Definisi Kajian tindakan
Menurut John Elliott (1991), kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu. Dengan kata lain, kajian tindakan guru dijalankan untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Manakala menurut, Mc Niff (1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka.
Melalui kajian tindakan akan melahirkan guru yang professional dalam melakukan sesuatu kerja secara kreatif dan berkebolehan mempertimbangkan pelbagai prespektif ketika membuat sesuatu keputusan di samping berperanan secara signifikan dalam menghasilkan pengetahuan serta mengamalkan amalan-amalan yang terbaik.
Dalam konteks pendidikan kajian tindakan berperanan sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data. Pengumpulan data boleh dilakukan melalui soal selidik, temu-bual, pemerhatian dan penulisan folio tentang sejarah juga latar belakang sekolah yang dikaji. Misalnya,Kajian terhadap perlaksanaan dasar 1M1S ( Satu murid dan satu Sukan), Dasar Rancangan Makanan Tambahan, Literasi dan Numerasi (LINUS) dan sebagainya. Dapatan kajian boleh digunakan untuk memperbaiki segala kelemahan yang dihadapi oleh guru dan pihak sekolah berhubung dengan perlaksanaan dasar-dasar tersebut.
TQ
Assalamualaikum Dr.
Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasanya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengubah dan mempertingkatkannya.
Melalui kajian tindakan guru akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa. Misalnya, dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan bahan bantu belajar (BBB) yang lebih menarik serta dan memudahkan pemahaman pelajar.
Sekian.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri. Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan. Budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah. Ia amat bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik yang sekali gus berperanan sebagai agen perubahaan. Sehubungan dengan itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan yang berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh warga pendidik di sekolah. Cochran-Smith dan Lytle (1990) menjelaskan Kajian tindakan sebagai kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu yang mereka sukai. Ianya juga menyediakan satu kaedah yang formal bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai sebahagian daripada sumber maklumat dalam pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam pendidikan. Kemmis & McTaggart (1988) pula mendefenisikan Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Contoh
Sbagai contoh sprti yang telah saya jalankan di kelas pra sekolah .Diminggu pertama persekolahan melalui tunjang bahasa guru perlu mengenal pasti pencapaian murid dalam mengenal huruf dan nombor dengan memberi ujian berbentuk lisan dan carta. kajian tindakan boleh dijalankan berkenaan dengan murid iaitu dengan mengnalpasti kelemahan murid.Seterusnya guru akan mencari kaedah atau teknik sebagai penyelesaiaan. Kemudian guru melihat suasana persekitaran keluarga,guru dan kelas.Merujuk kepada murid prasekolah pada tahun 2011 yang lepas,langkah 1 yang saya jalankan ialah mebahagikan murid kepada 3 kumpulan 1.baik 2.sederhana 3.lemah.langkah 2 murid akan diajar membaca secara berkumpulan dan bergilir-gilir serta mengikut tahap.Teknik yang pelbagai seperti nyanyian dan permainan di sepadukan dalam proses ini.Hal ini untk menimbulkan rasa seronok di kalangan murid.langkah 3 ialah memanggil ibubapa di hari jumaat untuk sama-sama membantu guru mengajar.Langkah 4 ialah membuat refleksi tentang tahap perkembangan anak-anak hingga setakat ini. Yang terakhir ialah memberikan ganjaran atau hadiah kepada yang telah berjaya. Cara ini amat membantu guru dalam mencapai objektif.melalui kajian ini guru boleh membuat pelbagai perubahan , menggunakan kepelbagaian kaedah, teknik penyampaian yang lebih sesuai serta mnyelsaikan masalah murid disamping dapat megurangkan masalah yang wujud dikalangan murid.Dalam tunjang sosioemosi guru perlu memastikan murid-murid mempunyai kemahiran bersosial dan dapat mengawal emosi dengan lebih baik.Melalui kajian tindakan guru akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan seterusnya mencari penyelesaian dengan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid bagi mereka yang mempunyai masalah dalam sosioemosi.Apa yang telah dilakukan oleh saya ialah memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk berasa seronok dengan membenarkan mereka bermain.murid juga dajar tentang nilai-nilai murni.cara ini dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.Murid-murid juga akan sentiasa diingatkan agar tidak melakukan perkara yang tidak baik.Bagi memastikan perlaksanaannya guru akan bertanya kepada murid diakhir P&P.
Dengan melihat kepada pengalaman diri,dapat dilihat bagaimana kajian tindakan dapat membantu guru untuk mencari penyelesaian yang mungkin berpunca dari guru atau mungkin murid-murid serta persekitaran.Kajian tindakan ini adalah satu proses dimana guru akan dapat membuat penambahbaikan dari segi Pengajaran dan pembelajaran, dan profesinalisme guru.Murid juga akan dapat di pulihkan dengan memberi penyelesaian yang lebig sistematik dan bersesuaian dengan tahap perkembangan murid.
Daripada:Norsiah Binti Taki
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Kajian tindkn dalam pendidkn ialah mengkajai sesuatu isu dan permasalahan dengan memberi satu cadngan mengatasinya melalui prosedur yg sistemtik dan terancang, disokong degan bukti-bukti yang kukuh. Cntohnya : isu masalah sukar menguasai 3m d kalangan murid tahap 1. Cadagan kajian keberkasanan penggunaan modul secara maksima dan program linus dapat membantu mengatasi masalah 3m.
Sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 3 di
sekolah saya, saya mendapati masalah penggunaan huruf besar dalam
Bahasa Malaysia amat ketara.Saya mengambil langkah menyalesaikan
masalah tersebut dengan 1.Menggunakan warna
2. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan huruf besar
3. Mengecam huruf besar pada ayat/menanda huruf besar dengan warna merah.
4. Menyalin semula ayat yang sesuai dengan permulaaan huruf besar./
gunakan warna bagi huruf besar .
Selapas langkah ini dijalankan saya mendapati murid-murid dapat
memahami, menyedari dan seterusnya membetulkan kesalahan dalam
penggunaan huruf besar.
On 1/8/12, ASNEY JAIS <asn...@gmail.com> wrote:
> Kajian tindkn dalam pendidkn ialah mengkajai sesuatu isu dan permasalahan
> dengan memberi satu cadngan mengatasinya melalui prosedur yg sistemtik dan
> terancang, disokong degan bukti-bukti yang kukuh. Cntohnya : isu masalah
> sukar menguasai 3m d kalangan murid tahap 1. Cadagan kajian keberkasanan
> penggunaan modul secara maksima dan program linus dapat membantu mengatasi
> masalah 3m.
>
> 2012/1/4 Dr. Azidah <azida...@gmail.com>
>
>> Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
>>
>> Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh
>> kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
>> *
>> Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam
>> pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang
>> dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana
>> anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan
>> memberikan contoh2 yangs esuai.?
>>
>> *Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
>>
>> Terima Kasih
>>
>>
>> p/s Anda* WAJIB* menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan
>> diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
>>
>>
>> --
>> *~Dr Azidah Abu Ziden*
kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri. Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan.
Contoh:
Masalah yang ketara dikalangan kanak-kanak prasekolah adalah mereka mengalami kesukaran untuk mengingati simbol huruf dan nombor.Sebelum ini saya menggunakan lembaran kerja untuk latih tubi sebagai pengukuhan, namun kanak-kanak menunjukkan sikap bosan dan mereka tidak seronok. Seiring dengan sifat semulajadi kanak-kanak suka bermain dan teknologi komputer amat sesuai untuk masa kini.Melalui pembelajaran menggunakan alat bantu komputer kanak-kanak prasekolah lebih bermotivasi dan meningkatkan keyakinan mereka untuk belajar huruf dan nombor dengan lebih seronok.
KAJIAN
TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Konsep kajian tindakan.
Kajian tindakan ialah satu proses yang
dilakukan selepas pemerhatian ke atas satu-satu isu atau masalah berdasarkan
data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses
penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah
pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan
penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga membantu guru-guru mengenalpasti
masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud dalam sesuatu masalah.
Proses kajian tindakan
1)Merancang
sebelum kajian tindakan dilakukan,
seseorang penyelidik perlu membuat perancangan terhadap isu atau masalah yang
akan dikaji.
2)Bertindak
selepas perancangan dibuat, penyelidik
perlu melaksanakan kajian berdasarkan apa yang telah dirancang.
3)Pemerhatian
pemerhatian bertindak sebagai
pengumpulan maklumat, hasil daripada pemerhatian ini penyelidik dapat
mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan apa yang telah
dirancang dengan teliti.
4)Refleksi
selepas semua perancangan dibuat,
penyelidik perlu melakukan refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan
mencapai matlamat atau sebaliknya.
Jenis-jenis kajian tindakan
1) Individu - melakukan kajian secara
bersendirian.
2) Kolaboratif - melakukan kajian
secara berkumpulan iaitu lebih daripada dua orang.
3) Sekolah
4) Daerah
Reka bentuk kajian tindakan
Reka bentuk kajian tindakan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian:
Projek teras iaitu kajian yang dilakukan
untuk dilaporkan hasilnya kepada organisasi melalui empat proses seperti
rancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Projek akademik dan penulisan artikal
ilmiah. kajian ini akan melibatkan kajian kepustakaan, pengumpulan data,
analisis data dan sumbangan kepada bidang pengetahuan.
kajian tindakan secara umumnya
berbentuk gelungan kerana kebiasaannya satu pusingan sahaja belum tentu berjaya
seperti yang diingini. Dengan itu, pengkaji perlu melakukan pusingan kedua dan
seterusnya sehingga sesuatu masalah yang dikaji itu berjaya dan menjadi satu
amalan atau kebiasan.
Pelan tindakan
1. Langkah-langkah yang perlu diambil
- Kenal pasti masalah
- Baiki kelemahan
- Berusaha mengekalkan apa yang telah
diperbaiki
2. Bagaimana anda ingin mengumpul data
- Pemerhatian
- Bertanya pada kawan-kawan
3. Bagaimana anda ingin memantau apa
yang anda rancang dilaksanakan
- Bertanya pada diri sendiri (muhasabah
diri)
- Bertanya pada kawan-kawan
Contoh 1:
Guru menjalankan kajian tindakan
mengenai kelemahan penguasaan kemahiran menulis
dikalangan murid sekolah .Tulisan murid tidak kemas dan tidak dapat
dibaca. Sebelum melakukan apa-apa tindakan seseorang guru itu perlu mengetahui
punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.Masalah ini berlaku disebabkan oleh
penggunaan media elektronik seperti momputer dan telefon untuk penghantaran
emel dan SMS. Untuk penambahbaikan guru
perlu menggunakan menganjurkan pertandingan tulisan cantik untuk tahap 1 dan
penulisan karangan untuk tahap 2. Selain itu, mengadakan aktiviti menulis setiap
hari . Galakan murid menulis surat, kad dan nota pesanan kepada ibu bapa dan
rakan-rakan terutama pada musim perayaan berbanding dengan penggunaan media elektronik
. Tindakan ini perlu dilakukan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancang.
Contoh 2:
isu/ masalah.
murid tahun 1 menangis pada hari
pertama persekolahan
punca
-murid Kurang berkeyakinan
- guru kurang mesra ( sibuk dan
perasaan masih cuti)
-ibu bapa terlalu prihatin (asyik berkepit dengan anak)
-suasana sekolah tegang/ sibuk di sekolah
Penambahbaikan
-murid mesti mendapat
pendidikan pra sekolah sebelum ke tahun 1
- Agihan tugas guru jelas . Perlu ada
AJK sambutan murid agar guru tahun 1 tidak terbeban.
- Ibu bapa perlu ambil peranan.Tidak
perlu ikut anak masuk ke kelas.
- Bertenang dan kawal perasaan.
Sekian dan terima kasih.
NORLIAH BINTI MOLINKA
Salam Sejahtera Dr.,
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan merupakan satu pendekatan yang dijalankan untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Ia merupakan satu pendekatan kajian untuk memperbaiki atau meningkatkan amalan dan profesionalisme guru melalui proses refleksi yang sistematik. Kajian dijalankan terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik. Pendekatan ini menggalakkan guru untuk menambah pengetahuan baru serta mengembangkan pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan penyelidkan yang dijalankan. Ia dapat membantu guru mengenalpasti masalah yang timbul dan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
Langkah-langkah melaksanakan kajian tindakan melibatkan proses mengenalpasti masalah, mengumpul dan menganalisis data yang berkaitan, merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan, mengumpul data semula untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai dapatan kajian dan akhir sekali membuat penilaian impak dan refleksi.
Terdapat beberapa jenis kajian tindakan dalam pendidikan yang boleh dijalankan di sekolah, antaranya adalah:
1) Kajian tindakan oleh guru secara individu.
-Guru sendiri menjalankan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu dalam bilik darjah.
-Contohnya, guru prasekolah menjalankan kajian untuk mendapatkan penyelesaian bagaimana caranya untuk mengatasi masalah murid-murid yang kurang memberi perhatian semasa proses p&p dengan merancang aktiviti yang lebih bermotivasi dan menyeronokkan.
2) Kajian Tindakan Kolaboratif
-Kajian yang melibatkan lebih daripada dua orang.
-Contohnya, guru prasekolah boleh bekerjasama dengan guru-guru prasekolah yang lain atau guru-guru Bahasa Inggeris untuk membuat kajian dan mencari alternatif bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran Bahasa Inggeris dalam kelas prasekolah.
3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
-Guru-guru memberi penekanan terhadap satu masalah atau isu yang sama di peringkat sekolah.
-Contohnya, guru-guru membuat kajian dengan mencari punca dan alternatif untuk mengatasi masalah murid ponteng sekolah, meningkatkan pencapaian akademik (Bahasa Inggeris, Sains, keputusan UPSR dan lain-lain) dan menggalakkan murid menyertai kegiatan kokurikulum.
Sekian & Terima Kasih.
TSEU YEN NI (PPG/41019/11)
Salam Dr. Azidah....
Terdapat empat tahap pemerolehan dalam menjalankan kajian tindakan iaitu:
-Data
-Maklumat
-Pengetahuan
-Hikmah
Ini pemahaman saya tentang kaedah penyelidikan. Daripada pemahaman saya tentang pembelajaran ini, kajian penyelidikan ialah kaedah pengumpulan data dan menganalisis data yang diperolehi yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik dan isu serta dapat mencari kaedah penyelesaian.
Sebagai contoh :
Kajian tindakan yang dilakukan di dalam pendidikan ialah, untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam para guru perlu mengenalpastinya dengan mengumpul markah dalam sesuatu ujian yang diperolehi dan mencari sebab munasabab daripada kegagalan pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan samaada aras soalan tersebut terlalu tinggi, kelemahan pelajar dalam menguasai jawi, ketidakjelasan soalan yang diberikan, jawapan yang diberikan adalah samar-samar. Setelah mengetahui masaalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar barulah guru-guru perlu mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh, jikalau pelajar gagal dalam pendidikan Islam adalah kerana kegagalan dalam menguasai jawi, guru perlu mencari alternatif yang berkesan bagi membantu pelajar samaada menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) jawi yang dapat menarik minat pelajar, mengadakan kem jawi yang mengandungi aktiviti menarik dan lain-lain.
Sekian.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh ke
jayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Kajian tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan salah
satu pendekatan untuk meningkatkan amalan guru.Pendekatan ini
bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar,kritis dan
bersedia mengubah amalan amalan. Di antara tujuan pendekatan ini ialah
agar menggalakkkan guru menyelesaikan masalah harian dengan membuat
refleksi untuk mendapatkan idea dan strategi baru untuk mengatasi
sesuatu permasalahan yang telah dikenalpasti.Dengan erti kata lain,
kajian tindakan bolehmerupakan pedagogi guru,kerana guru yangbaik
akan sentiasa menguji, mengubah suai dan merangka semula model amalan
mereka dari masa ke masa.
Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah
yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan
niat untuk memperbaharui kualiti amalan masingmasing.
Tidak dapat dinafikan bahawa guru guru sentiasa berhadapan dengan
pelbagai masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Namun
demikian guru mestilah bersifat selektif bagi memudahkan guru memberi
fokus terhadap kajian.
Bagaimana menjalankan kajian tindakan:
1.Merancang
2.Menentukan aktiviti
3.Memastikan langkah langkah
4.Menentukan langkah/cara penilaian
5.Analisa keputusan
6.Memerhati (mengumpul bukti/data )
7.Mereflek (analisa/refleksi
Langkah langkah melaksanakan kajian tindakan:
1.Mengenalpasti masalah/fokus/isu
2.Mengumpuldata
3.Menganalisa data/ membentuk persoalan kerja
4.Merancang pelan Tindakan
5.Melaksanakan pelan Tindakan
6.Mengumpul data untuk mengesan perubahan
7.Menganalisis dan menilai
8.penilaian impak.
sekian....
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia Dr,
Kajian tindakan dalam pendidikan adalah merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang mana, hasil kajian akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan oleh Mc Niff( 1998), kajian tindakan adalah satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan mereka dan bersedia untuk mengubah amalan tersebut. Kajian tindakan biasanya dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif untuk meningkatkan pemahaman terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan untuk mengubah dan meningkatkan amalan tersebut. Kajian tindakan perlulah bermatlamat. Kajian tindakan haruslah dijalankan secara sistematik contohnya, bukti diperlukan untuk menyokong kenyataan seperti menggunakan senarai semak, pengumpulan data dan pemerhatian. Hasil Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru hendaklah dapat memberi manafaat dan faedah kepada murid.
Kajian tindakan boleh diaplikasikan di sekolah melalui pengalaman guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan cara:
- Mengenalpasti masalah/ tinjauan awal
Dengan membuat pemerhatian murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, mengenalpasti murid yang nakal dan tidak berminat untuk belajar di dalam kelas.
- Merancang kajian tindakan
Guru boleh merancang atau mengenalpasti punca masalah dengan cara membuat refleksi kendiri dan menilai cara pengajaran sendiri sama ada dari segi ketidaksesuaian kaedah pengajaran yang diguna oleh guru, ketidaksesuaian bahan bantu mengajar yang digunakan, ketidaksesuaian aras kesukaran isi kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru atau masalah murid itu sendiri. Contohnya, merancang aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid tersebut dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar murid tidak cepat bosan.
- Melaksanakan tindakan
Apabila perancangan aktiviti telah dibuat, maka pelaksanaan perlu dilakukan agar dapat melihat sama ada perancangan berkesan atau tidak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti yang lebih menarik seperti menyelitkan aktiviti bermain, menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan memberi arahan dengan jelas agar murid dapat mengikuti pembelajaran dengan gembira dan dapat memupuk minat mereka belajar.
Pemerhatian dan analisis data
Oleh kerana ia melibatkan tingkahlaku murid maka rakaman video adalah sesuai untuk menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan merekod pemerhatian hasil aktiviti murid. Contohnya, melalui rakaman video, guru boleh memerhati tingkahlaku murid dan aktiviti yang dijalankan sama ada menarik minat murid belajar atau tidak.
- Refleksi dan penilaian
Perlu dibuat bagi menilai sama ada pelaksanaan perancangan berkesan atau tidak. Contohnya, melihat dan menilai rakaman video yang telah dibuat. Guru boleh menilai sama ada perancangan tersebut berjaya atau tidak. Sekiranya perancangan kurang berjaya, tindakan susulan dan penambahbaikan perlu dibuat.
Kesimpulan.
Tidak
dapat dinafikan bahawa masalah akan sentiasa wujud dalam melaksanakan p&p dan aktiviti
sekolah yang lain. Oleh itu, kajian tindakan merupakan cara yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran di kelas atau masalah
pengurusan sekolah. kajian tindakan juga dapat membantu guru-guru meningkatkan kualiti pengajaran dan hasilnya dapat memberi manafaat kepada murid serta meningkatkan prestasi
kerja yang lebih baik.
Sekian, terima kasih.
MARIBEL MANUEL ARROGANCIA
PPG/41069/11
KAJIAN TINDAKAN
1. Definisi Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat.
4. Proses Menjalankan Kajian Tindakan
Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan refleksi ).
Proses Tindakan
Proses 1
Merancang. Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.
Proses 2
Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.
Proses 3
Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti (contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 4
Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ) .
Proses 5
Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
Proses 6
Memerhati ( mengumpul bukti ) Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen· Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat. Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan.sebagainya.
Proses 7 ( analisa dan refleksi )
Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. · Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai. · Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )
Contoh Kajian Tindakan Di Sekolah SK Sg Tuhok Semporna, Sabah
Ke semua proses di atas telah di aplikasikan di kelas pemulihan dalam proses menyediakan murid ke dunia pembelajaran di kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
Untuk memulakan kelas Pendidikan Pemulihan khas, setiap guru pemulihan, perlu men gedarkan borang pencalonan kepada semua guru Tahun 2 dan 3. Melalui borang tersebut, guru-guru kelas terlibat akan mencalonkan murid-murid yang perlu di berikan permulihan dan menyerakan borang tersebut kepada guru pemulihan. Seterusnya guru pemulihan akan menjalankan ujian saringan kesemua murid yang di calonkan bagi mengetahui kelayakan murid tersebut, sama ada di kelas pendidikan pemulihan khas atau kelas perdana. Bagi murid-murid yang tidak melepasi ujian sariangan, guru pemulihan akan mengadakan ujian diagnostik untuk mengesan daerah-daerah kelemahan murid terlibat. Ujian diagnostik pula melibatkan ( praktik, lisan, tulisan dan pengamatan). Dari ujian diagnostik yang di jalankan, guru pemulihan akan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai untuk murid-murid yang terlibat. Dan selepas proses ini, guru akan merancang aktiviti yang sesuai untuk setiap murid untuk memenuhi keperluan mereka dalam bidang pendidikan. Dengan cara ini , guru pemulihan akan mudah merancang pengajaran yang sesuai mengikut daerah-daerah kelemahan murid.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Kajian Tindakan dalam pendidikan ialah satu kajian yanga dilaksanakan
oleh guru secara secara individu atau kolaboratif dengan tujuan untuk
memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi aatau amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai obajektif pengajaran guru.
Daripada kaedah ini, guru-guru dapat menyelesaikan dan memahami
sesuatu amasalah atau situasi ayang berlaku. Perubahan dan amalan guru
akan meningakatkan mutu pendidikan di sekolah.
Kajian Tindakan sangat digalakkan di sekolah-sekolah bagi mengatasi
permasalahan yang sering berlaku seperti kelemahan murid memahami
saesuatu kemahiran dalam pelajaran. Contohnya; masalah murid
membunyikan suku kata. Guru akan memulakan kajian dengan mencari
masalah dan puncanya.Guru akan membuat borang/soalan diagnostik kepada
murid terlibat dan mengesan kelemahan yang dialami oleh murid.
Seterusnya, guru akan membina bahan pengajaran yang sesuai untuk
membantu menyelesaikan kelemahan tersebut. Bahan yang dihasilkan akan
diuji dan sekiranya ia boleh membantu untuk menyelesaikan masalah
tersebut maka bahan tersebut akan dimajukan dan digunapakai tetapi
sekiranya sebaliknya guru akan membaiki bahan tersebut sehingga ia
boleh dipraktikkan dan dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Contoh yang lain ialah penyelesaian masalah murid yang tidak suka
membaca waktu sengang. Kajian tindakan mestilah dilakukan dengan
mengenalpasti punca mengapa murid tidak suka membaca dan mencari
strategi yang sesuai untuk menggalakkan murid membaca.
2012/1/4 Dr. Azidah <azida...@gmail.com>:
> Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
>
> Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan
> yg cemerlang pada tahun ini.
>
> Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam
> pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang
> dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda
> boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan
> contoh2 yangs esuai.?
>
> Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
>
> Terima Kasih
>
>
> p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan
> diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
>
>
> --
Kajian Tindakan (KT) sesuatu yang berguna sebagai kaedah
membantu menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah, bukan sahaja dalam
bidang kurikulum malah mencakupi seluruh persekitaran sekolah, pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah pelaksanaannya yang disesuaikan mengikut
keperluan.
KT berguna di sekolah, kerana:-
- KTsesuai untuk mengkaji apa-apa isu yang
berkaitan dengan sekolah.
- KT ialah suatu alat/kaedah yang versatil dan
mudah dilaksanakan.
- KT menggalakkan saling pererfahaman dan
berkongsi pendekatan.
- KT dapat menggubal tindakan-tidakan untuk
perancangan penyelesaian persekitaran sekolah yang khusus dan boleh mencapai
kejayaan.
- KT yang mereka rancang sendiri, menyebabkan
ahli-ahli dalam komuniti sekolah lebih komited dan berkongsi tindakan.
- KT dapat dibuat dengan lebih teliti dan
terperinci melalui kitaran kajian yang berterusan.
- KT mencetus rasa kesepunyaan terhadap perubahan
dan diuruskan oleh yang terlibat.
- KT boleh turut melibatkan pelajar, guru,
pengetua, ibu-bapa dan komuniti sekolah.
- KT membina koloborasi yang akan membena
kepercayaan, keyakinan dan sokongan.
- KT boleh bermula dengan skala yang kecil dan
akan berkembang mengikut masa.
- Melalui KT, bantuan kepakaran dan tenaga luar
boleh diundang bersama
CONTOH KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH RENDAH
Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep
fotosintesis.
1. OBJEKTIF
a)Umum
Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.
Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.
b)Khusus
i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .
ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan
gambarajah,carta dan peta konsep.
2. METADOLOGI
Metadologi yang digunakan :
i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.
3. PERLAKSANAAN KAJIAN
a) Tinjauan Masalah
i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum
mencapai target dari segi kualiti gred.
ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi
topic
Sains.
iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.
iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang
tertentu sahaja.
v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.
b) Perlaksanaan program
i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan
ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik
c) Tindakan yang dijalankan
i Menjalankan Ujian Pra
ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuan
iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari
rujukan .
vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.
vii Ujian Post
4. DAPATAN KAJIAN
a) Analisis Data
i Analisis Ujian Pra
ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis perlakuan murid
v. Analisis Ujian Post
b) Rumusan
i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh
ii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang
dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar
terlibat
secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil
dipertandingkan.
5. REFLEKSI KAJIAN
a.) Pencapaian murid
Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa
fotosintesis.
b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang
baik
pada setiap pelajar.
c) Proses Pengajaran dan pembelajaran
Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik
pengajaran yang pelbagai.
6. CADANGAN
Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri
penemuan dalam membina konsep fotosintesis
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
Kajian tindakan ialah satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik oleh individu atau kumpulan yang biasanya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. Secara ringkasnya kajian tindakan ialah seseorang guru itu membuat refleksi diri hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakannya setelah melakukan penilaian untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan kekuatan yang diperolehinya dari proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dan akan dilaksanakannya.
Bagi melaksanakan kajian tindakan, beberapa langkah dan proses dilakukan iaitu:-
1. Mengenalpasti masalah
2. Merancang tindakan
3. Pelaksanaan tindakan
4. Pemerhatian dan analisis data
5. Melakukan refleksi dan penilaian
Contoh kajian tindakan yang boleh dilakukan di sekolah seperti mencari punca dan cuba membantu kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh seseorang murid itu supaya dapat memenuhi tuntutan Kurikulum. Contohnya masalah murid nakal semasa guru mengajar, malas belajar, murid tidur, murid tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, tidak menyiapkan kerja sekolah, mundar-mandir di dalam bilik darjah, asyik keluar kelas, memanjat kerusi dan meja dan banyak lagi. Masalah-masalah yang dilakukan oleh murid terlalu banyak tetapi masalah yang paling dianggap serius ialah tidak tahu membaca, menulis, dan mengira. Oleh demikian wujudlah Linus, Pemulihan, Protim, Probim sebagai contoh kajian tindakan yang dilakukan.
Saya mendapati kajian tindakan dalam pendidikan perlu dilakukan oleh
semua guru di Malaysia. Ini kerana kajian tindakan merupakan kaedah
atau cara yang digunakan dalam mengkaji sesuatu masalah dan
memperbaiki atau mengubah amalan kendiri secara refleksi atau
inkuiri. Masalah pendidikan sentiasa wujud dimana-mana saja. Dan
disinilah pentingnya seseorang guru atau sekumpulan guru berbincang
dalam mengatasi masalah-masalah pendidikan samaada pengajaran
didalam kelas atau di luar kelas.
Contoh masalah yang boleh diaplikasikan di sekolah ialah bagaimana
mengatasi celik huruf di kalangan murid-murid prasekolah seperti di
tempat saya. Menurut prinsip dan prosedur kajian tindakan, ada
lima langkah yang perlu diikuti iaitu langkah pertama, saya
akan kenalpasti punca masalah tersebut :-
1. mungkin murid tiada pendedahan awal dari rumah
2. mungkin murid tersebut masih belum bersedia untuk belajar di sekolah
3. mungkin murid tersebut mengalami masalah pembelajaran seperti
Dleksia, kemurungan, kesihatan dan sebagainya.
Langkah kedua, saya akan merancang tindakan untuk mengatasi masalah
tersebut seperti berbincang dengan ibu bapa agar dapat memberi
pendedahan awal di rumah contohnya menyanyi lagu abc atau apa saja.
Bagi murid yang belum bersedia ke sekolah, saya akan pujuk agar lebih
berminat datang ke sekolah dan murid yang mengalami masalah
pembelajaran akan diberi perhatian lebih. Selepas itu, langkah ketiga
ialah menjalankan tindakan dimana setiap tindakan akan
dilaksanakan mengikut rancangan tindakan. Langkah keempat,
pemerhatian dan analisis data akan dijalankan selepas tindakan
dibuat. Akhir sekali, langkah ke lima ialah refleksi dan
penilaian akan diberikan untuk membuat rumusan terhadap semua
kajian tindakan yang telah dirancang samada berjaya atau
tidak.
Assalamualaikum WBT.. dan Salam 1 Malaysia...
Menurut Kurt Lewin (1974) Kajian Tindakan membawa maksud satu proses klinikal, dinamik dan kolaboratif yang menekankan kepada isu sosial dalam masyarakat yang mempengaruhi kehidupan mereka. Menurut John Elliot (1991) pula, Kajian Tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoritikal. Namum secara kesimpulannya, Kajian Tindakan membawa maksud, merupakan satu bidang penyelidikan seorang mahupun sekumpulan guru dalam mengatasi permasalahan di sekolah yang dihadapi oleh kumpulan murid-murid mahupun cara pengajaran guru itu sendiri. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman guru sendiri terhadap amalan-amalan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengubah dan mempertingkatkannya.
Berikut adalah proses Kajian Tindakan.
1. Tinjauan Awal – mengenal pasti masalah dan fokus kajian
2. Merancang Tindakan
3. Menjalankan Tindakan
4. Pemerhatian dan Data Analisis
5. Refleksi
Contoh : Murid tidak kenal huruf
ü Langkah 1: Tinjauan Awal
Guru mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid iaitu tidak mengenal huruf.
ü Langkah 2 : Merancang Tindakan
Guru berbincang dengan guru lain untuk mencari mengatasi permasalah yang dihadapi, adakah permasalah itu wujud daripada murid atau kaedah pengajaran guru kurang memberangsangkan.
ü Langkah 3 : Menjalankan Tindakan
Guru melaksanakan kaedah terbaik hasil perbincangan dengan guru lain
ü Langkah 4 : Pemerhatian dan Data Analisis
Ahli kumpulan yang lain adalah sebagai pemerhati; pada masa ini proses pengumpulan data boleh dilakukan melalui pemerhatian bilik darjah juga boleh mengambil rakaman bagi mendapatkan hasil penilaian yang lebih baik.
ü Langkah 5 : Refleksi
Proses penilaian; guru-guru menonton semula rakaman (jika ada) bagi membincangkan tentang dapatan yang telah dijalankan.
Sekian, terima kasih
SURINA BINTI SUPARMAN
PPG/41084/11
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Ramai Guru sebenarnya telah didedahkan dengan pelbagai Teori di dalam
pendidikan, dan setiap Teori yang diaplikasikan dalan pengajaran
seharian ini banyak membantu para guru di dalam aktiviti pengajaran,
namun tidak kesemua Teori tersebut adalah bersesuaian secara seratus
peratus. Sikap, tingkahlaku, keupayaan serta potensi para pelajar
banyak dipengaruhi oleh latarbelakang dan cara hidup seharian pelajar
itu sendiri. Potensi pelajar hanya akan dapat digilap jika rutin
mengajar guru bersesuaian dengan keperluan para pelajar .
Kepelbagaian kemampuan pelajar ini boleh dikenalpasti dan dapat
diperkembangkan dengan lebih baik melalui Kajian tindakan.
Sekiranya seorang guru diminta untuk membuat refleksi terhadap
kejayaan aktiviti pengajaran yang telah berlangsung sepanjang tahun
sebelumnya, selalunya guru akan menilainya dengan melihat kepada
apakah yang telah dicapai oleh para pelajarnya. Hal yang selalu
menjadi kerisauan guru ialah jika masih terdapat para pelajar yang
belum menguasai kemahiran yang telah diajar. Timbul pelbagai persoalan
mengapa pelajar-pelajar ini tidak mampu menguasai kemahiran yang
diajar. Situasi seperti inilah yang menjadi penggerak kepada usaha
pelaksanaan Kajian Tindakan di sekolah-sekolah.
Konsep Kajian Tindakan amat membantu para guru kerana ianya lebih
kepada menganalisa masalah yang dihadapi sehingga menuju kepada
mencapai cara penyelesaian yang sesuai bagi setiap masalah.
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
Kajian tindakan ialah suatu proses yang digunakan oleh setiap guru dalam mengumpul dan menganalisis setiap data bagi mendapat serta meningkatkan lagi kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu yang menjadi maklumat dan akhirnya menjadi suatu pengetahuan bermakna.
Menurut Kurt Lewin (1952),seorang ahli psikologi sosial,proses kajian tindakan di tinjau sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang mengandungi empat peringkat iaitu merancang,bertindak,memerhati dan membuat refleksi.
Bagi Bogdan dan Biklen (1982),kajian tindakan merupakan sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan tujuan mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial. Manakala,Kemmis (1982) berpendapat kajian tindakan merupakan inkuiri refleksi kendiri dengan tujuan memperoleh kefahaman dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu dilakukan.
Mengikut Hopkins (1985), kajian tindakan merujuk kepada sesuatu inkuiri yang diusahakan oleh guru yang membuat tinjauan bersiri terhadap masalah yang ditemui dalam bilik darjah.Beliau berpendapat, dengan melakukan tinjauan bersiri ini,guru dapat membaiki kelemahan dan kekurangannya secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai prestasi cemerlang.
Sebagai contoh, di dalam kelas saya sendiri saya menghadapi masalah pengawalan kelas terutama sekali ketika aktiviti kumpulan dijalankan. Terdapat murid yang akan mengganggu rakan dalam kumpulannya menyebabkan keadaan menjadi bising dan murid yang lain tidak dapat menumpuhkan perhatian dalam p&p yang guru sampaikan.dalam menyelesaikan masalah ini, saya membuat refleksi untuk memikirkan cara mengatasi masalah ini. Mungkin saya boleh menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang menarik agar murid tertarik dengan pengajaran yang ingin guru sampaikan. Saya membuat penilaian terhadap maklum balas murid-murid. Sungguhpun murid suka dengan teknik yang baru ini tetapi masih juga ada yang tidak dapat mengawal kelas. Saya sediakan rancangan baru dengan mengambil kira masalah-masalah yang timbul.
Wendye sharon benjamin
PPG/40997/11
Assalamulaikum & Selamat Sejahtera semua..
Selamat Memulakan tugas pada tahun 2012, semoga anda semua beroleh kejayaan yg cemerlang pada tahun ini.
Dalam post ini saya ingin membincangkan tentang kajian tindakan dalam pendidikan yang terkandung dalam modul terakhir KPD3026. Apakah yang dikatakan kajian tindakan dalam pendidikan dan berikan contoh bagaimana anda boleh mengaplikasikan kajian tindakan di sekolah anda dengan memberikan contoh2 yangs esuai.?
Sila klik reply untuk menjawab soalan ini.
Terima Kasih
p/s Anda WAJIB menjawab soalan ini sebelum 14/1/2012 dan markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang me'reply' soalan ini.
--
~Dr Azidah Abu Ziden
Menurut Elliot (1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial di sekolah. Dalam usaha menyelidik, guru sebenarnya melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri. Rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan.
Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i) mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) pelaksanaan tindakan, (iv) pemerhatian dan analisis data (v) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya.
Untuk menjalankan kajian tindakan saya perlu mengenal pasti masalah atau isu kajian tindakan. Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Dalam mengenalpasti masalah guru boleh membuat pemerhatian, temubual dan ujian pra. Sebagai contoh, masalah murid bising semasa guru mengajar. Guru perlu mengenalpasti punca masalah murid bising. Masalah ini berpunca daripada (1) personaliti guru, (2) ketidakesesuaian kaedah pengajaran yang diguna guru, (3) ketidaksesuaian bahan bantu mengajar yang diguna guru, (4) yang berkait rapat dengan aras kesukaran isi kandungan pengajaran yang disampaikan guru dan/atau (5) murid itu sendiri.
Langkah seterusnya ialah guru perlu merancang, setelah mengenalpasti masalah guru perlu merancang tindakan yang perlu dilaksanakan untuk menperbaiki masalah tersebut. Merancang tindakan bertujuan untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan termasuk tugas dan tanggungjawab kumpulan, serta tempoh kajian.
Langkah ketiga ialah pelaksanaan tindakan, Pada peringkat ini, saya sudah mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi situasi murid bising. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya.
Langkah keempat ialah permerhatian dan analisis data, dalam peringkat ini saya boleh mengumpul data melalui permerhatian yang boleh dilakukan oleh rakan pengkaji semasa guru mengajar. Permerhatian ini juga boleh dijalankan dengan mebuat rakaman video. Setelah selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya. Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi. Kaedah analisis dan interpretasi bergantung kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data kualitatif. Yang pentingnya adalah penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat sama ada tindakan yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak. Analisis dan interpretasi data akan dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi.
Langkah seterusnya ialah, melakukan refleksi. Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Saya perlu membuat refleksi terhadap keberkesanan kajian tindakan yang saya laksanakan. Refleksi ini boleh dilaksanakan oleh saya sendiri sebagai pengkaji, atau bersama rakan melalui perbincangan. Melalui refleksi saya boleh mengetahui sama ada kajian tindakan yang saya laksanakan telah memberi perubahan kepada tingkah laku murid yang bising.
Evlyn Valentine
PPG/40993/11
Assalamualaikum Dr.
Definisi Kajian Tindakan.
Hensen,1996; McTaggart,1997; Schmuck, 1997.
Kajian Tindakan adalah proses untuk mengkaji situasi sebenar sekolah atau kelas untuk memahami dan memperbaiki kualiti dalam tindakan atau arahan.
Foshy, 1998; Tomlinson,1995.
Kajian Tindakan adalah sejenis inkuiri yang mempunyai pra-perancangan, tersusun dan boleh dikongsi bersama dengan guru-guru yang lain.
Pinkelman, 1997; McNiff, Lomax & Whitehead, 1996.
Kajian Tindakan adalah satu kaedah yang sistematik dan tersusun bagi guru untuk memerhati amalan mereka atau untuk meneroka masalah dan mencari penyelasaian yang terbaik.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dinyatakan bahawa Kajian Tindakan merupakan suatu tindakan tersusun yang mempunyai strategi dan objektif perancangan yang jelas dan dapat dipatuhi oleh pengendali dan pengguna sesuatu sumber tersebut.
Kajian Tindakan yang telah dilaksanakan di sekolah saya ialah tentang penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah.
Beberapa prosedur utama telah dijalankan iaitu;
1. Mengenalpasti masalah.
Mengadakan mesyuarat AJK pusat sumber sekolah bertujuan untuk mengenalpasti masalah.
Antara masalah yang dikenalpasti ialah:
i- Kekurangan bahan bacaan.
ii- Prosedur peminjaman dan pemulangan buku perlu diperbaiki.
iii- Penggunaan teknologi ICT seperti perlu ditingkatkan.
2. Merancang pelan tindakan.
i- Membuat satu kertas kerja yang lengkap tentang perancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.
ii- Mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan pelan tindakan tersebut.
3. Melaksana dan mengambil tindakan.
Perlaksanaan serta tindakan yang dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut dijalankan dengan berpandukan kertas kerja yang telah disediakan serta persetujuan-persetujuan yang telah dicapai dalam mesyuarat. Semua tindakan perlu disokong oleh Guru Besar sekolah.
4. Pemantauan.
Tindakan-tindakan yang dijalankan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti itu, perlulah dipantau dari masa ke masa. Pemantauan yang dijalankan perlu dilakukan dengan berbagai teknik seperti melalui pemerhatian yang direkod, melalui borang soal- selidik, analisis-analisis lain seperti kehadiran dan jumlah peminjaman buku dan sebagainya.
5. Penambahbaikan.
Melalui hasil pemantauan yang dijalankan, sebarang kelemahan dan kekuatan dapat dikenalpasti. Sebarang kelemahan haruslah diatasi dengan segera dan berkesan supaya kelemahan tersebut tidak berterusan.
Terima Kasih.
Kajian tindakan dalam pendidikan merupakan satu pendekatan atau proses untuk menambahbaik atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan pihak sekolah atau seseorang guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalannya. Kajian tindakan bertujuan membantu guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Kajian tindakan dalam pendidikan melibatkan beberapa proses atau peringkat iaitu merancang (perancang seperti menentukan aktiviti,langkah-langkah dan bahan dalam kajian), bertindak (melaksanakan apa yang dirancang), memerhati (mengumpulkan bukti seperti temubual, pemerhatian semasa pembelajaran) dan refleksi (mentafsir hasil pemerhatian).
Contoh kajian tindakan di sekolah:
Sk Lubok merupakan sekolah yang terletak di luar bandar dan merupakan sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid. Masalah yang amat ketara ialah murid selalu lewat datang kesekolah dan lebih parah lagi keluar masuk ke kawasan sekolah walaupun waktu persekolahan berjalan. Kajian tindakan yang dijalankan oleh guru disiplin bagi menangani masalah lewat datang kesekolah ialah:
1. Merancang
Guru disiplin mengenalpasti masalah yang dilakukan oleh murid sekolah. Guru kemudian merancang tempoh pemerhatian dan menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti punca masalah, merancang tindakan yang sesuai semasa pemerhatian dilakukan.
2. Bertindak
Guru disiplin melaksanakan perancangan seperti menunggu di pagar utama selama seminggu dan menulis nama murid yang lewat datang.
3. Memerhati
Guru disiplin melengkapkan hasil pemerhatian seperti mengisi borang soal selidik, menemubual murid yang lewat.
4. Refleksi
Guru disiplin mendapati murid lewat kerana ketepatan masa tidak ditegaskan dan guru-guru juga lewat datang ke sekolah menyebabkan murid mengambil sikap sambil lewa. Guru disiplin seterusnya mengkaji semula peraturan disiplin sedia ada dan menyediakan cadangan penambahbaikkan masalah yang timbul.