Makluman ini adalah untuk keanggotaan KOPERASI BERSEPADU TAKAFUL BERHAD beralamat di NO. 16-1-1A, Tingkat Satu, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor dengan nombor telefon 0389258454 dan FAX: 03 8926 8454
1. Sebagaimana tuan puan sedia maklum, KoBerkat (Koperasi Bersepadu Takaful Berhad) telah mendapat kelulusan penubuhannya pada 23 Januari 2015 lepas dan kini sah untuk menjalankan aktiviti yang meliputi perkara berikut:
a. Menerima permohonan keanggotaan
b. Menerima bayaran fi masuk dan saham
c. Menjalankan aktiviti utama perkhidmatan seperti berikut
i. Pelancongan
ii. Pemasaran Produk Anggota
2. Untuk memenuhi aktiviti (a) dan (b) di atas, tuan puan di pohon untuk melakukan seperti berikut:
a.
Melengkapkan borang keanggotaan (yang telah di kemaskini) (kepada yang belum mengisi borang keanggotaan) yang di sertakan dan hantar ke alamat e mel deys....@gmail.com atau faiz...@yahoo.com atau poskan kepada dan hantarkan kepada SETIAUSAHA KOPERASI BERSEPADU TAKAFUL BERHAD di alamat No. 16-1-1A, Tingkat Satu, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. b. Sila pastikan anda mempunyai alamat yang sah di Selangor ketika mengisi borang berkenaan
c. Menyediakan bayaran fi masuk RM50.00 serta bayaran untuk saham (sekali gus sebanyak RM1000 (minimum) atau secara ansuran). Sila maklumkan ke alamat emel seperti di atas setelah tuan puan memasukkan ke dalam akaun.
d. Sila masukkan perkara (c) di atas ke no. akaun berikut : Maybank 562 834 638 264 atas nama Koperasi Bersepadu Takaful Berhad. SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA.
Untuk makluman semua, kita mempunyai tempoh 12 bulan dari tarikh kelulusan untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 anggota yang telah membayar fi masuk dan saham sepenuhnya. Jika gagal, maka pendaftaran adalah di batalkan oleh SKM.
Kami sedang dalam proses mengenalpasti mereka yang telah menyumbang atas tujuan penubuhan koperasi dengan mengambilkira sumbangan tersebut sebagai bayaran fi masuk dan sebahagian saham sebagaimana yang di war-warkan oleh Hj Asri sebelum ini.
Di samping itu, kami akan maklumkan selanjutnya individu yang akan membantu proses kutipan dan pendaftaran keanggotaan mengikut negeri atau zon (yang mana sesuai) untuk memudahkan pendaftaran.
3. Untuk aktiviti di bahagian 1(c) di atas, kita merancang untuk memulakan dengan aktiviti
(ii) dengan tumpuan kepada persiapan sambutan syawal atau dan Ramadhan dengan melaksanakan perkara berikut
a. Menyediakan bahan makanan untuk tempahan dari perkara berikut
i. Murtabak ikan
ii. Murtabak raja
iii. Keropok Lekor
iv. Serunding
v. Biskut Raya
b. Untuk tujuan ini kita masih menunggu pengesahan dari beberapa di kalangan rakan kita untuk menyediakan perincian barangannya, kaedah pesanan, harga dan sebagainya. Tuan-puan juga di jemput untuk menyediakan bahan makanan ini untuk tujuan tempahan. Tempahan boleh dibuat menggunakan borang tempahan yang akan disediakan.
4. Di samping itu juga, kita sedang merancang untuk mengadakan satu ‘syawal gathering’ pada bulan Ogos akan datang tentatif pada 8hb atau 15hb Ogos 2015 di sekitar Kuala Lumpur. Kesudian tuan-puan untuk membantu mengatur majlis ini amat di alukan. Kita memerlukan tenaga untuk melaksanakan tugas berikut:
a. Tempat dan logistik
b. Jemputan dan pengesahan
c. Kewangan dan budget
d. Aturcara dan perjalanan majlis
e. Hadiah dan cenderamata (goodies)
f. Jualan dan booth
Bersama ini saya sertakan borang permohonan keanggotaan.
Waalaikumussalam
BP KoBerkat
SYED ISMAIL ALHABSHI
SETIAUSAHA