Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Hai Nabi-Nabi ! berbaktilah kepada Allah, dan janganlah engkau taat kepada kafir-kafir dan munafik-munafik, sesungguhnya adalah Allah mengetahui, bijaksana.
2. Dan turutlah apa-apa yang diwahyukan kepada mu dari Tuhan mu, sesungguhnya Allah itu adalah amat sadar kepada apa-apa yang kamu kerjakan.
3. Dan bersarah dirilah kepada Allah, kerana cukuplah Allah sebagai pemilihara.
4. Allah tidak jadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga nya, dan tidak ia jadikan isteri-isteri kamu yang kamu dzahirkan itu sebagai ibu-ibu kamu, dan ia tidak jadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak (betul) kamu, yang demikian itu omongan-omongan kamu dengan mulut-mulut kamu, dan Allah katakan yang benar, dan ia memimpin kejalan (yang betul).
5. Panggil lah mereka dengan (menggunakan)nama bapa-bapa mereka, kerana iaitu lebih adil disisi Allah, tetapi jika kamu tidak tahu bapa-bapa mereka, maka (mereka) saudara-saudara kamu diagama dan mula-mula kamu, dan tidak (terhitung dosa) atas kamu ditentang suatu yang kamu keliru padanya, tetapi ditentang suatu yang disengaja oleh hati-hati kamu, kerana adalah Allah itu pengampun, penyayang.
6. Nabi itu lebih hampir kepada mukmin daripada diri-diri mereka sendiri dan isteri-isteri nya itu ibu-ibu mereka, dan ____________ itu sebahagian dari mereka lebih hampir kepada sebahagian dikitab Allah daripada mukmin dan muhajirin, kecuali kalau kamu mahu berbuat kebaikan kepada saudara-saudara (seagama) kamu, adalah yang demikina itu tertulis dikitab Allah.
7. Dan (ingatlah) tetakala kami ambil dari Nabi-Nabi, perjanjian mereka dan daripada mu dan dari Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa anak Mariam, dan kami telah ambil dari mereka perjanjian yang teguh.
8. Untuk ia memeriksa yang benar dari hal kebenaran mereka, dan ia telah sediakan bagi kafir-kafir itu azab yang pedih.
9. Hai orang-orang yang beriman ! ingatlah nikmat Allah atas kamu tetakala datang kepada kamu tentera-tentera, lalu kami kirim kepada mereka angin dan tentera-tentera yang kamu tidak dapat melihatnya, kerana Allah melihat apa yang kamu kerjakan.
10. (Iaitu) tetakala mereka datang kepada kamu dari sebelah atas kamu dan dari sebelah bawah kamu, dan tetakala berpaling pemandangan-pemandangan, dan sampai hati-hati itu ketengkorakan-kentengkorakan dan kamu adakan macam-macam sangkaan terhadap Allah.