FW: Umat Islam di Myanmar

6 views
Skip to first unread message

Fakhrurrazi B Jamaludin

unread,
Jul 2, 2012, 9:29:39 PM7/2/12
to 143...@nonsmtp.rhbbank.com.my, kobo...@googlegroups.com, Joulme Morad B Salleh (joulmem@nonSMTP.rhbbank.com), Ahmad Rusmizi B Mahmood, Ahmad Tahir Bin Hashim, Hartati Binti Kasim, Mohammad Denis Bin Abdullah, Muhammad Edrus Bin Mohd Yusof, Muhammad Sharifuddin B Mior Hashim, Nasaruddin Bin Saadan, Norazah Bt Shahrudin, Omar Ismail, Saiful Izam B Saidin, Adham, Anita, Farah, Haliza, Mummy, Muzamir, Nizar, Raja Azlina, Rosman, Sulaiman TNB, Zabedah, Zairee

Salam,

 

Tolong panjangkan doa kepada umat Islam Myanmar. Forwardkan email ini semoga seluruh dunia tahu kekejaman mereka.

 


From: Muhammad Sabri Bin Muhammad Salleh
Sent: Tuesday, July 03, 2012 9:01 AM
Subject: FW: Umat Islam di Myanmar

 

 

Salam,

 

Sedih nya melihat saudara seagama yang di bunuh tanpa bicara … apa salah mereka??? … moga Islam akan bangun dan memerintah di Myammar di masa terdekat .. .Moga Firaun moden di Myamnar hancur binasa … Amin

 

Sama samalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamat umat Islam Rohingya di Myanmar … Amin

 

Al Fatihah kepada yang telah mati .. moga roh mereka di cucuri Rahmat Allah s.w.t.

 

Yang sanggup mengutip sampah sampah terbuang di Negara kita dan yang sanggup melakukan segala macam kerja demi sesuap nasi … ramai terdiri dari orang orang pelarian Rohingya di Negara kita … sama sama lah kita bantu mereka untuk mereka membantu saudara mara mereka di Myanmar … pendirian dan tindakan Kerajaan Myamnar memperlihatkan betapa mereka tidak menghormati negara negara Islam di sekeliling mereka … apa punya manusia

 

UNHCR sendiri mengiktiraf orang Rohingya sebagai pelarian … macam dulu, kita ada pelarian Vietnam … Apa pandangan anda?

 

 

Firman Allah yang maksudnya

 

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

 

Surah ke 5 Al Maidah ayat ke  33

 

Wassalam

Muhammad Sabri

“positive thoughts to start with"


From: Palatui Mohd
Sent: Tuesday, July 03, 2012 8:36 AM
Subject: FW: Umat Islam di Myanmar

 

 

 

 

Salam semua

 

Maklumat untuk dikongsi, disebar dan didoakan kesejahteraan umat yang tertindas.

 

 

RH, HRM

 

 

Salaam Syaaban saudara2 ku,

 

Berita berikut amat memeranjatkan.. dan terlalu menyedihkan... umat Islam dipandang hina dimata dunia.

Di Bosnia, Paletine dan kini di Myanmar pula.. sungguh menyayatkan..

Harap kita semua dapat mendoakan kesejahteraan kepada yang terselamat dan mendoakan agar roh mereka yang terkorban dirahmati Allah dan digolongkan kedalam golongan beriman... Al Fatihah.. Amiin..

 

P/s: Harap panjangkan email ini.. Syukran JazakAllah..

 

Wednesday, June 13, 2012

Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..

http://2.bp.blogspot.com/-qbzPnmsqEdk/T9d0lo2oTrI/AAAAAAAAdz4/L9DoNZnK3p4/s400/A+tear+falls+at+a+Phuket+mosque.jpg


Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

http://2.bp.blogspot.com/-C2cnDGTk894/T9dyjqmX6mI/AAAAAAAAdzQ/rW1i8t06K34/s400/223896_239820246129785_263000402_n.jpg


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

http://4.bp.blogspot.com/-x_xBpUeOz-c/T9d5XRisP6I/AAAAAAAAd0c/4U7s0x2Mfnc/s400/A+Rakhine+racists+holds+a+long+sword+and+preparing+to+attack+Rohingya.jpg


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

http://2.bp.blogspot.com/-Dzk2HXXFsvU/T9dyzH3skXI/AAAAAAAAdzY/IehKZbZF0Tg/s400/Maungdaw.jpg


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

http://2.bp.blogspot.com/-DD2DOQsQo9Y/T9d2FoeeSNI/AAAAAAAAd0A/5fii-IkuZ7I/s400/Myanmar+policemen+walk+towards+burning+buildings+in+Sittwe.jpeg


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

http://4.bp.blogspot.com/-1F0jIGp4Lt8/T9dzC9YDzHI/AAAAAAAAdzg/ugjbwlIujHg/s400/Rakhine+and+security+personnel+set+on+fire+at+night.jpg


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

http://1.bp.blogspot.com/-pmqWaGxlGxM/T9dzNnQAXpI/AAAAAAAAdzo/9wCYA8iSGFQ/s400/A+house+which+was+set+on+fire+by+security+and+Rakhine+racists.jpg


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

http://1.bp.blogspot.com/-4ecfyc4nMfw/T9d2YjnnOUI/AAAAAAAAd0I/bHcMNLBIXuk/s400/Smokes+and+flames+billow+from+burning+buildings+in+Sittw.jpeg


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

http://4.bp.blogspot.com/-vrqxOF_C5pE/T9dtfZQDTTI/AAAAAAAAdzE/pnlC-xEZi40/s400/600091_408320072551906_1936421782_n.jpg


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

http://2.bp.blogspot.com/-YHX0qi7gyZY/T9dzdhKX1KI/AAAAAAAAdzw/SzU0DVAfVEA/s400/Refugees+demonstrate+at+Burmese+refugee+camp+in+Bangladesh.jpg


 Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

http://4.bp.blogspot.com/-9Zte0QtXtOA/T9d2jONg24I/AAAAAAAAd0Q/CkYNrAcbF_o/s400/Muslims+women+and+children+from+villages+gather+before+being+relocated+to+secure+areas+in+Sittwe.jpeg


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM

 

 

 

 

 

 

 


Amazing Worldwide Deals until 18 June 2012. Visit www.malaysiaairlines.com/my/en/deals/deals-of-the-day.html

 


Journeys are made by the people you travel with. Fly www.malaysiaairlines.com

Journeys are made by the people you travel with. Fly www.malaysiaairlines.com

Disclaimer:


Error! Filename not specified.

"The message and any files attached is intended solely for the use of the
person to whom it is addressed and may contain information that is
confidential and privileged under applicable laws. If you are not the i
ntended recipient, you are hereby notified that any use, review,
disclosure, copying, printing, distribution or dissemination of this
message is prohibited. We take no responsibility of any reliance that
you may place on this message and we further take no responsibility for
any viruses or other damaging elements that may be contained in this email
together with any of its attachments. If you have received this message in
error, please notify us by return email and arrangements will be made to
retrieve the same from you."

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."




--
naza

This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is 
addressed and may contain information that is privileged or otherwise protected
from disclosure. If you are not the intended recipient you are hereby notified that
any use, review, disclosure or copying of this message and the information it
contains is prohibited. If you receive the message in error, please notify the
sender by reply e-mail and discard all its contents.

Thank You.
image001.jpg
image010.jpg
image011.jpg
image002.jpg
image003.jpg
image004.jpg
image005.jpg
image006.jpg
image007.jpg
image008.jpg
image009.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages