Re: Standard Jawi Layout Application Development

14 views
Skip to first unread message

Tajul Azhar

unread,
Mar 7, 2011, 2:48:10 AM3/7/11
to mohd zamri murah, kos...@googlegroups.com
Terima kasih di atas balasan emel tuan dan kesudian pihak tuan secara individu dan UKM secara umumnya.

Kami akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat komuniti ini dan kami sangat gembira jika idea ini dapat diteruskan untuk kemantapan Ketuanan Melayu dan untuk agama Islam secara khususnya.

Saya akan berhubung dengan pihak tuan dari masa dan semasa dan tarikh mesyuarat antara Komuniti dan pihak tuan akan kami rancang seberapa segera yang mungkin.

Terima kasih dan Assalamualaikum

2011/3/7 mohd zamri murah <za...@ftsm.ukm.my>
assalamualaikum

projek sirim melibatkan susun-atur papan kekunci. disertakan dokumen sirim

lain-lain website yang mungkin berguna;

untuk rujukan jawi, di fakulti kami ada Tuan haji Hamdan yang bertindak sebagai sarjana tamu. Tuan Haji adalah pengubal sistem ejaan jawi pada 1983 dahulu.

mungkin kita boleh set satu masa untuk sama-sama discuss kerjasama yang boleh kita lakukan?

next week?

-- 
محمد زمري مرة 
ڤوست تيكنولوڬي کچردسن بواتن  
فاکولتي تيكنولوڬي ساءين‌س معلومت  
اونيۏرسيتي کبڠساءن مليسيا
 
  



2011/3/6 Tajul Azhar <ta...@sabily.my>

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya dan saya merupakan bekas pelajar tuan bagi subjek Keusahawanan dan saya adalah pelajar Eksekutif BIT 8 Sesi 2007/2008.

Kami, daripada Komuniti Sabily Malaysia sedang merangka strategi dalam membuat aplikasi menggunakan tulisan Jawi sebagai alat bantu mengajar bagi sekolah/Universiti dan sebagainya. Oleh yang demikian, kami meminta jasa baik tuan untuk menggunakan dokumen yang pernah dibangunkan oleh tuan sebagai rujukan asas kami dan kami ingin membuat penambahan (jika perlu) berdasarkan kesesuaian aplikasi yang bakal dibangunkan nanti.

Harapan kami juga supaya pihak tuan dapat membantu kami dalam membangukan aplikasi ini memandangkan hasil daripada kajian kami, tiada sebarang standard yang pernah diketengahkan walaupun sebelum ini pihak SIRIM mempunyai inisiatif terbabit, tetapi malangnya projek ini dihentikan.

Bagi meneruskan semangat ini, kami sebagai sebuah Komuniti Perisian Sumber Terbuka ingin membangunkan semula idea ini berdasarkan permintaan daripada pihak sekolah hasil daripada lawatan kami semasa projek Penguin Masuk Kampung, iaitu nama projek ketika itu adalah Open Rembau yang telah berlangsung di  Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberikan input-input lain dan jika terdapat sebarang keperluan untuk berjumpa atau berbincang, wakil kami akan memastikan ia berjalan berdasarkan kapasiti yang ada pada ketika ini.

Harap mendapat sebarang maklum balasan daripada tuan.

Sekian


--
Komuniti Sabily Malaysia




--
Komuniti Sabily Malaysia
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages