MADAH ASZ

56 views
Skip to first unread message

admin

unread,
Jan 7, 2009, 10:40:13 AM1/7/09
to Khabar Gembira
1-Seorang yang kenal Allah,
pasti akan sentiasa malu
hormat dan mahu membesarkannya,
sebagaimana malu, hormat dan menghina dirinya,
pada orang yang selalu menolong dan memberi nikmat padanya.
Sebab nikmat Allah pada manusia adalah setiap detik
mengalir tanpa henti-hentinya.

2- Bila manusia tidak beriman
hatinya akan keras
nafsunya sangat mendorong membuat jahat
dan akalnya tidak memikir ke arah Akhirat.

3- Kebebasan manusia adalah terbatas
laksana kebebasan layang-layang di tangan tuannya.
Boleh pergi meninggi
boleh berpusing-pusing dengan “gah”nya di udara tapi ingat!
Bila masa-masa boleh disentap turun oleh tuannya.

4- Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri
yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal
rosaknya kehidupan di dunia berpunca daripada kekotoran batin.
5- Manusia itu hendaklah ia mengekalkan
wataknya semulajadi
selagi ia tidak bercanggah dengan syariat
supaya, ia tidak dikatakan
orang yang mengada-ngada dan berpura-pura.

6- Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tapi dengan
makhluk. Padahal lumrah berlaku kepada manusia tapi manusia tidak juga
mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah
pula. Banyak harta ditimpa penyakit bermacam-macam jenis pula. Ilmu
banyak kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi banyak
pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan yang diburu
tidak juga kunjung-kunjung tiba. Setengah orang semua keistimewaan
dunia dimilikinya Allah datangkan seribu masalah pada dirinya.
Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula.
Oleh itu carilah Allah dia adalah sumber segala kebahagiaan



NUKILAN ABUYA SHEIKH IMAM ASHAARI MUHAMMAD
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages