haji Arif..bekas pengrus besar takaful Malaysia
tolong emel kat Fadzli sat..dok carik emel dia tak dak
From: Shaiful Amri Bin Mohamed Shapik
Sent: Monday, 4 November, 2013 8:38 AM
To: Mohd Mozani Bin Abd Hamid; Mohamad Nizam Bin Ahmad
Subject: Kisah Haji Arif menjaga warisan berharga
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ / Salam Sejahtera,
Warung Rakyat

VAN menjual Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar di kawasan Kelab Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di atas bukit Persiaran Sultan Salahuddin dekat Tugu Negara ini nampak biasa. Memang daripada fizikal tidak ternampak banyak keistimewaannya.
Tetapi tidak seperti van bergerak lain yang menjual aneka makanan, Laksa Pak Ngah menyimpan banyak cerita. Laksa Pak Ngah ialah warisan turun temurun. Laksa Pak Ngah menjadi kebanggaan orang Kuala Kangsar, bahkan Perak sehinggakan dipromosi dalam pelancongan negeri itu.
Laksa adalah warisan Kuala Kangsar sehinggakan di kampung lahirnya Laksa Pak Ngah iaitu di Talang dinamakan Kampung Laksa. Kini, tidak banyak lagi pengusaha laksa di Kuala Kangsar. Laksa Pak Ngah yang diasaskan pada tahun 1955 adalah antara yang masih dapat bertahan.
Dan, kini di tangan Mohammed Arif Abdul Rashid, Laksa Pak Ngah mahu dikembangkan ke Kuala Lumpur bahkan ke seluruh negara. Lebih mesra dipanggil Haji Arif, beliau tidak kekok meneruskan warisan datuknya itu.
Haji Arif, 64, sebenarnya bukanlah sembarangan orang. Dalam kalangan rakan-rakannya, banyak yang terkejut Haji Arif sanggup berpenat lelah menghabiskan usia tuanya menjual laksa sedangkan kepakarannya lebih bernilai daripada itu.
Akauntan bertauliah lulusan United Kingdom ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif pertama Takaful Indonesia. Jawatan terakhirnya sebelum bersara dengan Takaful Malaysia ialah Pengurus Besar (Kewangan dan Pentadbiran). Kepakaran beliau ialah kewangan Islam dan masih aktif memberikan ceramah. Bukunya berkaitan takaful yang ditulis bersama seorang pensyarah UIAM menjadi rujukan banyak orang.
“Kalau saya tak buat, siapa lagi. Takut nanti warisan ini hilang. Saya sebenarnya terharu, rupanya banyak orang di Kuala Lumpur ini kenal dengan Laksa Pak Ngah bahkan kenal bapa saya." kata Haji Arif yang dibantu seorang pembantu pada suatu tengah hari minggu lalu.
Menurutnya, beliau gembira apabila orang dapat terus makan makanan warisan yang dibuat sendiri oleh keluarganya, warisan daripada susah payah datuknya dahulu.
Waktu operasi perniagaan beliau mudah. Isnin hingga Khamis dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Pada Sabtu dan Ahad pula, beliau dibantu oleh isterinya beroperasi di tepi jalan berdekatan rumahnya di Sungai Tua.
Sekarang sudah menjadi macam tanggungjawab. Kalau tak buka orang akan tanya," katanya yang mengambil keputusan untuk merasai sendiri pengalaman berniaga menggunakan van sebagai salah satu proses pembelajaran.
Tekad Haji Arif ialah mengembangkan bisnes Laksa Pak Ngah melalui konsep francais. Beliau yakin laksa boleh dikembangkan sebagaimana cita-cita bapanya dahulu yang mahu membuat laksa seperti mi segera.
“Ini boleh dijayakan dengan bioteknologi. Saya yakin ada usahawan dan orang muda yang berminat dengan bisnes ini. Buatlah inovasi dan sebagainya, saya mengalu-alukan penyertaan mereka," jelas beliau yang menganggarkan pendapatan mudah RM5,000 hingga RM6,000 sebulan untuk sebuah van.
Berdasarkan pengalaman setahun berniaga Laksa Pak Ngah, Haji Arif yakin Laksa Pak Ngah diterima ramai. Jenama Laksa Pak Ngah sudah dikenali ramai. Bagi orang yang sudah biasa, mereka dengan mudah dapat mengenal rasa Laksa Pak Ngah.
Di Kuala Kangsar, Laksa Pak Ngah kini diusahakan oleh anak saudara Haji Ariff. Mereka ada enam buah van.
Apakah rahsia Laksa Pak Ngah? Laksa Pak Ngah diproses sendiri di kilang di Talang menggunakan bahan-bahan berkualiti. Kilang yang menjadi kebanggaan keluarga ini turut membekalkan laksa kepada peniaga laksa di sekitar Perak.
Memang dalam kalangan orang Melayu, menjaga dan mengembangkan warisan belum menjadi budaya lagi. Banyak warisan tenggelam di makan usia lantas pupus sehingga tidak dikenali generasi baharu. Lihatlah nasib keris, golok, ukiran kayu dan tembaga. Generasi baharu mengenalinya hanya dalam muzium dan buku sejarah.
Begitu juga nasib makanan Melayu. Kuih karas, loyang, talam sugi, tepung kapur dan tapai. Kalau ada pun, kuih-muih ini hanya dijual semasa musim tertentu sahaja. Tidak banyak usahawan Melayu yang berani tampil membuat inovasi bagi menjenamakan semula warisan turun temurun itu.
Siapakah yang dipersalahkan jika warisan ini hilang begitu sahaja? Itulah yang ditakuti oleh Haji Arif.
Resipi Laksa Pak Ngah yang diwarisi daripada datuk kemudian bapanya, perlu dikembangkan. Jika dahulu dengan basikal kemudian motosikal dan kini van, Laksa Pak Ngah memerlukan inovasi untuk dijual dalam bentuk yang lebih menarik. Mampukah laksa dipakejkan seperti mi segera supaya dapat dijual di mana-mana sahaja?
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_07/Kisah-Haji-Arif-menjaga-warisan-berharga#ixzz2jdHKGUrA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thank you. ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Shaiful Amri bin Mohamed Shapik
Operations - Family/Bancatakaful
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Ground Floor, Main Block, Menara Takaful Malaysia,
No 4. Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
GL: +603 2268 1984 Ext 659| DL: +603 2267 0659| HP: +6012 2332001| F: +603 2267 0306
Email: shaiful...@takaful-malaysia.com.my
Website: www.takaful-malaysia.com.my
