MARAH SENTIASA MEMBARA DI DADA

10 views
Skip to first unread message

admin

unread,
Jun 4, 2009, 2:42:07 PM6/4/09
to Khabar Gembira
Mazmumah marah sentiasa membara di dada
Kalau tidak pandai mengawalnya baranya menyala dan terus menyala
Jika menyala membakar apa sahaja
Dari nyalanya memusnahkan apa sahaja sama ada manusia mahupun mata
benda
Alangkah susahnya mengawal bara ghodhob agar jangan menyala
Manusia yang berjiwa besar sahaja yang boleh menahannya
Siapa yang mampu menahan apinya dari menyala
Dia adalah seorang wira yang tiada taranya
Biasanya manusia itu semakin besar kedudukannya semakin besar sifat
marahnya
Lebih-lebih lagi manusia yang berkuasa bara apinya sering menyala
Rosaklah rakyat, terzalimlah manusia
Aduh memang susah sekali menjaga bara ghodhob agar tidak menyala
Menahannya terseksa jiwa
Menggeletar seluruh anggota
Apabila terlepas daripada kekangannya
Aduh menyesal tidak terkira
Fikiran terganggu, jiwa menderita
Akhlak musnah wibawa jatuh punah
Manusia benci, orang lari
Akhirnya susah mendapat kawan
Payah mendapat simpati
Jagalah bara api marah, jangan sampai menyala
Kerana ia sangat merbahaya

Selepas Isyak
03 - 08 - 1999
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages