admin
unread,Dec 28, 2008, 10:19:43 AM12/28/08Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Khabar Gembira
HIKMAH TAHUN BARU
Tahun baru Masihi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat
rujuknya yang satu dirujuk kepada Nabi Isa yang satu dirujuk kepada
hijrah Rasulullah
Namun satu tahun adalah mengandungi 12 bulan
Mengapa satu tahun ada 12 bulan?
Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat, kalau dibandingkan dengan masa yang jauh
di hadapan buat umur yang panjang
Tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan
Di dalam satu tahun ada 12 bulan setiap insan kenalah muhasabah segala
perbuatan,untuk mengukur kejayaan satu tahun
Kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan akan dapat
diagakkan
Lebih-lebih lagi umat Islam di dalam satu tahun kenalah pandang ke
belakang dan pandang jugalah ke hadapan
Bukan memikirkan hendak menyambut tahun baru secara pesta dan perayaan
Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan dan seterusnya
menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang,
Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang
Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan atau kegagalan itu di
semua bidang atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan
Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal,
Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan
Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru di semua aspek kenalah
post mortem bukan sibuk membuat perayaan
Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju,
bertamaddun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam
Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!
Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham,yang
bersifat peribadi, keluarga, masyarakat
Tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya,juga
tanggungjawab dalam jemaah
Bersifat peribadi adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun
Islam, berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah, berkasih sayang,
sabar, redha, pemaaf
Jika ada keluarga tanggungjawab kita kepada keluarga disempurnakan
atau tidak, berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansurkah?!
Jika berjiran hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau
sebaliknya, berlapang dada dengan jiran atau tidak,jiran susah dibantu
atau tidak,
Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?!
Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka
bekerjasama, berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang
Jika ada tugas atau jawatan didalam kerajaan atau swasta sudahkah kita
menyempurnakan tugas itu dengan baik?!khidmat kita serius atau sambil
lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja
Jika kita masuk mana-mana jemaah sudahkah kita menyumbang untuk
jemaah,
berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah
Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun di
dalam semua bidang, untuk ukuran
Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulangyang cacat
ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan dan untuk
tindakan
Jika semua warganegara berfikiran begini, setiap tahun muhasabah diri
yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah,
yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi
Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan
seterusnya.
Natijahnya, bangsa dan negara maju, berkasih sayang, bekerjasama,
Tuhan disembah, berakhlak mulia
Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empayar
dunia
Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun
hilang
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan bagaimana hendak berpesta
atau membuat keramaian
Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap,dan memikirkan yang
akan datang
Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan, berfoya-foya dan
berangan