admin
unread,Dec 9, 2008, 8:13:17 PM12/9/08Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Khabar Gembira
KEM MOTIVASI PENGHAYATAN SOLAT:
“Sembahyang Melahirkan Peribadi Agung”
Pengenalan
Kem Motivasi ini diadakan dengan tujuan untuk mendidik peserta agar
benar-benar dapat menjalani ibadah sembahyang secara tepat lahir dan
batin. Mereka bukan sahaja diajar tentang syariat lahir dalam
sembahyang yang merangkumi soal sah, batal dan rukun sembahyang tetapi
dalam masa yang sama diberi penekanan dalam soal-soal roh sembahyang
agar sembahyang itu dapat dihayati dan dijiwai. Hanya dengan cara ini
sahaja, barulah sembahyang itu benar-benar dapat memberi kesan kepada
jiwa peserta sehingga lahirlah daripada mereka peribadi-peribadi
agung, yang sangat mencintai Tuhan, berkasih sayang dengan sesama
manusia tidak kira tua atau muda, menjadikan mereka aset berguna
kepada agama, bangsa dan manusia.
Kaedah
Kaedah dilakukan seperti berikut:
1. Memperkenalkan peserta tentang Tuhan supaya Tuhan itu dikenali dan
dicintai di dalam dan di luar sembahyang.
2. Menghalusi ibadah sembahyang peserta dari segi sah, batal dan
rukunnya.
3. Memahamkan mereka tentang falsafah sembahyang dan peranan
sembahyang di dalam kehidupan.
4. Memahamkan mereka tentang kebesaran dan keagungan sembahyang.
5. Mendidik mereka cara-cara menghayati sembahyang melalui bacaan,
pergerakan dan perasaan.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan adalah mengikut panduan berikut:
1. Program diadakan dalam bentuk tazkirah dan latihan dalam kumpulan
(LDK) melibatkan perbincangan dua-hala dengan peserta.
2. Ibadah bersuci dan sembahyang dilakukan secara kuliah dan praktikal
dengan bimbingan Ustaz dan fasilitator.
3. Aktiviti merangkumi dalaman (indoor) dan luaran (outdoor). Riadah
dan kebudayaan yang mendidik (edutainment), diterapkan bagi
menggalakkan suasana pembelajaran.
Tentatif Program (2 Hari 1 Malam)
Hari Pertama
Masa Aktiviti
9.00 pagi Pendaftaran Peserta
Taklimat Program & Agihan Kumpulan
10.00 Minum Teh
Taaruf / Pengenalan / Matlamat
12.00 tgh Makan Tengahari
Persiapan Solat
Solat Zohor
Tazkirah Penghayatan Solat 1
2.00 ptg LDK 1 (Bersuci)
4.00 Minum Teh
Persiapan Solat
Solat Asar
5.00 Riadah
7.30 Persiapan Solat
Solat Maghrib
Tazkirah Penghayatan Solat 2
8.30 Solat Isyak
Makan Malam
9.30 LDK 2 (Praktikal Solat 1)
11.00 Taklimat Tidur / Qiyamulail / Tidur
Hari Kedua
4.30 pagi Qiyamulail
5.30 Persiapan Solat
Solat Subuh
Tazkirah
Senamrobik
8.00 Sarapan
9.00 LDK 3 (Praktikal Solat 2)
10.30 Rehat
11.00 LDK 4 (Praktikal Solat 3)
12.00 tgh Makan Tengahari
Persiapan Solat
Solat Zohor
2.00 ptg Muhasabah & Ulasan
Sessi Penyampaian Cenderahati
Bersurai
Khusus untuk orang dewasa memahami secara terperinci peranan serta
falsafah solat, rahsia khusyuk solat & fiqh solat mengikut mazhab
Syafie.
Tarikh: 19-20 Disember 2008
Tempat: Kem Alang Sendayu Gombak, Selangor.
Berminat, sila hubungi 03-67331606, 012-3747591.