http://ikhwantoday.com/berita/gambar/Maulid-1430.gif
Global Ikhwan akan menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW atau lebih
dikenali MAULIDURRASUL di seluruh negara dan disetiap negeri pada Hari
Isnin 9 March 2009 ini bersamaan 12 Rabiul Awal 1430. Semua persiapan
menyambut Maulidurrasul sedang giat dijalankan di tempat-tempat
aktiviti, bandar dan premis Global Ikhwan. Antaranya adalah di Pusat
Hentian Kajang, Selangor bagi peringkat Negeri Selangor. Orang ramai
dijemput untuk menghadiri majlis gilang-gemilang ini sebagai meraikan
Baginda Rasul. Bagi sesiapa yang ingin menyertai Majlis Maulidurrasul
di Pusat Hentian Kajang, panduan untuk ke tempat tersebut disediakan
di bawah ini.
http://ikhwantoday.com/berita/gambar/PetaHentian.jpg
Berikut adalah aturcara Majlis Maulidur Rasul dari 9 pagi hingga 12
tengahari:
9.00 pagi – 9.30 pagi Kedatangan para tetamu.
9.30 pagi – 9.45 pagi Selawat beramai-ramai.
9.45 pagi – 10.00 pagi Ucapan pengerusi majlis.
10.00 pagi – 10.20 pagi Ucapan alu-aluan wakil GISB Selangor.
10.20 pagi – 10.50 pagi Ucapan tetamu kehormat seterusnya merasmikan
pejabat perhubungan GISB Selangor.
10.50 pagi – 11.10 pagi Majlis penyampaian derma oleh para-para
dermawan.
11.10 pagi – 12.10 tengahari Persembahan Nasyid
12.10 tengahari Jamuan makan.
12.20 tengahari Acara penutup dan doa selamat.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
En Mohsin ditalian 019-215 5367 atau
En Jazmin ditalian 013-239 4233
http://ikhwantoday.com/berita/gambar/Flyer-for-Maulid.jpg