TAWARAN HEBAT!
Sesiapa yang berminat untuk memiliki pelekat atau stiker untuk cermin
belakang kenderaan yang mempromosikan hadis kedatangan mujaddid yang
berbunyi:
Dari Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Allah akan
mengutuskan di setiap awal kurun (setiap 100 tahun) seorang Mujaddid
yang akan memperbaharui agamaNya." (Riwayat Abu Daud)
Sila hubungi pengedar kami:
Ustaz Muhammad Fadlul Hakim di 012-3285643
Harga 1 stiker : RM15.00 sahaja (tidak termasuk caj kiriman pos)
Laqadjaakum........Arsyil Aziim
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.Antara Hikmah: Melahirkan rasa kasih kepada Rasulullah, Melahirkan tawakkal kepada Allah3. Surah Al Anbia 87 - [50X]
Lailahaillaanta.....zalimin
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diriku sendiri.Antara Hikmah : Menajamkan rasa kehinaan dan rasa kehambaan.4. Al Ikhlas [ 50X][1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.Antara Hikmah :Menanam rasa keesaan Tuhan, rasa gerun, rasa harap
dan total submission.Menahan lapar. Dunia lebih rendah nilainya dari sebelah sayap nyamuk di sisi Allah SWT.5. Gabungan Tiga AyatPertama : Surah Al Isra [45]Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu
Wa iza qara'ta.......mastura
Kedua : Surah Al Baqarah [171]
....mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.Summum bukmum......ya'qilunKetiga : Surah Yassin [9]Wajaalnaminbaini........la yubsirun
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
-Ayat 1+2+3 = disatukan, dibaca [10X]-
Antara Hikmah -ditakuti jika termasuk dalam tiga golongan ini6. Salawat Aurad Muhammadiyah [50X]Allahumma sali ala sayidina Muhammadininabiyyil ummiyi
wa'ala aalihi wa sahbihi wassalam. Adada ma alimta
wa zinata ma alimta wamil a ma alimta.[Maksud] Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yg Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yg Engkau ketahui.Antara Hikmah : Melatih jiwa untuk kasih kepada Rasulullah
dan melembutkan hati. Juga supaya kasih kepada sunnahnya.7. Surah Saba ' 10 -11 [10X]
Walaqad..........bima ta'malunabasir
kepada ibnu yusuf & abdullah, kau tak paham diam2. Jgn lah nak komen org kalau setakat tau agama baca alif, ba, ta saje. Solat awak kalau stakat rongak2 ajer tak payah lah...pie balik mengaji lagi bagus..
Comment by naim | February 6, 2007
Assalamualaikum, kepada yang paranoid sangat dengan rufaqa tu cuba baca buku berhati-hati membuat tuduhan. Nampak terang lagi bro. jangan hentam kromo. orang2 yg pro rufaqa dari dulu lagi fikiran terbuka, baca macam-macam buku untuk tambah ilmu. Cubalah buka pula fikiran tu untuk baca buku-buku abuya. Baru 'balance'.Comment by Waja halilintar. | February 8, 2007
Tak payah saya nak tuliskan lagi, hujjah-hujjah mengenai Syahadahtyain (dua kalimah syahadah). Kerana ia adalah jelas. Syahadah itu tidak bersambung, kerana ada "full stop". Sila rujuk pada kitab Awrad Muhammadiyyah!
Kalimah-kalimah sahabat adalah terpisah dan tersendiri sebagai ayat Mubtada' Khabar [ãÈËÏ ÃÎÈÑ] dan rujuk juga kitab-kitab Nahu Arabiyah ( Arabic grammer). macam saya ucapkan "...Laa Illaha Illallah. Aku menyeru kepada kalian supaya bertaqawa..." adakah kalimah ini bersambung atau two seperate sentence? You decide!! ALLAHu a'lam
Comment by Sayyed | February 13, 2007
Salam.....buat ibnu yusof & Abdullah.....
Islam ini indah...amat mengecewakan jika kita sendiri umat islam ini memberat2kan keadaan...sampai bila hendak mempertikaikan isu syahadat,kesesatan dan ajaran rufaqa yang sememangnya adalah benar...sampai mana jg ilmu awak berdua berbanding ilmu imam asyaari?..berapa sd jemaah yg kamu berdua sertai?..berapa buah buku yg anda sd terbitkan?adakah kamu berdua mengamalkan syahadat yg berlainan?sd kaya betul ka kamu menuduh rufaqa itu sesat?berapa buah kedai,supermarket yg kamu jalankan mengikut landasan islam?yg dapat mengurangkan gejala sosial para remaja masakini?dapatkah kamu berdua bangunkan islam di segi hiburan,perniagaan,pembelajaran agama dll aspek agama?
ibnu yusof & abdullah tak takut kah menuduh sesat kat orang yg tak sesat?...QISAS di dunia...anta berdua mesti tau itu...jd,banyak2 lah merujuk buku2 terbitan rufaqa...
sampai sini sahaja untuk anta berdua...wasalam...
Comment by Tasik_Biru | February 28, 2007
Apa yang dibahas ini jelasnya bukan persoalan usul. Jika persoalan usul, ia diterima bersama dan tiada percanggahan. Ia adalah qati'e dan jelas. Tetapi dalam hal-hal sebegini, nampaknya ada khilafiah. Ia sebenarnya berkait dengan soal furuk. Dalam soal khilafiah dan furuk ini, ada ijtihad. Mengikut kaedah fikah, maka apabila sesuatu pihak berijtihad, pihak lain tidak boleh membatalkan ijtihad yang satu lagi. Mereka kena meraikan ijtihad pihak yang lain.Bilamana ada ulamak menyatakan arqam itu sesat, dan satu pihak lagi tidak mengatakan sesat, maka ada percanggahan. Tidak diterima bersama isu ini menunjukkan ia bukan persoalan aqidah. Tinggal lagi, ada khilaf yang masing-masing kena hormat-menghormati satu sama lain.Comment by Al-Fateh | March 27, 2007
Kepada ibnu yusof dan abdullah LAGI...
sblm saya jawab: manusia ada beberapa kategori. ada yg rendah ilmu agamanya, ada yang sederhana ilmu agamanya dan ada yang tinggi ilmu agamanya tetapi perasan ilmunya sudah cukup (sedangkan ilmu itu seluas lautan).jadi utk saudara ibnu yusof dan abdullah, saya sbg pemerhati (bukan ahli rufaqa) ingin memberi jawapan yg sesuai dgn taraf ilmu spt yg disebut pada kategori diatas.
pernah terjadi ketika saya mewiridkan zikir syahadah (mengucapkan 2 kalimah syahadah) tiba2 ada orang bertanyakan saya soalan... dan terus saya berbicara memberi jawapan... Persoalannya adakah perbicaraan saya itu merupakan tambahan kepada syahadah saya?
saya rasa jawapan saya mudah difahami oleh saudara ibnu yusof dan abdullah.
mohon maaf jgn kecil hati...
Comment by kebenaran vs kebatilan | March 27, 2007
TERKINI
Kiayi Haji Ali Musyarif aka GUS ALI seorang pemimpin NU telah datang berbai'ah dengan Abuya dan mengakui beliau itu Fata at Tamimi. Datang dengan 10 orang pengikut, mewakili 120 juta anggota NU se Indonesia.
Berfatwa, ARQAM wajib dibantu.
Baru2 ini ustaz Badrul Amin [ bekas tahanan ISA], telah menepuk meja dengan kuat, semasa ditanya jemaah di sebuah masjid di Ampang, ' Adakah Rufaqa itu sesat seperti yg disebut di khutbah2 Jumaat seluruh Selangor?"Beliau menjawab tegas..
" Siapa kata Rufaqa sesat? Bahkan wajib dibantu!!"Comment by heliconia | April 6, 2007
Terkini : Para habib dari persatuan ahlulbait Indonesia telah datang berbai'ah dgn Fata atTamimi, sempena sambutan Hari maulidur Rasul...
juga yg terkemudian dan terbaru, seorang pemimpin dari Nahdlatul Ulama bersama 10 anak buah datang berbaiah kpd Abuya, pengikut mereka hampir 120 juta di RI."Saya datang kerana cinta" Ungkapnya.Seperti para habib yg berpengaruh di kalangan ahli politik dan golongan elit di sana, pemimpin NU ini juga punya pengaruh besar ke atas pemerintahan, InsyaAllah.
Di RI, Al Arqam masih halal,
katanya....
" ARQAM WAJIB DIBANTU DI INDONESIA"Comment by heliconia | April 18, 2007
Assalamualaikum saudara ibnu yusof & abdullah....Jangan la kalian berbalah perkara2 sebegini..Kite ini manusia biasa sahaje yg mane ilmu kite tak setanding lautan yg dlm dan luas terbentang...knapa harus mengata org sesat sesama sendiri?...insaflah kalian dri menuduh tanpa bukti..kalo berani cakapla depan2 bkn nyer dibelakang k,itu dinama mengumpat namenyer, mengumpat adalah salah satu dosa besar yg dimurkai oleh tuhan kiter....mesti saudara kalian sendiri pun takut kan kerna hanya berani bercakap tentang kesesatan dibelakang abuya sahaja tp tak berani mengatakan seseorg itu sesat dihadapan nya...kalian boleh dikategorikan berdosa jg kerna menuduh org sesuke hati tanpa usul perikse dan dosa itu adalah dosa sesama manusia...layakkah saudara masuk ke syurga jikalau dosa sesama manusia belum dimaafi seseorg itu?...dosa sesama manusia adalah lebih berat lg dosa kpd tuhannya kerna segala amalannya akan tergantung dilangit sebelum dimaafi seseorg itu bahkan berdosa jg kpd tuhannnya (2x dosa)....dosa kite kpd allah boleh diampunkan jika kite bertaubat dan insaf selagi tidak mensyirikkannya...allah selalu ingin mendengar rintihan hamba-hambanya yg berdosa kerna allah sgt rindukan suaranya2nya....kerna setiap rintihan itulah sebagai pemadam api neraka dan mengelakkan terjerumus dlmnya....Mesejnya selagi shahadah kita adalah
bersaksi dan mempercayai kewujudan allah & tiada tuhan selainnya dan muhammad itu adalah pesuruh allah...itu pun dah cukup...selagi kite bebalah mcmni sampai ble2 pn tak akan abis hingga kiamat dgn perkara2 sebegini...waallahua'lam..Mintak ampun & maaf jikalau saudara kalian terasa dan terkecil hati...
Comment by Pemuda Harapan | April 19, 2007
[TERIMA KASIH AHMED AWWAB ATAS SUMBANGANNYA]Ini prakata buku Aurad Muhammadiah, Pegangan DA.
KATA-KATA ALUAN DARI ULAMA-ULAMASETELAH Saya membaca dan meneliti isi kandungan buku yang dikarang oleh
AI Fadhil AI Ustaz Haji Asaari Muhammad, Syeikhul Arqam, bagi menjawab
dan menolak tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dan keatas Al Arqam
bagi mengelakkan fitnah, yang mana boleh membawa kehancuran kepada
pertubuhan Islam yang begitu memberi makna kepada perjuangan Islam,
maka saya dapati isi kandungannya amat baik dan menarik, terutama dari
segi usaha bersungguh-sungguh Al Ustaz Haji Ashaari bagi mendapatkan
bahan-bahan murajaah daripada beberapa buat kitab yang dimuktabarkan.Al Ustaz Haji Ashaari telah memperlihatkan kesungguhannya sepertimana
yang ditunjukkan dalam usaha kepimpinannya menjayakan pertubuhan
Al Arqam dari awal sehingga ke hari ini.Dalam beberapa bab dan fasal di dalam buku ini jika kedapatan
kesamaran terutama dalam masalah tawassul pada bab tariqat,
saya nasihatkan para pembaca sekelian jangan mudah membuat
andaian sendiri, dan hendaklah rujuk kepada ahlinya.Dan janganlah jadi seperti seseorang yang menyangka bahawa
apakah ilmu yang ia tiada pelajari atau tiada tahu maka ilmu itu
sesat atau salah. Barang dilindungi Allah Taala.Kuala Terengganu, 10 Zulhijjah 1406.
As Syed Omar Abdul Kadir AI Idrus
-------------------------------------
ALHAMDULILLAH, saya sangat bersyukur kepada Allah SWT
kerana telah memberi kekuatan dan ketabahan jiwa kepada
Ustaz Ashaari Muhammad untuk menyiapkan buku Aurad
Muhammadiah Pegangan Darul Arqam ini sebagai memberi
penjelasan yang terperinci kepada seluruh masyarakat Islam
dan pendirian beliau dan Darul Arqam.Saya telah membaca bahagian-bahagian penting dan utama di
dalam buku ini, maka saya dapati amat memuaskan dan boleh
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selama ini.
Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Awang Sulung
Beta Ulu, Kelantan.
----------------------------------- .
SEBESAR-BESAR kesyukuran kita anak-anak watan Malaysia
ke atas kurniaan Rabbil Alamin yangMaha Perkasa lagi Maha Hebat
mengurniakan kita Islam dan Iman. Dan akal fikiran yang sempurna dan
berbagai-bagai rahmat dan fadhl pada zahir dan batin ke atas
kita umat Malaysia.Sayugianya berhati-hati (menghalusi) segala tindakan dan huku-
man yang kita jalankan dalam negeri kita Malaysia yang telah ter-
babas (tergelincir) daripada landasan Islam.
Dengan bersatunya alim ulamak Malaysia mudah-mudahan da-
pat di perbaiki segala kesilapan dan kesalahan di dalam negara kita
Malaysia.Sohjbul bayan Abdul Basith Rayyan,
Ahmad Lutfi Ar-Rifai' tbnu Hussein An-Naji.18-8-86Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
---------------------------------------
Assalamu'alaikum...Al-hamduLIllah,Was-solaatu was-salaamu 'ala RasuLIllah,Wa 'ala aalihi wasohbihi wa man waalah,amma ba'd.Di sini al-faqir ingin mengutarakan sedikit pendapat.Qadiah untuk menghukum sesuatu itu samada sesat atau pun tidak adalah qadiah yg besar.Al-faqir berpendapat bahawa dalam soal aqidah tiada khilafnya.Sekiranya pihak NU tidak menyesatkan aqidah Al-Arqam,maka eloklah kiranya pihak yang berkaitan rujuk kembali(adakan perjumpaan terbuka/tertutup dengan Ustaz Ashaari untuk memastikan pegangan sebenar beliau),kerana berat kalau kita nak menghukum seseorang itu sesat tanpa ada bukti yang kukuh.Kalau pun dulu Al-Arqam telah dilebelkan sesat,dan Ust Ashaari sendiri telah mengaku bertaubat(al-faqir rasa kisahnya semua tahu),dan diharamkan oleh kerajaan, tetapi itu dulu.Kita tak boleh nak menghukum seseorang dengan kisah lampaunya.Sekali lagi sebelum mengakhiri tulisan ini, al-faqir sarankan sekali lagi kepada pihak yang berkenaan(terutamanya pihak JAKIM) sekiranya membaca web ini agar adakan perjumpaan dengan Abuya, supaya dapat mengislahkan keadaan.Sekarang bukannya masa untuk kita bermusuhan sesama sendiri.WAllahu a'lam...wassalam.
Comment by Abu_Salim | May 24, 2007
AssalamualaikumSaya bukanlah orang yang layak membincangkan ilmu Islam dengan terpeinci kerana kekurangan diri. namun tidak bermakna saya akan melepaskan tanggungjawab sebagai muslim membela agama tuhan.Sepanjang saya melayari laman-lama yang pro dan kontra mengenai Abuya, tidak dapat tidak saya mengatakan yang hati saya seakan ingin bertemu beliau.Saya berharap kita semua kembali duduk berbincang dengan demi menegakkan agama yang telah diredhoi ini. Tidak perlu membuat kenyataan sebelah pihak tambahan lagi dengan mengeluarkan sebarang bentuk penghinaan atau kejian atas mana-mana jamaah yang berjuang untuk Allah dan rasulnyaSemoga kita kembali bersatu menghadap satu kiblat yang sama. Amin.Comment by careliph | June 6, 2007
e-mail untuk menghubungi PRO rufaqa
rufaq...@yahoo.comABU SALIM dan CARELIPH
Saya ada cadangan mengeluarkan semula skrip semasa Abuya DIPAKSA bertaubat, dan apakah maksud tersirat di sebalik penafiannya, adakah yg dinafikan itu soal2 akidah atau bukan? Apakah 'tipu muslihat' dan 'helah' seorang pejuang yang telah diPASANG TEMBOK sekeliling dirinya semasa menjadi tahanan ISA dulu?
Nampaknya saya kena cari buku Tersungkur Zabidi itu dulu.
[Terima kasih Zabidi, mana ada skrip 'taubat' Abuya dalam mana2 buku kecuali buku awak]Comment by heliconia | June 6, 2007
Assalamualaikum
Sepertinya isu polimik tentang tareqah aurad Muhamadiyah pegangan Ashaari dan jamaahnya semakin meruncing dengan berbagai spekulasi dari pihak awam dan juga para jamaah beliau sendiri. Setahu saya yang jahil, Tariqah Aurad Muhammadiyah amat berkembang luas di singapura di bawah pimpinan Almarhum Ust Taha suhaimi iaitu cucunda Syeikh Muhammad As suhaimi sendiri. Coba kita tanya diri kita sendiri, kenapa Aurad Muhammadiyah di bawah Ust Taha dan juga jamaah beliau lolos tidak di haramkan...dan kenapa Ashaari tidak? Pasti ada yang tidak beres. Setelah di tindak lanjuti, saya di beritahu, bahawa Tariqah Aurad Muhamadiyah Ashaari, tidak 'valid' dan beliau tidak pernah diberikan mandat untuk menjadi wakil tariqah itu sendiri. Di sini saya baru bisa mengerti kenapa masalah demi masalah melanda beliau dan jamaah beliau. coba kita semua pikirkan dan cari jawabannya dari sumber atau nasab yang benar.
wasallam
Comment by Dimas al Fateh | June 27, 2007
Dimas al Fateh, terima kasih atas komennya. Apa warga Indonesia yg ada di Singapura sekarang?Isu ini adalah satu lagi isu lapuk yg dikemukakan team bekas Arqam di Majlis JAIS pada 8/1/07 tempoh hari.Buat masa ini saya kesuntukan masa utk menjawabnya. Rakan2 lain mungkin boleh bantu.Comment by heliconia | June 27, 2007
Memang masalah yg diutarakan dimas sudah lama. Tetapi ada satu saja yang boleh saya perkatakan bahwa jemaah Abuya Ashaari bukan mempunyai masalah demi masalah tetapi semua itu adalah ujian yang diberi oleh Tuhan untuk memantapkan lagi perjuangan jemaah ini. Itu ialah salah satu ciri bagi jemaah kebenaran.Comment by hamba | June 27, 2007
sebenarnya dari dulu lagi terdapat pertikaian terhadap pegangan segelintir kaum sufi,tak perlulah nak bercakar,bagi mereka yang nak berjuang dalam agama pilihlah yang rasa sesuai janji tak bercanggah dengan alQuran dan hadis serta tidak meragukan.iman dengan syirik ibarat mata putih dan mata hitam.hati-hati.Comment by al pokya | June 28, 2007
Ini asasnya adalah idea team bekas Arqam. Masalah silsilah pengijazahan tidak pernah timbul. Cuba lihat idea yg ni yg diguna sebagai senjata musuh yg tunggang terbalik faktanya..Jika Abuya tiada tauliah utk mengijazahkan wirid AM, mengapa anak-cucu Sheikh Suhaimi ada yg datang ke Malaysia berbai'ah dgn Abuya dan memperbaharui ijazah wirid dari Abuya pula?Tak termasuk lagi kiayi2 NU serta ulama2 Arab yg menukar wirid mereka ke wirid AM. Jangan mudah terpedaya dengan fitnah.Comment by heliconia | June 28, 2007
Petikan Dimas Al Fateh : "Setahu saya yang jahil, Tariqah Aurad Muhammadiyah amat berkembang luas di singapura di bawah pimpinan Almarhum Ust Taha suhaimi iaitu cucunda Syeikh Muhammad As suhaimi sendiri. Coba kita tanya diri kita sendiri, kenapa Aurad Muhammadiyah di bawah Ust Taha dan juga jamaah beliau lolos tidak di haramkan..."
Apabila kita rasa diri kita jahil, kenapa pula kita memaksa diri untuk bertanya pada diri kita sendiri?Bertanyalah kepada yang faham ilmu tentang tariqah ini, bertanya pada sumber2 yang jelas. Jangan mudah terpedaya. Bab haram mengharamkan ini memang tak lepas dari scenario musuh yang ingin pecah belahkan Islam, walhal Aurad Muhammadiyah itu suatu Zikir yang sungguh Agung apabila kita menghayatinya, yang diambil daripada ayat2 Al Qur'an,mana boleh kita sesatkan sesuatu yang datang daripada Al Qur'an? .Coba saudara Dimas baca Posting " Realiti yg tak dipedulikan" untuk memahami skenario musuh Islam.Kalau tak silap saya, heliconia ada video record peluncuran buku AAMPPADZ? disana ada ulasan dari Ust Wafiyudin ( seorang ulama dari Indonesia yang juga pengamal tariqah "Qodiriah & Naqsabandi" ) mengenai tariqah Aurad Muhammadiyah, beliau cukup 'alim dalam hal tariqah ini.Comment by aboutmiracle | June 28, 2007
Saya ada DVD Peluncuran Buku Pemimpin Ajaib di Jakarta, tetapi kami dapat edisi yg sudah di'edit..sebab semasa itu strategi di Malaysia lain dari di Indonesia. Wawancara Ustaz Wafiyudin tiada pada saya. Mungkin pemudata ada....Lihatlah web baru ini...KEBENARAN AURAD MUHAMMADIAH
http://kebenaran-am.blogspot.com/
Comment by heliconia | June 29, 2007
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit
Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.5.472 / Virus Database: 269.9.1/854 - Release Date: 6/19/2007 1:12 PM
Boleh uploadkan foto sticker itu?