JEMPUTAN KEPROGRAM GOTONG ROYONG MENJELANG RAMADHAN AL-MUBARAK

72 views
Skip to first unread message

Mahmud Buntat

unread,
Jul 5, 2012, 11:06:04 AM7/5/12
to kgmalay...@googlegroups.com, Kamarudin Sakhari, Sazali Salim, Hj Norazman Siron, Hj Borhanudin Sairi, Mohd Zainuddin Hj Amran

Salam sejahtera,
PROGRAM GOTONG ROYONG MENJELANG RAMADHAN AL-MUBARAK TAHUN 2012/1433(H)

Anjuran Bersama:
PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK & SURAU NAHDATUD-DINIAH
SERTA
SEMUA NGO DI KAMPUNG  MALAYSIA TAMBAHAN
 
Dengan sokongan
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
 
TARIKH : HARI AHAD, 8HB. JULAI 2012
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
 
ATURCARA
8.00 pagi - 8.30 pagi : Bacaan Doa & Pembahagian Tugas
Tempat : Khemah Surau Nahdatud-Diniah Kg. Malaysia Tambahan.
 
8.30 pagi -12.00 tgh. :  Aktiviti membersihkan kawasan:-
1.  Surau Nahdatud-Diniah  Kg. Malaysia Tambahan.
2.  Padang Permainan Jalan 9/141 dan Taman Rekreasi Jalan23/141.
3.  Kawasan jalan, parit  dan longkang serta kawasan perumahan Kg. Malaysia Tambahan.
 
12.30 tgh. - 1.00 petang : Jamuan ringan 
Tempat : Khemah Surau Nahdatud-Diniah Kg. Malaysia Tambahan.
 
TANGGUNGJAWAB PENDUDUK & PENYEWA
Sabtu,  7hb. Julai 2012 : Membersihkan kawasam rumah masing-masing dengan melonggokkan  sampah sarap yang terkumpul di tepi jalan rumah.

Ahad,  8hb.  Julai 2012
: Semua penduduk dan penyewa dijemput keluar beramai-ramai dan bergotong royong membersihkan kawasan jalan, parit dan juga longkang di hadapan rumah mereka. Sampah sarap hendaklah dilonggokkan dengan baik bagi memudahkan pihak DBKL mengangkutnya.
         
PUNGUTAN SAMPAH
Pihak DBKL akan mengangkut semua sampah sarap pada hari berikutnya, Isnin  9hb.  Julai  2012 atau Selasa 10hb. Julai 2012. 
 
PERALATAN GOTONG ROYONG
Penduduk dan penyewa diminta berkerjasama menggunakan peralatan   sendiri kerana peralatan yang dibekalkan oleh DBKL sangat terhad.
 
SUMBANGAN MINUMAN DAN MAKANAN
Tuan/puan yang ingin memberikan apa jua bentuk sumbangan seperti kuih muih atau air mineral untuk diedarkan  kepada para peserta Program Gotong Royong, sila hubungi Urusetia Hj Mahmud Hj Buntat,  HP 019-3893846 atau Hj Abu Zarim Hj Mansor (Pak Uda), HP : 019-3764662.
 
HARAPAN URUSETIA PROGRAM GOTONG ROYONG
 
SEMUA PENDUDUK DAN PENYEWA DIJEMPUT  KELUAR BERAMAI-RAMAI BERAMAL BAKTI BAGI MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN KAMPUNG YANG KITA CINTAI  INI.  SESUNGGUHNYA KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KEAMANAN KAMPUNG INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PENDUDUK DAN PENYEWA.
 
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI AMAL BAKTI DAN SUMBANGAN  YANG TELAH TUAN/PUAN BERIKAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG KALI INI,  INSYA’ALLAH
 
Salam Mesra dari,
Hj Mahmud Hj Buntat
HP: 019-3893846


Mohd Zainuddin Hj. Amran

unread,
Jul 5, 2012, 11:24:20 PM7/5/12
to google Groups, KMT Kol Kamarudin, Sazali Salim, KRT KMT Azman, Bob KMT 2
Terima Kasih diatas jemputan..
Selamat Berpuasa daripada kami di Kg Malaysia Raya


MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Pengerusi Persatuan Penduduk &
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga 
Pengerusi Gerakan Daya Wawasan
Pengerusi Komuniti BESTARI
Merangkap 
Ketua PDM Desa Petaling &
Ketua UMNO Cawangan 
Kg. Malaysia Raya 

Pengerusi Panel Klinik Sg Besi
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Cheras
Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Cheras
Tim. Presiden Alumni Yayasan Pusat Belia Antarabangsa

H/P: 6-019-2764133  Fax: 6-03-90565226 
FB: Mohd Zainuddin Hj Amran



Date: Thu, 5 Jul 2012 08:06:04 -0700
From: mahmud...@yahoo.com
Subject: [kgmalaysiaraya] JEMPUTAN KEPROGRAM GOTONG ROYONG MENJELANG RAMADHAN AL-MUBARAK
To: kgmalay...@googlegroups.com
CC: hjk...@gmail.com; salim...@yahoo.com; NOR...@proton.com; bobs...@gmail.com; mz...@hotmail.com
--
Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" .
Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com
 
keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di
http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya?
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages