admin
unread,Jan 7, 2009, 10:22:27 AM1/7/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Khabar Gembira
Marilah kita menghidupkan perjuangan yang telah mati
Ayuh mari kita berjihad yang sudah dilupakan orang
Perjuangan dan jihad yang sangat diperlukan di setiap zaman
Apakah perjuangan itu?!
Iaitu memperjuangkan cintakan Tuhan dan menanam kasih sayang sesama
insan
Perjuangan manusia selama ini sudah salah jalan
Mereka menghunus pedang, meledakkan peluru-peluru membunuh insan dan
membunuh kemajuan
Manusia sebenarnya tidak hendak peperangan
Mereka inginkan kasih sayang, keharmonian dan perdamaian
Tapi mereka tidak tahu bagaimana hendak melakukan
Mereka mahukan kasih sayang, yang timbul kehambaan
Mereka inginkan kedamaian, yang terjadi kekacauan
Marilah dari sekarang kita berjuang cintakan Tuhan
Marilah kita berjihad untuk menyuburkan kasih sayang sesama insan
Tidak kira apa agama mereka, tidak kira apa bangsa dan etniknya
Marilah kita sarungkan semula pedang ke dalam sarungnya
Kita gunakan lidah kita yang menyejukkan hati insan
Kita taburkan pertolongan dalam apa bentuk pun membantu penderitaan
Marilah, marilah kita berusaha mencantikkan semula hati yang sudah
pecah
Kita rapatkan semula persaudaraan yang sudah renggang
Marilah kita hidupkan semula maaf-bermaafan
Kita bunuh hasad dengki yang telah memusnahkan perpaduan
Marilah kita matikan jihad yang ada ini
Kita ganti dengan jihad yang baru untuk dunia baru
Untuk kasih sayang, keharmonian, kedamaian dan keamanan
Sudah lama perjuangan kita sesama manusia, menghancurkan kasih sayang
Kesusahan dan penderitaan yang sudah beratus tahun kita tanggung
Marilah kita semaikan semula persaudaraan dan perpaduan
Sudah lama kita menderita akibat perpecahan dan peperangan
Wahai para umara dan ulama, para dai dan guru!
Sudah sampai masanya kita korbankan apa sahaja demi cintakan Tuhan dan
kasih sayang sesama insan
Janganlah kita sambung lagi perjuangan dan jihad yang lama itu
Kita gantilah dengan perjuangan yang baru di dalam alaf yang baru ini
agar Tuhan dicintai semula
Kasih sayang sesama manusia berbunga semula
Cintakan Tuhan kunci kasih sayang
Kasih sayang adalah rahsia perpaduan
Selamat berjuang untuk alaf baru dengan semangat baru demi kedamaian
25.1.2002
Selepas Jumaat
Nukilan Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad