Kedatangan Rasulullah Pembawa Rahmat

9 views
Skip to first unread message

admin

unread,
Mar 5, 2009, 12:02:45 PM3/5/09
to Khabar Gembira
Kedatangan Rasulullah Pembawa Rahmat


Kedatangan Muhammad Rasulullah, membawa rahmat kepada alam

yang sangat diperlukan oleh manusia

Rahmatnya yang paling besar, Allah Taala dikenali orang, dicintai,
ditakuti,

disembah, disucikan, diagungkan

Itulah nikmat yang tidak ada tandingannya buat manusia

Dari Tuhan yang dicintai dan ditakuti lahirlah buah-buah kehidupan
yang indah

yang berlaku dengan banyaknya

Di antara yang penting dan yang dikehendaki oleh manusia bersama

tidak kira apa bangsa atau agamanya ialah:

Manusia berkasih sayang sesama mereka, rasa bersama, bekerjasama

dan bertimbang rasa di dalam kehidupan mereka

Dari sini lahir buah-buahnya lagi yang bercambah terlalu banyaknya

di dalam kehidupan manusia

Yang kaya menolong, yang miskin sabar dan tidak meminta-minta, yang
bersalah meminta maaf, yang tidak bersalah memberi maaf

Orang-orang besar, para ulamak, guru-guru, ibu bapa dihormati

dan dimuliakan menjadi budaya dunia

Golongan bawahan disayangi, diberi simpati, diperhati, diambil
peduli

Dari sini lahir pula lagi buah mahmudah di dalam buah-buah mahmudah

yang sudah sedia ada

Ia beranak-anak kepada sifat-sifat yang positif yang terlalu
banyaknya,

merata berlaku di mana-mana sahaja

Ini sangat menguntungkan kepada kepentingan kehidupan manusia,

yang memang diperlukan oleh manusia sejagat

Yang demikian jenayah terlalu kurang di kalangan manusia, pergaduhan
tidak ada, pembunuhan apatah lagi, tidak ada jatuh-menjatuhkan

Otomatik hasad dengki hilang

Tidak ada pencurian, penipuan, rasuah, penzaliman, penindasan,
pengkhianatan

Tidak ada penzinaan, perogolan, menjatuhkan maruah, menghina,

benci-membenci sesama manusia

Oleh yang demikian lahir lagi buah-buah mahmudah di dalam kehidupan

yang diperlukan yang terlalu banyaknya di dalam kehidupan insan

Yang sangat menguntungkan manusia seluruhnya di dalam kehidupan

Iaitu dunia aman, damai, selamat, tenang dan tidak ada yang menakutkan

Hiduplah manusia di dalam kebahagiaan, kasih sayang, persaudaraan dan
keharmonian

Sungguh besar jasanya kedatangan Rasulullah ke dunia kepada manusia
sejagat

Mengalirnya rahmat Tuhan melalui perjuangannya ke dalam kehidupan
manusia yang orang Islam mahu, mahupun yang bukan Islam mahu di dunia
ini

Dunia hari ini perlukan Muhammad kedua sekalipun bukan Rasul

Pemimpin yang membawa watak dan sifat Rasul,

membawa rahmat dari Tuhan ke dunia di dalam perjuangannya

Untuk keperluan manusia sejagat tidak kira bangsa dan anutan agamanya

Hari ini manusia hidup di dalam Neraka dunia

Di dalam masa saya menulis ini Amerika membakar dunia

Manusia sejagat hidup di dalam kelesuan, ketakutan, kesempitan,
kecemasan, kecewa, setengah mereka putus asa

Tuhan! Datangkanlah segera pemimpin yang Engkau tunjuk

Yang membawa rahmat kepada manusia sejagat

Yang membawa watak, sifat dan sikap Rasul di dalam kehidupan bangsa di
dunia



Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages