah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh guru secara profesional tanpa merujuk arahan dan
mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Berdasarkan pengalaman yang
diperolehi guru boleh berkongsi bersama guru-guru lain bagi membantu
menghadapi cabaran. Ia juga dapat membantu guru keluar dari kongkongan
amalan rutin agar bersedia untuk mengalami perubahan.
Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan kajian tindakan iaitu;
1. Mengenalpasti masalah
2. Menentukan jenis data yang dikumpulkan
3. Mengumpul dan menganalisa data
4. Menerangkan bagaimana dapatan boleh digunakan dan diaplikasi
5. Melapor dan kongsi bersama hasil dapatan serta rancang tindakan yang sesuai.
6. Mengkaji kajian lepas yang telah dijalankan.
Kajian tindakan dapat diaplikasikan disekolah dengan menjalankan
langkah-langkah yang sesuai. Contohnya dalam matapelajaran matematik
kebanyakan murid sangat lemah menjawab soalan penyelesaian masalah.
Berdasarkan soalan yang diberikan murid sangat lemah menjawab soalan
penyelesaian masalah yang melibatkan operasi asas matematik iaitu
penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian.
Hasil kajian didapati murid cuai ketika menjawab soalan , tidak
memahami kehendak soalan , gagal membuat transformasi dan kurang
motivasi untuk menjawab soalan penyelesaian masalah. Bagi mencari
penyelesaiannya beberapa langkah telah dijalankan iaitu:
1. Memberi motivasi kepada murid.
2. Memahirkan murid dengan ayat matematik terlebih dahulu sebelum
kemahiran penyelesaian masalah. diajar.
3. Membiasakan murid dengan perkataan yang sentiasa digunakan dalam
soalan penyelesaian masalah seperti `lebih daripada` atau `kurang
daripada`.
4. Mengenalpasti kehendak soalan melalui perkataan yang tetentu.
5. Latihtubi menjawab soalan penyelesaian masalah yang melibatkan 4
operasi asas.
6. Mereka cerita berdasarkan ayat matematik yang mudah.
Melalui pendekatan ini pembelajaran murid yang mengalami masalah dalam
penyelesaian masalah dapat dikurangkan dan mereka lebih bersemangat
untuk belajar.
Sekian..
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, pelan tindakan pendidikan amat penting bagi seorang guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
--
WSH 81
Tujuan kajian tindakan dijalankan adalah
Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan
pengajaran pembelajaran
Memperkasakan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan
Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai
hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan.
Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
Transformasi pedagogi melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman.
Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan yang efektif.
Dalam menjalankan kajian tindakan ini terdapat 3 langkah yang perlu
diambilkira iaitu mengenalpasti masalah yang wujud dan dilihat sebagai
tindakan strategik yang boleh diperbaiki, kedua mencari penyelesaian
berdasarkan kitaran, dan ketiga menguji jalan penyelesaian dengan
kekuatan yang ada.
Contohnya di sekolah saya isu strategik yang wujud adalah budaya
membaca di kalangan murid masih berada ditahap rendah. Antara strategi
penyelesaian yang difikirkan sesuai adalah meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran dengan variasi teknik dan pendekatan
pengajaran yang lebih menarik, menembahbaik pelaksanaan program
galakan membaca di sekolah (NILAM), memastikan murid menguasai
kemahiran asas 3M, pembelajaran kendiri berasaskan modul Buku Teks dan
CD sokongan BTP, meningkatkan minat dan motivasi murid membaca dan
mengiktiraf kejayaan murid dalam program-program khas yang dianjurkan
oleh panitia sekolah. Berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan
cabaran yang ada analisa pemilihan strategi adalah berdasarkan
pemberatan tinjauan yang dijalankan. Setiap rancangan, program atau
penyelesaian yang baru perlukan sedikit perubahan semasa fasa
implementasi. Selain itu juga, untuk menguji keberkesanan penyelesaian
masalah boleh dinilai melalui penilaian formatif dan sumatif.
Noreen Azlina bt Abdul Halim
PPG/10003/11
Tujuan kajian tindakan dijalankan adalah
1. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan
amalan pengajaran pembelajaran
2. Memperkasakan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
3. Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan
4. Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai
hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan.
Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
5. Transformasi pedagogi melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
6. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman.
7. Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan yang efektif.
Dalam menjalankan kajian tindakan ini terdapat 3 langkah yang perlu
diambilkira iaitu mengenalpasti masalah yang wujud dan dilihat sebagai
tindakan strategik yang boleh diperbaiki, kedua mencari penyelesaian
berdasarkan kitaran, dan ketiga menguji jalan penyelesaian dengan
kekuatan yang ada.
Contohnya pengaplikasian kajian tindakan yang telah dijalankan di
sekolah saya ialah isu strategik yang wujud adalah budaya membaca di
kalangan murid masih berada ditahap rendah. Antara strategi
penyelesaian yang difikirkan sesuai adalah meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran dengan variasi teknik dan pendekatan
pengajaran yang lebih menarik, menembahbaik pelaksanaan program
galakan membaca di sekolah (NILAM), memastikan murid menguasai
kemahiran asas 3M, pembelajaran kendiri berasaskan modul Buku Teks dan
CD sokongan BTP, meningkatkan minat dan motivasi murid membaca dan
mengiktiraf kejayaan murid dalam program-program khas yang dianjurkan
oleh panitia sekolah. Berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan
cabaran yang ada analisa pemilihan strategi adalah berdasarkan
pemberatan tinjauan yang dijalankan. Setiap rancangan, program atau
penyelesaian yang baru perlukan sedikit perubahan semasa fasa
implementasi. Selain itu juga, untuk menguji keberkesanan penyelesaian
masalah boleh dinilai melalui penilaian formatif dan sumatif.
NOREEN AZLINA BT ABDUL HALIM
PPG/10003/11
On 1/7/12, Hamiza Daud <hamiza...@gmail.com> wrote:
Kajian Tindakan dilakukan oleh guru untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu permasalahan secara sistematik bagi tujuan untuk membuat penambahbaikan. penambahbaikan ini boleh dibuat untuk membaiki kelemahan pengajaran yang disampaikan oleh guru dari segi teknik pengajaran, sterategi yang digunakan supaya dengan cara ini dapat memberi kesan kepada pelajar untuk memahami teknik yang digunakan.
Langkah2 dalam proses Kajian Tindakan (Johnson, 2005)
a) Merancang pengumpulan data
b) Pengumpulan dan penganalisisan data
c) Membentuk plan tindakan
d) Berkongsi dapatan dan plan tindakan
e) Kajian kepustakaan-Merumuskan masalah, persoalan dan bidang yang diminati untuk dikaji.
f) Kajian Kepustakaan-Sorotan yang dilakukan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
g) Membandingkan dan membezakan
h) Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kreteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
i) Menganalisis- Mengolah maklumat yang di perolehi dengan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa yang berlaku dan dapat mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks yang menggunakan beberapa kemahiran berfikir.
j) Menilai- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
k) Membuat kesimpulan- Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
l) Mensintesis- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk rumusan.
Terdapat pelbagai objektif kenapa kajian tindakan dalan pendidikan perlu dilakukan.Antaranya ialah:
a) Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan.
b) Kajian juga membantu guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Sebagai contoh, guru menjalankan kajian tindakan mengenai kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah. Sebelum melakukan apa-apa tindakan, seseorang guru itu perlu mengetahuai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Untuk penambahbaikan guru perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas dan di luar kelas apabila berkomunikasi dengan guru. Selain itu, guru mesti menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi diantara mereka. Selain itu, ihak sekolah mesti mengadakan minggu Bahasa Inggeris pada setiap bulan. Tindakan ini perlu dilakukan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancang.
Contoh yang kedua ialah kajian tindakan yang dilakukan di dalam pendidikan ialah, untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam para guru perlu mengenalpastinya dengan mengumpul markah dalam sesuatu ujian yang diperolehi dan mencari sebab munasabab daripada kegagalan pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan samaada aras soalan tersebut terlalu tinggi, kelemahan pelajar dalam menguasai jawi, ketidakjelasan soalan yang diberikan, jawapan yang diberikan adalah samar-samar. Setelah mengetahui masaalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar barulah guru-guru perlu mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh, jikalau pelajar gagal dalam pendidikan Islam adalah kerana kegagalan dalam menguasai jawi, guru perlu mencari alternatif yang berkesan bagi membantu pelajar samaada menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) jawi yang dapat menarik minat pelajar, mengadakan kem jawi yang mengandungi aktiviti menarik dan lain-lain.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan/penyelidikan untuk memperbaiki
atau meningkatkan amalan pendidikan. Ia menjadikan guru lebih kritis
dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan yang biasa dilakukan
sebelumnya. Melalui Kajian Tindakan juga, guru boleh menjadikannya
sebagai satu kaedah pedagogi untuk meningkatkan mutu pengajaran di
sekolah.
Sebagai guru, Kajian Tindakan adalah penting dalam ilmu pendidikan.
Ia dijadikan asas dalam membuat keputusan pengajaran berasaskan data
dan juga asas kepada perkembangan profesionalisme guru. Tujuan Kajian
Tindakan dijalalankan ialah untuk penambahbaikan dalam tugas sebagai
guru. Guru boleh menyelesaikan masalah amalan pengajaran harian
dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea/strategi baru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum Kajian Tindakan dijalankan, guru
mestilah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya.
Konsep kajian tindakan:
Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian
ke atas satu-satu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang
diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan
pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan.
Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah atau isu
yang timbul, di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud
dalam sesuatu masalah.
Kajian tindakan dalam pendidikan:
Kajian tindakan dalam pendidikan pula kajian yang dilakukan oleh
guru untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu permasalahan
secara sistematik bagi tujuan penambahbaikan. Penambaikan ini boleh
dibuat untuk membaiki kelemahan pengajaran yang disampaikan oleh guru
dari segi teknik pengajaran dan strategi yang digunakan. Dengan cara
ini dapat memberi kesan kepada murid untuk memahami teknik yang
digunakan.
Contoh:
Guru menjalankan kajian tindakan mengenai kelemahan penguasaan
bahasa Arab dikalangan pelajar sekolah rendah. Sebelum melakukan
apa-apa tindakan seseorang guru itu perlu mengetahui punca yang
menyebabkan masalah ini berlaku. Untuk penambahbaikan guru perlu
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengatar di dalam kelas. Selain
itu, guru perlu menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Arab untuk
berkomunikasi di antara satu sama lain. Selain itu, guru juga perlu
mengadakan minggu bahasa Arab pada setiap bulan. Tindakan ini perlu
dilakukan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancang.
Proses kajian tindakan
1) Merancang
Sebelum kajian dilakukan, seseorang guru perlu membuat perancangan
terhadap
isu atau masalah yang akan dikaji.
2) Bertindak
Selepas perancangan dibuat, guru perlu melaksanakan kajian
berdasarkan apa yang telah
dirancang.
3) Pemerhatian
Pemerhatian bertindak sebagai pengumpulan maklumat, hasil daripada
pemerhatian ini
guru dapat mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan
apa yang telah
dirancang dengan teliti.
4) Refleksi
Selepas semua perancangan dibuat, guru perlu melakukan refleksi
untuk mengetahui
samada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
--
You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "KPD3026 (Kota Bharu)" group.
To post to this group, send email to kpd3026k...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/kpd3026kotabharu?hl=en
APA ITU KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan suatu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mendapat serta meningkatkan lagi kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.Seterusnya, melalui pengetahuan tersebut ianya diproses untuk mengenalpasti setiap masalah yang timbul dan langkah-langkah penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan lagi kefahaman sedia ada berdasarkan kepada kebijaksanaan yang ada pada seseorang itu.
CONTOH KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH
Tajuk : Meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam B.Inggeris
Objektif
Am:
Tujuan kajian
ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan
Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “5 WAD U READ”
Objektif Khusus:
1. Menjawab soalan-soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati
kehendak soalan.
2. Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.
Metadologi
i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
Kumpulan
Sasaran
15 orang murid
Tahun 2 Syuhada yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 7 orang murid
perempuan.
Masalah
a)
Murid-murid tidak membaca soalan dengan teliti.
b) Murid-murid tidak memahami kehendak soalan.
c) Murid-murid tidak mengetahui makna perkataan / istilah Sains dalam Bahasa
Inggeris.
Tindakan Yang Dicadangkan
Teknik
“ 5 WAD U READ “
Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, penyelidik telah menggunakan
teknik “5 WAD U READ”. Teknik “5 WAD U READ” iaitu rangkaian perkataan ;
a) “5 WAD”
“5 – bermaksud lima” , “W – bermaksud words”, “A – bermaksud a” dan “D –
bermaksud day”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Lima perkataan dalam satu
hari”.
b) “U READ” pula adalah rangkaian perkataan ;
“U – bermaksud You Understand”, “R – bermaksud Read and Remember”, “E –
bermaksud Exercises”, “A – bermaksud Answer”, “D – bermaksud Do It and Done”.
Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Kamu faham, baca dan ingat, buat latihan,
jawab dan laksanakannya - selesai”.
Langkah-langkah yang dijalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:-
6.2.1 Memperkenalkan 5 perkataan Inggeris yang berkaitan dengan topik yang
diajar setiap hari.
6.2.2 Murid mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam ‘’Buku
Istilah Sains’’.
6.2.3 Murid memahami topik yang diajar dan kehendak soalan.
6.2.4 Murid membaca dan mengingati apa yang ajar.
6.2.5 Murid membuat latihan.
6.2.6 Murid cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.
6.2.7 Murid menyemak jawapan
Maksud Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Tujuan Kajian Tindakan
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaikan atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,memerhati dan mereflek.
Contoh Kajian Tindakan Di Sekolah
Seorang guru sekolah menghadapi masalah kawalan kelas. Beliau merakamkan seluruh proses pengajaran dalam kelas dan mendapati bahawa beliau sendiri merupakan sebahagian daripada punca masalah disiplin kerana terlalu banyak membincangkan perkara-perkara yang kurang diminati pelajarnya. Guru tersebut kemudian melakukan kajian tindakan seterusnya dengan menggunakan beberapa teknik mengajar yang paling sesuai digunakannya untuk mengenalpasti teknik mengajar yang paling sesuai digunakannya untuk mengurangkan masalah disiplin pelajarnya dalam kelas. Akhirnya guru tersebut mendapati bahawa disiplin pelajarnya dalam kelas telah bertambah baik.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
1. Kenalpasti masalah : murid tidak dapat mengenal dan mengecam
huruf serta suku kata
2. Kumpul data : beberapa ujian dijalankan secara tidak langsung di dalam kelas.
3. menganalisis data : masih terdapat beberapa orang murid tidak dapat
mengecam dan mengenal huruf serta suku kata tersebut tanpa bantuan
guru.
4. Merancang pelan tindakan:
- mengadakan latih tubi bersama dengan murid tersebut.
- mengadakan kelas intensif
- mengunakan kaedah mentor dan mente bagi memberi dorongan kepada
murid untuk lebih maju serta motivasi kepada mereka.
5. Melaksanakan pelan tindakan : melaksanakan P&P dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Penggunaan TMK secara optimum bagi menggalakkan dan
menarik minat murid untuk belajar.
6. Mengumpul data untuk mengesan perubahan
- ujian dilakukan di dalam kelas selepas beberapa waktu bagi
mengetahui tahap pencapaian dan peningkatan murid tersebut.
7.Menganalisi dan menilai
-mengkaji keputusan di mana kelemahan tahap kemahiran murid.
8. Penilaian / impak : Pada akhir dapat mengetahui sejauh mana murid
boleh menguasai 3M. Setelah membuat penilaian terhadap masalah ini
satu tindakan selanjutnya akan dibuat untuk memastikan murid ini dapat
menguasai 3M di masa akan datang.
Sekian terima kasih.
Konsep Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah prosee dimana melakukan
penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi
masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan maklumat yang dikumpul
dan diperbaiki.
Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara
bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan menggumpul serta
menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan
meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidiki.
Proses kajian dijalankan secara umumnya adalah:
1-Kenalpasti masalah
2-Membuat kajian kepustakaan
3.Menentukan pendekatan kajian
4.Melaporkan kajian
5.Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
6.Mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan
mengemas pengetahuan sedia ada berdasarkan penyelidikan yang
dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah
yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan
yang berlaku.
Contohnya:
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ketika mengajar juga guru boleh melekukan
kajian dengan melihat respon pelajar pada teknik-teknik pengajaran
yang digunakan dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar
untuk menarik minat dan fokus mereka. Dengan membuat Kajian Tindakan
guru boleh memilih teknik-teknik yang diminati oleh pelajar dalam
prosee pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-Jenis Kajian Tindakan.
a.Kajian Tindakan oleh guru secara individu.
Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti
masalah atau isu yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai contoh. guru
dapat membuat penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah
pelajar yang kurang memberikan fokus dalam bilik darjah dan mengatur
stretegi pengajaran yang berkesan.
b.Kajian Tindakan Kolaboratif
Melibatkan lebih daripada dua orang guru dalam bidang
yang sama. Contohnya, Guru-guru Bahasa Melayu membuat kajian mengenai
cara pengajaran yang berkesan untuk mengajar murid-murid membaca
dengan baik. Kaedah menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara
individu dan bacaan secara kumpulan. Guru-guru dalam pelbagai subjek
contohnya guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian
untuk mengenalpasti kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.
c.Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)
Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat
sekolah.Contoh: Untuk menungkatkan pencapaian akademik dan
kokurikulum.
d.Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah
diperingkat daerah.Contohnya:Masalah salahlaku pelajar di sekolah
seperti ponteng sekolah, mengenalpasti punca pelajar suka ponteng
sekolah, diantara faktor pihak sekolah ataupun ahli keluarga.
Disediakan oleh: Mohd Anuar bin Hj Daud
PPG/10157/11
Kajian tindakan ialah kaedah pengumpulan data dan menganalisis data yang diperolehi yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik dan isu serta dapat mencari kaedah penyelesaian. Kajian tindakan memainkan peranan yang penting untuk guru membuat keputusan pengajaran berasaskan data dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk kebaikan murid-murid.
Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk meningkatkan
i. keberkesanan pengajaran guru. meningkatkan prestasi pencapaian murid.
ii. mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
iii. membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
iv. Juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang
Proses kajian dijalankan secara umumnya adalah:
1-Kenalpasti masalah
2-Membuat kajian kepustakaan
3.Menentukan pendekatan kajian
4.Melaporkan kajian
5.Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
6.Mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi.
Contohnya:
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar pada teknik-teknik pengajaran yang digunakan dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik minat dan fokus mereka.
Dengan membuat Kajian Tindakan guru boleh memilih teknik-teknik yang diminati oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terima kasih
Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan
selepas pemerhatian
ke atas satu-satu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang
diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan
pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan.
Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah atau isu
yang timbul, di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud
dalam sesuatu masalah.
Kajian tindakan dalam pendidikan pula kajian yang dilakukan oleh
guru untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu permasalahan
secara sistematik bagi tujuan penambahbaikan. Penambaikan ini boleh
dibuat untuk membaiki kelemahan pengajaran yang disampaikan oleh guru
dari segi teknik pengajaran dan strategi yang digunakan. Dengan cara
ini dapat memberi kesan kepada murid untuk memahami teknik yang
digunakan.
Contoh:
Guru menjalankan kajian tindakan mengenai kelemahan penguasaan
bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah rendah. Sebelum melakukan
apa-apa tindakan seseorang guru itu perlu mengetahui punca yang
menyebabkan masalah ini berlaku. Untuk penambahbaikan guru perlu
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas. Selain
itu, guru perlu menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi di antara satu sama lain.
Proses kajian tindakan
1) Merancang
Sebelum kajian dilakukan, seseorang guru perlu membuat perancangan
terhadap
isu atau masalah yang akan dikaji.
2) Bertindak
Selepas perancangan dibuat, guru perlu melaksanakan kajian
berdasarkan apa yang telah
dirancang.
3) Pemerhatian
Pemerhatian bertindak sebagai pengumpulan maklumat, hasil daripada
pemerhatian ini
guru dapat mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan
apa yang telah
dirancang dengan teliti.
4) Refleksi
Selepas semua perancangan dibuat, guru perlu melakukan
refleksi
untuk mengetahui
samada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.
PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ISU : Teknik Pengajaran dan Pembelajaran tidak berkesan.
OBJEKTIF :
1. Mengadakan pengurusan panitia yang sistematik
2. Mempastikan proses P&P berkualiti.
3. Merealisasikan pelajar yang tinggi kualiti sukan dan kesihatan.
|
Isu |
Masalah |
Matlamat |
Strategi |
Indikator Pencapaian |
|
Pengurusan dan kecemerlangan panitia |
1. Pengurusan Panitia mata pelajaran yang kurang berfungsi
2.Peratus guru yang dapat mengajar dengan baik hanya 35% .
3. Peratus kejayaan pelajar ke peringkat negeri hanya 5 % sahaja. |
1.Meningkatkan fungsi panitia sehingga 70 % bagi merencanakan dan melaksanakan sistem panitia.
2.Meningkatkan peratus pencapaian atau mutu pengajaran dan pembelajaran guru.
3.Peratus pencapaian kualiti sukan dan kesihatan kepada 20% menjelang 2012 |
1. Mengadakan pengurusan panitia yang sistematik 1.1 Mengadakan mesyuarat tiga kali setahun untuk memastikan proses P & P berjalan lancar 1.2 Mengemaskini fail-fail panitia dan maklumat-maklumat terkini guru PJK 1.3 Sentiasa menyebarkan maklumat-maklumat/surat siaran/pekeliling-pekeliling terbaru mengenai PJK
2. Mempastikan proses P&P berkualiti. 2.1Guru mesti hadir berpakaian sukan semasa menjalankan proses P & P di padang. 2.2 Menggunakan bahan bantu mengajar dan peralatan mencukupi agar proses P & P berjalan lancar dan berkualiti 2.3 Memastikan penggunaan buku teks 100% sebagai sumber rujukan utama.
2.4 Mengadakan latihan dalam kepada guru yang mengajar PJ dan PK. 2.5 Memastikan semua pelajar dapat hadir di padang semasa aktiviti PJ. 2.6 Ketepatan masa guru adalah amat penting 2.7 Memastikan guru-guru yang berkemahiran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar PJ dan PK. 2.8 Memastikan semua peralatan digunakan secara total oleh guru dan pelajar untuk aktiviti PJK 2.9 In house training.
3. Merealisasikan pelajar yang tinggi kualiti sukan dan kesihatan
3.1 Mengadakan permainan kecil mengikut sukatan pelajaran semasa PJK. 3.2 Membeli peralatan agar mencukupi serta membaik pulih peralatan yang rosak. 3.3 Mengenalpasti bakat-bakat baru melalui aktiviti permainan kecil yang dijalankan
|
|
PELAN TAKTIKAL (TAHUN 2011)
BIDANG PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
|
Program |
Objektif |
T/Jawab |
Tempoh |
Kos Sumber |
TOV |
ETR |
Indikator Pencapaian | ||||||||||
|
1 |
Program Gaya Hidup Sihat |
1.Menanam minat guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2.Mengenalpasti dan mewujudkan minat pelajar terhadap subjek PJPK.
3.Melatih pelajar dan guru mengelolakan program Gaya Hidup Sihat.
4.Mengamalkan bidang penjagaan kesihatan kepada pelajar dan guru-guru. |
1. Ketua Panitia PJPK
2.Guru Kanan Sains Sosial
3.Semua Guru mata pelajaran PJPK. |
1. Mac (sebulan) |
RM 300.00 Panitia Mata pelajaran PJPK |
1. Peratus guru mengajar 60 %
2.Minat murid terhadap mata pelajaran PJPK 65%.
3.Penglibatan pengelolaan guru dan murid dalam pengurusan 45%
4. Amalan gaya hidup sihat 40% dalam kalangan guru dan murid |
1.Peratus guru mengajar 70%
2. Minat murid semasa pengajaran PJPK sebanyakn 75%
3. Penglibatan pelajar dan guru secara aktif dalam pengurusan sebanyak 60%
4. Peratus amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan guru sebanyak 50%.
|
1. Peratus guru semasa P&P di padang dan bilik darjah.
2.Jumlah pelajar yang keluar ke padang dengan kelengkapan PJPK.
3.Peratus penglibatan guru dan AJK dilantik semasa pengelolaan.
4.Peratus guru dan murid menggunakan kemudahan yang disediakan.. |
PELAN OPERASI
BIDANG MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
|
Nama Projek |
Gaya Hidup Sihat
|
|
Objektif |
1.Menanam minat guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 2.Mengenalpasti dan mewujudkan minat pelajar terhadap subjek PJPK. 3.Melatih pelajar dan guru mengelolakan program Gaya Hidup Sihat. 4.Mengamalkan bidang penjagaan kesihatan kepada pelajar dan guru-guru.
|
|
Tempoh |
Januari hingga februari Kejohanan RentasDesa Kejohanan Olahraga Mini Kempen Sihat dan Cergas.
|
|
Kumpulan Sasaran |
Semua murid tahap 2
|
|
Guru Terlibat |
1..Pen.Kanan Ko Kurikulum 2.Guru subjek PJPK 3.Pegawai kejohanan
|
|
Proses Kerja |
1.Guru Panitia PJPK mengadakan beberapa siri mesyuarat /perjumpaan pengurusan mata pelajaran dan program PJPK 2011 2.Mengagihkan tugasan,menyediakan jadual program gaya hidup sihat. 3.Melancarkan program Gaya Hidup Sihat Sempena Bulan Sukan & Kesihatan Sekolah 4.Melaksanakan Kejohanan Olahraga Mini.
|
|
Kekangan |
1.Kekurangan ilmu kesihatan dalam kalangan guru subjek. 2.Sumber kewangan terhad. 3.Guru gagal mendedahkan kemahiran olahraga kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan.
|
|
Pemantauan
|
1.Ketua Panitia 2.Penyelaras Sukan Sekolah
|
|
Penilaian |
Aspek Penilaian : 1.Peratus pelajar yang melibatkan diri dalam sesuatu kemahiran olahraga semasa sesi pengajaran & pembelajaran. 2.Keberkesanan guru subjek mewujudkan suasana pembelajaran PJPK yang baik. 3.Kualiti pengurusan semasa atau sepanjang program dilaksanakan. 4.Kualiti pemahaman para murid tentang peraturan olahraga semasa kejohanan mini olahraga dilangsungkan.
|
|
Penambahbaikan |
Penambahbaikan akan dilaksanakan setelah post mortem dilakukan. Penambahbaikan dijangka memperbaiki keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran PJPK. |
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Konsep kajian tindakan:
Kajian tindakan merupakan proses yang boleh dijalankan pemerhatian
ke atas sesuatu isu atau permasalahan berdasarkan data dan maklumat yang
didapati untuk dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.
Sesuatu kajian dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan
pengetahuan yang sedia ada berdasarkan sesuatu penyelidikan yang dilakukan.
Kajian juga dapat menolong para guru mengenalpasti masalah atau sesuatu isu
yang didapati serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang timbul
dalam sesuatu masalah pendidikan.
Rumusannya,kajian tindakan dapat menjamin mutu pendidikan.
Sekian,terima kasih.