Sad (61~88)

1 view
Skip to first unread message

knajidads yahoocom

unread,
Jul 26, 2013, 7:23:15 PM7/26/13
to knaji...@googlegroups.com

Sad (41~60)
[] https://groups.google.com/forum/?hl=en-GB#!topic/P19Jawi/QZcdtgXJ1VI


Sad (61~88)

61. Mereka berkata; “hai Tuhan kami ! siapa yang sebabkan (azab) ini buat kamu,  tambah kan lah baginya azab yang berganda dineraka”.

62. Dan mereka berkata; “mengapa kita tidak lihat orang-orang yang kita anggap mereka dari (golongan) orang-orang jahat “.

63. “(Yang) kita jadikan mereka ejekan atau apakah terplaing penglihatan-penglihatan (kita) dari mereka?”.

64. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar pertengkaran ahli neraka.

65. Katakan lah; “aku hanya seorang pengancam, dan tidak ada sebarang Tuhan malainkan Allah, yang tunggal, yang maha kuasa”.

66. “Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan barang yang antara keduanya, yang gagah, yang pengampun”.

67. Katakan lah; “yang demikian itu khabar yang besar”,

68. “Yang kamu berpaling daripadanya”,.

69. Aku tidak mempunyai pengetahuan tentang golongan yang tertinggi, ketika mereka berbantahan.

70. Tidak diwahyukan kepada ku melainkan bahawa aku (ini) hanya seorang pengancam yang nyata.

71. (Ingatlah) tetakala Tuhan mu berakta kepada Melaikat “bahawa se nya aku hendak jadikan manusia dari tanah”.

72. “Maka apabila aku bereskan dia dan aku tiup padanya (sebahagian) dari ruh (bikinan) ku maka hendaklah kamu tunduk sujud baginya”.

73. Maka sujudlah Melaikat semua mereka sama sekali.

74. Kecuali iblis, ia sombong dan jadilah ia dari mereka yang kafir.

75. Ia berkata; “hai iblis ! apa yang menghalangi mu dari sujud kepada barang yang aku jadikan dengan kedua tangan ku ? apakah engakau sombong atau kah engkau dari (jenis) yang tinggi ?”.

76. Ia jawab; “aku lebih baik daripadanya, (kerana) engkau jadikan daku dari api dan engkau jadikan dia dari tanah”.

77. Ia berkata; “oleh iitu, keluarlah daripadanya, kerana engkau terkutuk”.

78. “Dan sesungguhnya adalah  atas mu laknat ku hingga hari pembalasan”.

79. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! jika demikian, berilah tempoh bagi ku hingga hari mereka dibangkitkan”.

80. Ia berkata; “maka sesungguhnya engkau dari mereka yang diberi tempoh”.

81. “Hingga hari waktu yang termaklum.

82. Ia berkata; “oleh itu, demi kemuliaan mu ! sesungguhnya aku akan sesatkan mereka semua nya”.

83. “Kecuali, dari antara mereka, hamba-hamba mu yang dibersihkan”.

84. Ia berkata; “maka kebenaran, dan kebenaran aku katakan”,

85. “Sesungguhnya aku akan penuhkan jahanam dengan (jenis) mu dan dengan siapa-siapa yang turut mu dari antara mereka, sekelian”.

86. Katakan lah; aku tidak meminta apa-apa upah dari kamu atas (ejekan) itu, dan bukan lah aku dari mereka yang membikin-membikin sendiri.

87. “Tidak ada ia melainkan peringatan bagi makhluk”,

88. “Dan sesungguhnya kamu akan dapat tahu (kebenaran) khabar nya sesudah satu masa”.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages