Al-Ahzab (21~30)

1 view
Skip to first unread message

knajidadsgmail

unread,
Apr 10, 2013, 2:39:47 AM4/10/13
to knajida...@googlegroups.com
Al-Ahzab (11~20), 
[] https://groups.google.com/forum/?fromgroups=&hl=en-GB#!topic/knajidadsgmail/uNQdsnC3YIY

Al-Ahzab (21~30)

 

21. Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasul Allah itu satu tauladan yang baik, bagi orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan menyebut Allah (sebutan) yang baik.

22. Dan tetakala mukmin melihat golongan-golongan itu, mereka berkata; “ini lah dia apa yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan Rasul nya, dan telah benar Allah dan Rasul nya”, dan tidak menambah (penglihatanitu) kepada mereka melainkan iman dan penyerahan diri.

23. Dari (golongan) mukmin ada beberapa laki-laki yang benar dalam perjanjian mereka kepada Allah, kerana sebahagian dari mereka mati, dan sebahagian dari mereka mendengar, dan tidak sekali-kali mereka mengubah janji.

24. Untuk Allah membalas orang-orang yang benar dengan sebab kebenaran mereka, dan (untuk) ia azab munafikin, jika ia menghendaki, atau ia terima taubat mereka, kerana sesungguhnya Allah itu adalah pengampun, penyayang. 

25. Dan Allah telah anihkan orang-orang yang kufur itu dengan (membawa) kejelekan mereka (lantaran) tidak mencapai kebaikan, dan Allah telah selamatkan mukmin (daripada) berperang, kerana adalah Allah itu kuat, gagah.

26. Dan orang-orang dari ahli al-Kitab yang membantu (azab) itu ia turunkan dari benteng-benteng, dan ia masukkan dihati-hati mereka ketakutan, sebahagiannya kamu bunuh, dan sebahagian nya kamu tawan.

27. Dan ia telah wariskan kepada kamu bumi mereka dan kampung-kampung mereka dan harta-harta mereka, dan (juga) bumi yang belum kamu duduki, kerana adalah Allah atas tiap-tiap suatu berkuasa.

28. Hai Nabi ! khabar kan lah kepada isteri-isteri mu; “jika kamu mahu penghidupan yang rendah dan perhiasan nya, maka marilah aku beri bekal kepada kamu, dan aku bebaskan kamu satu pembebasan yang bagus”.

29. “Dan jika kamu hendak (keredaan) Allah dan Rasul nya dan kampung akhirat, maka Allah telah sediakan bagi perempuan-perempuan yang berbuat kebaikan, dari antara kamu, ganjaran yang besar”.

30. Hai isteri-isteri Nabi, barang siapa dari kamu berbuat kejahatan yang  nyata, akan digandakan azab bagi nya dua kali, dan adalah yang demikian mudah bagi Allah.

 

JUZUK ke 22.

 

31.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages