Orang yang Bersih Hatinya

5 views
Skip to first unread message

admin

unread,
May 27, 2009, 2:53:29 AM5/27/09
to Khabar Gembira
Orang yang hatinya bersih rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika dia dapat ujian kesusahan hatinya berkata kerana dosakulah ujian
ini
Tuhan hukum aku kerana dosaku
Moga-moga aku terlepas daripada hukuman di Akhirat yang amat dahsyat
Kalau ada orang lain yang bernasib baik mungkin kaya, berpangkat
gembira hatinya
Dia tumpang gembira dengan kegembiraan orang lain
Sekiranya ada orang mendapat kecelakaan eksiden, miskin, sakit hatinya
sedih dengan kesedihan orang
Jika dia dapat nikmat malu dengan Tuhannya kerana dia rasa tidak layak
menerimanya
Hatinya merasakan apa maksud Tuhan memberi aku nikmat untuk aku
bersyukur atau kufur?
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara kerana ia menjadi tanda
tanya
Hajat-hajatnya yang tidak dapat dia redha baik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah kerana dia tahu
Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan
Dia disusahkan orang, teringat dosanya kerana dosakulah ini
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukurinya pemberian dan pertolongan orang diingati dan
dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas kematian di depan mata, bila-bila boleh tiba
Gelisah dengan dosa amal ibadahnya dilupakan sahaja kerana dia tidak
tahu apakah diterima atau sebaliknya
Kakinya di dunia, hatinya dengan Tuhannya perasaannya sering sahaja di
Akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan

Menjelang Zuhur
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages