Kita sama-sama telah cadang menubuhkan sebuah badan yang boleh menyatukan kita kembali dalam wadah dan badan berdaftar, itulah KOBERKAT. Kita bukan sahaja menjemput rakan-rakan mantan STM, malah keluarga sekali, mantan lembaga dan syariah, mantan BIMB dan YANG MASIH DI STM.
Pertemuan pada nov 2014 mengumpulkan lebih 77 orang, satu kumpulan yang baik tetapi kurang Dari yang pernah dilakukan di masjid Wilayah bbp tahun seblm itu.
Tiada mana-mana akta yang boleh menghalang tuan-puan daripada menyertai koperasi selagi ianya 'halal' atau sah di sisi undang-undang atau yang tidak menjatuhkan maruah tuan-puan atau tidak mengganggu kerja.
Ya, Semua kita sibuk dengan pelbagai perkara, lebih-lebih lagi sekarang apabila macam-macam melanda negara, namun memberi masa sedikit setiap seorang walau sehari cukup bermakna buat satu jemaah.
Ianya keputusan kita. Segala mesej yang keluar dalam whatsapp atau telegram membayangkan kepada saya yang kita mahu berinteraktif, 'berbual' dan bertukar pandangan, mendengar nasihat atau memberi nasihat dan itu tandanya kita hargai persahabatan, kita hargai kenalan tersebut dan kita ambil berat.
Justeru saya menyeru Tuan-puan
1. Yg memohon menjadi anggota supaya menyemak emel Yg di hantar Sdra Ikram antara mei hingga ogos lepas Atau selepasnya Yg mengandungi surat, resit dan UUK.
Sila beri respon segera
a) terima Atau tidak emel
b) jika terima sila respon terima, baca dan faham uuk
c) jika tidak terima emel, sila nyatakan dan berikan alamat emel Yg valid.
2. Yang Belum memohon, JOM, semarak kan kebersamaan kita dgn memohon segera.
Kita bakal adakan mesy agung feb 2017 in syaa Allah dan saya menyeru semua utk bersama.
1. Menjadi anggota KOBERKAT dengan mengisi borang. Sila sediakan alamat tempatan (selangor) untuk tujuan ini.
2. Sediakan bayaran Fi masuk RM50.00
3. Sediakan bayaran saham RM1000.00 yang boleh di bayar secara ansuran tidak lebih 12 x
4. Maklumkan penyertaan dan penghantaran borang kepada saya atau saudara Ikram atau dalam grup ini.
5. Bank in amaun di bayar seperti di atas ke akaun Maybank Islamik Koperasi Bersepadu Takaful Berhad di nombor 562 834 638 264.
ALK juga mengambil keputusan sempena AGM KoBerkat Feb 2017 (tarikh: 4 or 11/2 Sabtu) pohon semua blok tarikh tsbt akan dianjurkan majlis reunion.
Semua mantan TM & yg masih berkhidmat ini meliputi semua ahli or belum ahli KoBerkat di jemput ke Majlis reunion.
Pada 4/2/17 Atau 11/2/17 tersebut adalah di cadang dimula kan dgn mesy agung 10-11am manakala reunion mulai 11am.
Saya memerlukan perkara berikut
Reunion akan di isi dengan ucapan dan dialog dgn ybhg dato' atau ALK koberkat.
Selebihnya adalah networking dan bertanya khabar.
Peluang utk mengisi borang koberkat jg di mediakan.
Saudara/i,
Apakah harga sebuah persahabatan? Adakah RM1050 terlalu mahal? Bilakah sebuah persahabatan mendambakan pulangan?
Wallahi, saya tidak mengenal dan bersahabat dengan kalian kerana mendambakan suatu pulangan, kecuali yang dijanjikan Ilahi. Kita bersahabat kerana kita punya wahdatul fikr dan wahdatul amal, kita bersahabat kerana kita punyai cita yang seiras dan sebanding, kita bersahabat kerana kita bersikap lembut bersama namun tegas dengan yang di zalim. Kita mendoakan dan berdoa untuk sahabat yang baik sahaja, kita appreciate sahabat dan menghormati mereka sebagai rakan dan teman seperjuangan.
Mana mungkin semua itu di nilai dengan wang ringgit..
Mana mungkin kita mahu pulangan tanpa intervensi ilahi
atau Allah balasi
Mana mungkin kita mahu melihat sahaja
Ayuh sahabat ku, apakah harga sebuah persahabatan buat kalian?
Yakinlah bahawa pertemuan kita telah di takdirkan, namun berapa panjang ianya masih bergantung kepada usaha kita...