admin
unread,May 25, 2009, 1:26:43 AM5/25/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Khabar Gembira
Agama Adalah Seluruh Kehidupan
Agama adalah seluruh kehidupan
Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya atau ajaran terpokok
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej jadilah agama
itu luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama dari Tuhan
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah daripada hablumminallah
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku di mana-mana
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar di tengah masyarakat, di dalam
perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan
Di rumah tangga di dalam perhubungan, di dalam negara atau antara
bangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga di dalam pendidikan formal atau tidak
formal
Berkasih sayag, rasa bersama bekerjasama bersatu-padu adalah agama
Di dalam perhimpunan di dalam perayaan, di dalam mesyuarat ,di dalam
bersukan mesti ada agama
Bertimbang rasa, perikemanusiaan bertolak ansur, berlapang dada agama
juga
Di waktu memandu di jalan raya membersihkan bandar ketika bertugas
menjadi nelayan bekerja di kilang
semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara menjaga keselamatan dan keamanan juga
agama
Berkawan, berkenalan, berbual makan, rehat-rehat ,tidur dan baring
adalah agama
Begitulah luasnya agama tidak seperti yang difaham selama ini oleh
kita
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata ibadah rukun
Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana selagi berlaku syariat Tuhan
sebagai disiplinnya itu ibadah umumlah namanya
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara, di darat, di laut di
hutan, di bukit, di gunung di padang pasir
selagi ada manusia
Kalau agama berlaku di mana-mana ertinya ibadah umum berlaku di mana-
mana sahaja selagi ada manusia
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja selamatlah manusia
Kerana maknanya agama itu tidak kacau mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan ertinya aman
damai harmoni, bahagia
Tapi makna agama itu telah dipersempit maka manusia hidup huru-hara di
mana-mana bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana kerana agama yang diamalkan
selama ini adalah sempit
Menjelang Zuhur
04 - 03 - 2004