Assalaamualaikum,
Moga emel ini menemui saudara- saudari dalam keadaan sihat dan dalam redha Allah.
Saya ingin menggunakan pendekatan soal jawab untuk membantu saudara-saudari faham tentang beberapa emel dan maklumat sebelum ini.
1. Siapa yang boleh menyertai KoBerkat?
Semua mereka yang pernah bertugas dengan Takaful Malaysia samada sebagai staf,
lembaga pengarah,
penasihat syariah termasuk
ahli keluarga masing-masing
boleh menyertai KoBerkat. Walau bagaimanapun, keanggotaan hanya akan di sahkan selepas diluluskan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
2. Bagaimanakah seseorang boleh menjadi anggota?
Untuk melengkapkan keanggotaan, permohonan perlu dibuat dengan
a. Mengisi Borang permohonan keanggotaan
b. Alamat surat menyurat atau alamat tetap perlulah di dalam negeri Selangor
c. Membayar Fi Masuk sebanyak RM50.00
d. Membayar saham sebanyak RM1,000.00. Saham ini boleh di bayar secara ansuran mengikut kemampuan masing-masing tetapi untuk layak mengundi semasa mesyuarat agung pertama ianya perlulah di langsaikan sebelum Januari 2016 (iaitu 6 bulan selepas tamat tempoh kewangan (1/9 - 31/8)
e. Sila scan borang permohonan yang telah di tandatangan kepada saya di deys....@gmail.com manakala bayaran di masukkan ke akaun Koperasi Bersepadu Takaful Berhad di Maybank Islamic 562 834 638 264 f. Sila maklumkan setelah memasukkan wang ke dalam akaun. Pengesahan hanya akan dilakukan apabila menerima makluman bank (Penyata bank) sebelum di masukkan ke mesyuarat ALK
3. Bagaimanakah harus saya membayar saham secara ansuran?
Untuk membayar saham secara ansuran, sila tick ( / ) ruangan ansuran dalam borang permohonan keanggotaan serta amaun ansuran yang akan di jelaskan. Sekiranya kita mahu berpeluang mengundi semasa mesyuarat agung, maka jika kita ambil dari sekarang, ogos hingga januari (6 bulan, maka RM1000/6 = RM166.70 sebulan).
Saudara-saudari di harap untuk terus membuat ansuran sewajarnya dan memaklumkan kepada kami.
4. Apakah yang akan saya peroleh apabila di terima menjadi anggota?
Saudara-saudari akan menerima
a. Pengesahan dan resit bayaran
b. Undang-undang kecil Koperasi (UUK)
c. Selain dari itu, jika koperasi berniaga dan memperoleh keuntungan, saudara-saudari juga layak mungkin layak menerima dividen jika di luluskan dalam mesyuarat agung.
5. Dengan siapakah dan bagaimanakah patut saya berhubung untuk menyertai?
Sila hubungi saya di emel ini atau melalui sms, whatsapp di 013 3970204 atau kepada saudara Ahmad Faizul Shaharudin di faiz...@yahoo.com. Selain dari itu, bagi mereka di Pahang, boleh berhubung dengan saudara Emir Hisham manakala mereka di Terengganu dengan saudara Sidek (Pok Dek)
6. Dimanakah boleh saya mendapati borang keanggotaan?
Borang keanggotaan boleh di dapati melalui grup komuniti takaful malaysia ini atau jika tidak diperolehi , sila hubungi kami untuk mendapatkannya.
7. Bolehkah kami menggunakan borang yang di fotostat?
Boleh
8. Boleh kakitangan sedia ada menjadi anggota KoBerkat?
Tiada masalah atau halangan malah di galakkan
9. Adakah menjadi anggota Koperasi ini berlawanan dengan skim perkhidmatan saya?
Tidak, malah ianya juga seumpama kita menjadi ahli NGO, khairat masjid atau sebagainya, asalkan tidak menjejaskan tugas kita.
10. Semasa mesyuarat penubuhan yang lalu saya telah mengisi borang keanggotaan, adakah perlu saya mengisi borang ini sekali lagi?
Borang keanggotaan perlu mempunyai ikrar sebagai anggota dan sekiranya borang tersebut mempunyai ikrar ini, maka kita boleh menggunakan borang ini.
11. Saya ada membuat sumbangan RM20 sebelum ini, adakah amaun ini boleh di ambil kira sebagai sebahagian bayaran fi masuk dan saham saya?
Ya, saudara-saudari boleh menjelaskan bezanya
12. Mengapakah KoBerkat bersungguh untuk mendapatkan anggota dalam tempoh yang ditetapkan SKM?
SKM menetapkan bilangan minimum anggota dengan yuran dan saham berbayar ialah 50 orang, jika kita gagal mendapat bilangan ini, maka pendaftarannya mungkin tergugat.
13. Adakah mereka yang membayar saham secara ansuran boleh menghadiri mesyuarat agung?
Boleh tetapi tiada hak mengundi
Sekiranya saudara-saudari mempunyai soalan lain, sila kemukakan dan jangan membuat andaian yang salah.
Mungkin ada maklumat di atas yang tersilap, mohon di perbetulkan, terima kasih.
Waalaikumussalam
Syed Ismail Alhabshi
Setiausaha KoBerkat