Assalaamualaikum,
Apa khabar kalian?
Telah lama saya mendiamkan diri, sebahagiannya kerana kesibukan dan sebahagian lagi mungkin mencari ilham dan kekuatan.
Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan beberapa perkara mengenai Koperasi ini:
1. Keanggotaan telah melebihi 53 orang, namun jumlah ini masih belum bergerak sejak beberapa bulan lalu.
2. Aktiviti koperasi masih kecil kecilan, mencari aktiviti yang lebih mantap dan memberikan pulangan. Beberapa percubaan untuk berkolaborasi dengan beberapa rakan kita masih belum menjadi tetapi masih di usahakan.
3. Langkah awal, telah melibatkan kita dengan perbekalan kerepek dan serunding yang mempunyai masalahnya tersendiri tetapi memberi pulangan walaupun kecil.
4. Masih terdapat beberapa pemohon keanggotaan yang menyertai secara ansuran tetapi masih belum melengkapkan ansuran mereka. Kepada mereka ini, saya pohon pm saya untuk menggerakkannya kembali.
5. Mengikut tempoh kewangan, kita telah menjangkau 1 tahun lagi (antara 1 Sept 2016 - 31 Ogos 2017) dan akan mengadakan MAT ke 2 sebelum Februari depan.
Saya mengambil kesempatan untuk menjemput saudara-saudari untuk menyertai koperasi kita sambil mengeratkan silaturahim.
Sebagai ulangan, berikut adalah maklumat penyertaan yang di maksudkan:
1. Menjadi anggota KOBERKAT dengan mengisi borang yang di sediakan dalam attachment
2. Sediakan bayaran Fi masuk RM50.00
3. Sediakan bayaran saham RM1000.00 yang boleh di bayar secara ansuran tidak lebih 12 x
4. Maklumkan penyertaan dan penghantaran borang kepada saya atau saudara Faizul atau dalam grup ini.
5. Bank in amaun di bayar seperti di atas ke akaun Maybank Islamik Koperasi Bersepadu Takaful Berhad di nombor 562 834 638 264.
Wassalaamualaikum