KISAH KHURAFAT

1,006 views
Skip to first unread message

Abdullah Yasin

unread,
Nov 14, 2008, 11:29:05 AM11/14/08
to Khairul Amin, KAMARA GROUP
Assalamualaikum

Syaitan termasuk makhluk ghaib. Kita wajib percaya kewujudan syaitan.  Sungguh banyak ayat Al-Quran dan dan Hadis Sahih menceritakan tentang adanya syaitan. Khas tentang syaitan Khannas disebut dalam surah Al-Naas. Min Syaaril Waswaas al-Khannas : Maknanya : Daripada kejahatan bisikan syaitan Khannas.

Khannas maknanya datang dengan cepat dan pergi dengan cepat. Khannas sebenarnya sifat bagi syaitan sebab syaitan akan lari dengan cepat jika manusia ingat kepada Allah dan dia akan datang kembali jika manusia leka atau lalai daripada mengingati Allah. Oleh kerana sifatnya yang demikian maka ia dinamakan dengan Khannas.

Kisah yang ditanya tentang Khannas yang dicincang oleh Nabi Adam, kemudian dibakar, kemudian dibelah dan ditelah sebelahnya oleh Adam dan sebelah lagi oleh Hawa. Cerita itu boleh didapat dalam kitab Tafsir Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi Vol. X Halaman 179. Tapi apa komen Imam Al-Qurtubi sendiri tentang riwayat tersebut ? Katanya : Wa Maa Azunnuhu Yashih : Maknanya : Aku tidak kira ia (riwayat) itu sahih. Kalaulah Imam Qurtubi salah seorang pakar dalam Tafsir menggolongkan riwayat itu tidak sahih, mengapa ia perlu disebarkan dalam ceramah ? Apakah hanya sekedar ingin menarik minat pendengar ? Tidak ! Tidak boleh ! Kerja dakwah diistilah dalam surah Wal "ashar Watawaa Shau Bil Haq : Berpesan-pesan dengan Al-Haq (kebenaran). Allah tidak sebut : Watawaa Shau Bil 'Aql : Berpesa-pesan dengan Aqal (fikiran).

Kebenaran (al-Haq) adalah segala yang datang dari Allah. Lihat ayat 147 Al-Baqarah ( Kebenaran adalah segala yang datang dari Tuhanmu, oleh itu jangan kamu ragu-ragu lagi ).

Kisah di atas menyangkut masalah AQIDAH yang sumbernya mesti sahih. Dimana kesahihan rriwayat di atas. Ia tidak wujud dalam Al-Quran , juga tidak wujud dalam hadis yang sahih. Malah Imam Al-Qurtubi mengklasifikasinya sebagai TIDAK SAHIH.

Ustaz harap , demi menjaga agar AQIDAH kita TIDAK ROSAK maka hindarkan kisah-kisah tanpa asas. Khas kepada mereka  yang gemar forward email kepada rakan-rakan, hendaklah mempastikan dahulu kesahihan berita sebelum di kirim. Sebab jika fakta yang dikirim itu keliru dan diterima pakai dan diyakini oleh penerima maka si pengirim mesti tanggung DOSANYA !!!! Na'uudzu Billahi Min Dzaalik.

Yang Ikhlas

Ustaz Abdullah Yasin


From: Khairul Amin <khairul.a...@gmail.com>
To: Abdullah Yasin <ayas...@yahoo.com>
Cc: Mohd Zainudin <mz...@hotmail.com>; basaru...@yahoo.com; Khairul Salleh Hasan <salleh...@yahoo.com>; Khairul Samad <ksama...@yahoo.com>
Sent: Friday, November 14, 2008 5:03:26 PM
Subject: Cerita karut perihal syatan dan anaknya -

Assalamualaikum Ustaz,
 
Ada yang kirim ceritaq ini ke ana. Ana rasa TIADA satu pun kebenaran dalamnya. Mohon Komen dari Ustaz ....
 
Khairul Amin bin Hasan
 ***************************************************************************************************************************************************
 

Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah ....

Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?

 

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.

 

Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kenakan anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.

 

Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."

 

Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan dating untuk ambil dia balik"

 

Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..

 

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam . Setelah lama pikir-pikir. ..

"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .

 

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..

 

Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu

Sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa.

 

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"

 

Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

 

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam .

 

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam .

 

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika

Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..

 

"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

 

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam . "Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

 

"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam .

 

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.

 

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

 

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

 

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

 

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.

- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ...

- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz

ini.

 

Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA.. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam ..

 

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

 

Walllahualam. ...

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.


 

Syaikh Al-Hasani Ali Muhammadi

unread,
Nov 14, 2008, 11:24:01 PM11/14/08
to kgmalay...@googlegroups.com
Salam.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Imam Al-Qurtubi tentang keraguannya atas cerita Khannas yang di tanyakan oleh Sdr. Khairul Amin.

Tidak perlu ditanyakan atau diselidiki tentang sahih atau tidak lagi mengenai cerita ini (melainkan ada dalil yang benar2 sahih yang mengesahkannya). Mendengarkan ceritanya saja, 'Aqal yang sihat sahaja sudah bisa tidak dapat menerimanya kerana:

1. Dari cerita tersebut, amat jelas ianya memperkecilkan Nabi Adam a.s. itu sendiri dengan tindakkannya seolah-olah Nabi Adam.a.s. itu orang yang bodoh sehinggakan boleh dipermain-mainkan oleh syaitan (apalah syaitan kalau nak dibandingkan dengan Iblis laknatullah). LUCU!

2. Kebodohan Nabi Adam.a.s. cuba ditonjolkan dalam cerita ini seolah-olah Nabi Adam a.s. itu tidak tahu bahawa tidak ada manusia lain ketika itu selain darinya, Hawa dan anak cucunya sahaja yang hidup. Bukan kah Adam a.s. itu manusia pertama yang dijadikan Allah dan Hawa sebagai temannya? Mustahil Nabi Adam a.s. tidak tahu anak siapa! LUCU!

3. Tindakkan Nabi Adam a.s. yang berulangkali dipermainkan syaitan seolah-olah Nabi Adam a.s. tidak langsung mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Seolah-olah Allah s.w.t membiarkan Nabi Adam a.s. hidup seperti cara kita hidup. Bukankah dia itu Nabi Allah dan seorang Rasul yang tugasnya utk menyampaikan kebenaran dan memberi petunjuk? Bagaimana Nabi Adam a.s. mampu memberi petunjuk sedangkan dia sendiri dalam kes ini seperti tidak mendapat petunjuk sehingga dapat dipermain-mainkan oleh syaitan? LUCU!

4. Nabi Adam a.s. & Hawa itu adakah mereka antara manusia yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam Neraka? TIDAK! SUDAK PASTI TIDAK!! Tempat mereka adalah di sisi Allah s.w.t. Mereka berada dalam Rahmat Allah s.w.t. Syurga itu amat kecil nisbahnya kalau hendak dibandingkan dengan berada di sisi Allah.sw.t. Mungkin ramai yang tidak tahu, jangankan untuk berada di sisi Allah s.w.t. , tetapi untuk berada di dalam syurga Allah sahaja seseorang itu harus suci dari segala kekotoran dan dosa sesuci-sucinya. KALAU DAH KHANNAS (BUKAN SAHAJA KOTOR DAN BANYAK DOSA TETAPI INGKAR!!) ITU BERADA DALAM BADAN MEREKA BERDUA, BAGAIMANA MEREKA BISA UNTUK BERADA DI SISI ALLAH? JANGANKAN DI SISI ALLAH S.W.T, DI DALAM SYURGANYA SAJA SUDAH TIDAK LAYAK KERANA BAHAGIAN KHANNAS ITU TEMPATNYA DI NERAKA!!

Saya yakin dan percaya, sekiranya masalah ini dikupas lebih dalam lagi maka akan teserlahlah kelucuan demi kelucuan tantang cerita ini. Jadi saya fikir 4 hujah 'aqliah saya ini saja sudah memadai dan amat mudah untuk difahami.

Walaubagaimanapun saya punya pandangan yang berbeza tentang bab 'Aqal. Seperti yang disebutkan oleh Ustaz Abdullah Yasin dalam emailnya:"... dalam surah Wal "ashar Watawaa Shau Bil Haq : Berpesan-pesan dengan Al-Haq (kebenaran). Allah tidak sebut : Watawaa Shau Bil 'Aql : Berpesa-pesan dengan Aqal (fikiran). "

Betul Allah s.w.t. tidak menyebut "Watawaa Shau Bil 'Aql : Berpesa-pesan dengan Aqal (fikiran)."
Tetapi saya bersetuju dengan pendapat banyak ahli-ahli Falsafah dan Teologi, seperti Ibnu 'Arabi dan lain-lain yang menerima bahawa 'AQAL dan HAQ itu selari dan saling bergandingan kerana:

- Tanpa 'AQAL, KEBENARAN atau yang HAQ itu tidak bisa difahami,

- Bagaimana kita bisa mengetahui KEBENARAN itu kalau tidak menggunakan 'AQAL?

- Kalau dikatakan KEBENARAN itu ialah yang datang dari ALLAH (QUR'AN) dan RASULULLAH (HADITH), bagaimana kita bisa menjadi orang yang beriman kalau tidak menggunakan 'AQAL untuk menerima KEBENARAN itu?

- Mana bisa kita mempercayai KEBENARAN di dalam AL-QUR'AN dan HADITH Rasulullah kalau kita tidak mempercayai ALLAH dan RASULLULLAH terlebih dahulu bahawa mereka itu adalah yang HAQ? Maksudnya, bagaimana kita boleh beriman dengan kata-kata ALLAH dan RASULNYA; dan menggunakan kata-kata mereka pula untuk membuktikan bahawa mereka itu adalah BENAR atau HAQ sedangkan kita belum lagi meyakini tentang HAQnya dan BENARnya ALLAH dan RASUL?
Contohnya:
   Kalau kawan-kawan semua tidak pernah mengenali saya tetapi pernah mendengar kata-kata saya, apakah kawan-kawan semua akan percaya kepada kata-kata saya dahulu baru kemudian menggunakan kata-kata saya untuk membuktikan bahawa saya itu benar? Pelik kan? Seharusnya kawan-kawan semua mengenali saya terlebih dahulu dan yakin bahawa saya itu benar baru lah kawan-kawan semua bisa mengatakan bahawa apa yang saya katakan itu benar. Justeru terus mengamalkannya.

Sekian dahulu dari saya, semoga apa yang saya kongsikan bersama ini memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya saya silap saya mohon maaf dan sila perbetulkan kerana saya tidak lepas dari kesilapan.

Wallahu A'lam bis-Sawaab.


Date: Fri, 14 Nov 2008 08:29:05 -0800
From: ayas...@yahoo.com
Subject: [kgmalaysiaraya] KISAH KHURAFAT
To: khairul.a...@gmail.com; kgmalay...@googlegroups.com

Stay up to date on your PC, the Web, and your mobile phone with Windows Live Click here

Abdullah Yasin

unread,
Nov 15, 2008, 2:50:35 AM11/15/08
to kgmalay...@googlegroups.com
Assalamualaikum
 
Penjelasan Syeikh Al-Hasani sangat bagus sebab beliau telah bawa hujah aqal untuk memperkuat lagi bahawa Kisah Khannas itu khurafat. Tiada agama orang yang tidak ada akal. Itu sebab orang gila tidak diberi dosa walau mereka melakukan dosa. Dalam Islam kedudukan akal sangat tinggi, namun demikian ia mestilah selari dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis. Yang saya maksudkan dalam tulisan terdahulu bahawa sungguh bahaya merujuk kepada akal ialah jika rujukan itu hanya akal semata-mata , sebab akal manusia berbeza. Islam agama fitrah. Semua ketetapan agama bersesuaian dengan akal yang sejahtera. Namun demikian tidak semua ketentuan agama boleh diakali.
 
Saidina Ali r.a. berkata : Jika semua ketetapan agama dapat diakal-akali, nescaya menyapu bahagian bawah sepatu (khouf) - (sebagai pengganti membasuh kaki dalam wudhu')  adalah lebih sesuai daripada menyapu di atas khouf.
 
Maksudnya : umat Islam dibenakan menyapu bahagian atas sepatu sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwudhu'. Satu hari untuk muqim dan tiga hari untuk musafir. Bahagian yang biasanya terdedah dengan kotoran adalah bahagian bawah sepatu, tetapi agama menyuruh supaya kita menyapu bahagian atasnya. Dari satu sudut ketetapan agama itu macam tidak logik, tidak rasional , tetapi inilah agama. Tidak semua boleh diakal-akalkan.
 
Sekali lagi ingin ditegaskan : Akal sangat tinggi nilainya bagi manusia sebab ia pembeza antara manusia dengan binatang. Akal sangat berperanan untuk membezakan antara yang haq dan batil antara betul dan salah. Namun demikian, penggunaan akal mestilah sesudah nas Al-Quran dan Hadis yang sahih. Dengan kata lain : Akal tidak boleh berdiri sendiri tanpa dirujuk kepada Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya.
 
Contoh mudah dalam hal ini ialah dakwaan Golongan Islam Liberal : Semua agama adalah sama kerana semua agama mengajak umatnya agar berbuat baik.
 
Dari mana hujah Islam Liberal dengan dakwaan itu ? Jawabnya : Hujah mereka adalah akal semata-mata. Inilah kesan jika akal digunakan secara bebas tanpa merujuk Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Padahal semua kita tahu bahawa di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. bahawa satu-satunya agama yang Allah terima dan redha hanya agama Islam.
 
Hati-Hati dan Waspada !!! Salah satu ancaman besar aqidah umat hari ini datangnya dari Pengaruh Islam yang terlalu mengagungkan akal sehingga sanggup memperlekeh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Semoga para pembaca dapat memahami pendirian ustaz dalam hal ini.
 
Wassalam
 
Abdullah Yasin


From: Syaikh Al-Hasani Ali Muhammadi <ksa...@hotmail.com>
To: kgmalay...@googlegroups.com
Sent: Saturday, November 15, 2008 12:24:01 PM
Subject: [kgmalaysiaraya] Re: KISAH KHURAFAT

Syaikh Al-Hasani Ali Muhammadi

unread,
Nov 17, 2008, 3:51:18 AM11/17/08
to kgmalay...@googlegroups.com

 
ﺒﺴﻢ اﷲ اﻠﺮﺤﻤﻦ اﻠﺮﺤﻴﻢ   

اﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻛﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔاﷲ ﻮﺒﺮﻛﺂﺘﻪ 

Salawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad serta para sahabatnya yang bertaqwa,
Juga salam sejahtera kepada semua warga Kgmalaysiaraya groups,


Quote dari Ustaz Abdullah Yasin:

Penjelasan Syeikh Al-Hasani sangat bagus sebab beliau telah bawa hujah aqal untuk memperkuat lagi bahawa Kisah Khannas itu khurafat. Tiada agama orang yang tidak ada akal. Itu sebab orang gila tidak diberi dosa walau mereka melakukan dosa. Dalam Islam kedudukan akal sangat tinggi,

(1. Terima kasih atas sokongan dari Ustaz dan bersetuju dengan kenyataan Ustaz.)


namun demikian ia mestilah selari dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Yang saya maksudkan dalam tulisan terdahulu bahawa sungguh bahaya merujuk kepada akal ialah jika rujukan itu hanya akal semata-mata , sebab akal manusia berbeza. Islam agama fitrah. Semua ketetapan agama bersesuaian dengan akal yang sejahtera. Namun demikian tidak semua ketentuan agama boleh diakali.
(2. Sebagai seorang Muslim, tidak dinafikan penggunaan 'Aqal MESTI bersesuaian dengan Al-Quran dan Al-Hadith dan ini hanya termaktub dalam ruang lingkup pengamal Agama Islam itu sendiri. Ianya tidak termaktub bagi orang yang tidak mengamalkan Islam. Jadi ianya sesuatu yang RELATIF (benar untuk orang Islam tapi tidak benar untuk orang bukan Islam) dan bukanlah sesuatu yang Universal dan MUTLAK (Absolute). Sedangkan Islam itu adalah sesuatu yang Universal dan MUTLAK (Absolute). Kerana yang HAQ itu juga adalah sesuatu yang Universal dan MUTLAK (Absolute)).

Saidina Ali r.a. berkata : Jika semua ketetapan agama dapat diakal-akali, nescaya menyapu bahagian bawah sepatu (khouf) - (sebagai pengganti membasuh kaki dalam wudhu')  adalah lebih sesuai daripada menyapu di atas khouf.

Maksudnya : umat Islam dibenakan menyapu bahagian atas sepatu sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwudhu'. Satu hari untuk muqim dan tiga hari untuk musafir. Bahagian yang biasanya terdedah dengan kotoran adalah bahagian bawah sepatu, tetapi agama menyuruh supaya kita menyapu bahagian atasnya. Dari satu sudut ketetapan agama itu macam tidak logik, tidak rasional , tetapi inilah agama. Tidak semua boleh diakal-akalkan.

(3. Ketetapan Agama adalah apa yang telah ditetapkan oleh agama, tetapi diamalkan setelah kita mengimani yang HAQ. Di sinilah yang dikatakan Ta'abbudi. Setelah kita mengimani yang HAQ, WAJIB kita menerima dan mengamalkan apa yang ditetapkan oleh yang HAQ tanpa banyak bicara. Kenapa kita perlu untuk mengakal-akali lagi? Hanya orang yang belum mengimani yang HAQ sahaja yang akan mengakal-akali ketetapan agama. Tetapi, adakah yang dimaksudkan dengan "diakal-akali" dalam kata-kata Saidina Ali r.a itu bermaksud menggunakan 'Aqal ATAU mungkin lebih tepat kalau dikatakan mencari alasan atas sesuatu ketetapan? - renungkanlah..)


Sekali lagi ingin ditegaskan : Akal sangat tinggi nilainya bagi manusia sebab ia pembeza antara manusia dengan binatang. Akal sangat berperanan untuk membezakan antara yang haq dan batil antara betul dan salah.
(4. Setuju dan benar)


Namun demikian, penggunaan akal mestilah sesudah nas Al-Quran dan Hadis yang sahih. Dengan kata lain : Akal tidak boleh berdiri sendiri tanpa dirujuk kepada Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya.

(5. Apa yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith itu hanyalah merupakan kumpulan berita-berita (syari'at) dari yang HAQ. Maka, berita-berita ini hanya digunapakai setelah yang HAQ itu sendiri telah diketahui dan di imani terlebih dahulu. Sebelum yang HAQ itu diterima dan di imani, mana mungkin seseorang itu menerima apa yang di syari'atkan oleh yang HAQ tersebut?

Bukan kah permulaan da'wah Rasulullah di Makkah, baginda mengajarkan beriman kepada yang HAQ terlebih dahulu sebelum Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat yang berkaitan dengan syari'at? Apakah sandaran manusia ketika itu untuk menerima yang HAQ? Di mana Al-Qur'an untuk mereka jadikan panduan kepada 'Aqal? Jawapannya TIADA! Maka 'Aqal sahajalah ketika itu yang berperanan.

Contohnya:
Bagaimana orang yang tidak beragama dengan Agama Islam dan tidak beramal dengan Syari'at Islam? Apakah keupayaan dia untuk mencari, menilai, mengakui dan menerima kebenaran dan yang HAQ? Mustahil dia menggunakan 'AQAL dengan merujuk kepada Al-Qur'an dan Al-Hadith kerana dia tidak mempercayainya. Apatah lagi kalau pegangannya ketika itu bertentangan dengan Al-Qur'an dan Al-Hadith. Jadi, hanya satu titik pertemuan di dalam dua pertentangan ini iaitu lah 'AQAL saja tanpa melibatkan mana-mana Syari'at. Di sinilah peranan 'AQAL untuk pembuktian tentang yang HAQ (UNIVERSAL dan ABSOLUTE/MUTLAK). Maka dia akan mendapati bahawa Islam sahaja yang dapat memberikan jawapan tentang sesuatu yang HAQ (UNIVERSAL dan ABSOLUTE/MUTLAK). Harus diingat! Sesuatu yang UNIVERSAL dan ABSOLUTE/MUTLAK itu bukan lah hasil dari sesuatu yang disepakati ramai atau majoriti manusia TETAPI sesuatu yang tidak dinafikan oleh semua manusia.
 
Bukan kah mulianya manusia ini bukan sahaja berbanding binatang malah dengan semua makhluk Allah adalah disebabkan 'Aqal? Kemurnian 'Aqal itulah yang telah mengangkat darjat manusia sehinggakan Khalifah itu dipilih dari kalangan manusia bukannya dari kalangan makhluk yang lain? Kemurnian 'Aqal jugalah yang membezakan manusia yang beriman dan yang tidak beriman. Jadi, kemurnian 'Aqal itu tidak seharusnya diperkecilkan dan dibatasi. Adakah kerana kita sendiri telah membatasi keupayaan 'Aqal itu (yang kita sendiri pun tidak tahu sama ada ianya terbatas atau tidak) maka kita menyimpulkan bahawa seseorang itu tidak boleh bergantung kepada 'Aqal semata-mata untuk mencari yang HAQ dengan alasan 'AQAL itu makhluk dan makhluk itu terbatas? WAJARKAH BEGITU? Untungnya kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan diajar bahawa Agama Islam itu adalah Agama yang HAQ dan yang lain itu salah. Ya, betul ianya begitu. Tapi sayang kita tak punyai keupayaan untuk membuktikannya. Kerana apa? Kerana kita sendiri yang membatasi keupayaan 'Aqal sebagai alat untuk kita mencari bukti kebenaran...

Pada saat seluruh diri manusia itu tidak mampu melepaskan dirinya dari nafsu syahwat, ketahuilah bahawa HANYA 'AQAL SAHAJA YANG DAPAT MEMISAHKAN DIRINYA DARI NAFSU TERSEBUT! Kemurnian 'AQAL ini lah sebenarnya menjadi alat penghubung antara manusia dan yang HAQ, justeru itu manusia mampu mencari bukti. Harus di ingat! terdapat perbezaan besar antara MENJADI PENGHUBUNG DGN YG HAQ dan MENGETAHUI SEGALA YG HAQ!)


Contoh mudah dalam hal ini ialah dakwaan Golongan Islam Liberal : Semua agama adalah sama kerana semua agama mengajak umatnya agar berbuat baik.
 
Dari mana hujah Islam Liberal dengan dakwaan itu ? Jawabnya : Hujah mereka adalah akal semata-mata. Inilah kesan jika akal digunakan secara bebas tanpa merujuk Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Padahal semua kita tahu bahawa di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. bahawa satu-satunya agama yang Allah terima dan redha hanya agama Islam.

(6. Betulkah dalam kenyataan di atas, golongan ini dilihat sebagai menggunakan 'Aqal semata-mata? Saya lebih suka menyatakan mereka menggunakan hujjah 'Aqal yang menurut hawa nafsu ('Aqal yang diperalatkan nafsu) untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu atau tujuan-tujuan peribadi. Khususnya bagi tujuan menyerang Islam dengan meremehkannya. Bukanlah  tujuan mereka untuk mencari kebenaran. Justeru, ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa kenyataan di atas adalah hasil dari menggunakan 'Aqal semata-mata.

Golongan ini sengaja mengambil jalan yang sangat nipis atas claim orang-orang Islam bahawa Islam itu benar kerena ia mengajar umatnya berbuat baik. Sedangkan kenyataan mereka dan hakikatnya mereka juga benar bahawa agama lain juga mengajar umatnya berbuat baik. Jika semua agama mengajar umatnya berbuat baik, apa justifikasi bahawa Islam sahaja yang benar? Kalau semua agama mengajar berbuat baik maka semua agama itu benar. itu kesimpulan mereka.

Tapi golongan ini lupa, adakah semua yang benar itu MUTLAK (ABSOLUTE)?
Contoh:
Bagi orang biasa GULA itu adalah MANIS dan kenyataan itu benar bagi orang biasa tersebut. Tetapi, bagi orang yang sakit pula GULA itu mungkin saja adalah PAHIT.  Dan ia juga benar bagi orang yang sakit tersebut. Jadi kedua-dua nya adalah benar.
Adakah kerana kedua-dua kenyataan itu benar maka kita katakan GULA itu MANIS dan PAHIT? Tidak Mungkin! MANIS dan PAHIT tidak mungkin bertemu dalam satu kondisi. Tidak ada sesiapa yang akan menolak kenyataan ini.  Yang pasti hanya salah satu dari nya sahaja yang betul-betul atau pasti benar. Dan itu lah yang dikatakan MUTLAK (ABSOLUTE).
Kesimpulan:
Tidak semua yang benar itu adalah MUTLAK, dan yang MUTLAK itu pula sudah PASTI BENAR. Dan, yang MUTLAK itulah yang HAQ. Jadi apakah upaya kita untuk menentukan yang HAQ, kalau bukan 'AQAL kita sendiri? )
 
Hati-Hati dan Waspada !!! Salah satu ancaman besar aqidah umat hari ini datangnya dari Pengaruh Islam yang terlalu mengagungkan akal sehingga sanggup memperlekeh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Semoga para pembaca dapat memahami pendirian ustaz dalam hal ini.

(7. Kemungkinan wujud kelompok dan pengaruh dari kalangan orang-orang Islam yang mengagungkan 'AQAL sehingga meremehkan Al-Qur'an dan Al-Hadith. Kelompok ini pasti merupakan ancaman kepada Islam. Tetapi dari apa yang cuba saya terangkan di atas ialah meletakkan 'AQAL itu di tempat yang sepatutnya bukan meremehkannya dengan membatasi keupayaannya. Kerana 'AQAL yang diletakkan pada tempatnya yang betul akan selari dengan apa yang datang dari ALLAH dan RASULNya sebab 'AQAL itu adalah asas kemurnian manusia.

Bukankah antara tugas RASULULLAH itu ialah mengejutkan atau membangunkan 'AQAL yang telah tidur? Jadi di mana silapnya 'AQAL itu sehingga kita harus berwaspada? Tapi sayang, terlalu ramai umat Islam sekarang ini yang 'AQALnya masih lagi "TIDUR" (saya juga termasuk agaknya-minta Allah jauhkan). Kita menelan saja apa yang disajikan kepada kita tanpa berfikir seperti berkaitan dengan ceritas KHANNAS itu. Justeru itu jangan ingat kita bebas membuahkan 'AQAL kita secara sendiri-sendiri, kerana belum tentu buah dari 'AQAL kita itu benar apatah lagi untuk menganggap ianya sesuatu yang MUTLAK (ABSOLUTE), jauh sekali ! Kerana mungkin saja 'AQAL kita masih dalam keadaan "TIDUR". Harus belajar kaedahnya dahulu supaya betul arah tujunya!
Tetapi kita juga TIDAK BOLEH MENAFIKAN kemurnian dan keupayaan 'AQAL itu yang tidak terbatas.

Semoga apa yang saya ingin kongsikan di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya saya beroleh pahala dari tulisan saya ini, saya hadiahkan kepada Muhammad wa aali Muhammad dan seluruh orang muslim dan mukmin baik yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Sekiranya terdapat kesilapan, harap dapat dibetulkan dan saya mohon maaf terlebih dahulu atas kesilapan saya itu. Saya manusia yang lemah dan masih mencari.

Wallahu 'alam bis sawaab.


Syeikh Al-Hasani Ali Muhammadi @
Syeikh Abal-Hasan Ibnu Hasan







Windows Live Hotmail now works up to 70% faster. Sign up today.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages