|
SAMBUNGAN DARI CARA-CARA MEMIKAT SUAMI...-Lelaki sukakan wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu ye ke? Perempuan paling senang berterus terang sambil berleter..mm, setuju...? Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. - muahahaha....apa lah dah jadi dengan taktik ni...saya tak setuju!!! • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka - bagi saya dengan suami tak payah lah jual mahal, buat rugi jek • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. - masuk kandang kucing mengiau tau... • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. - ini harus dipelajari. Berdikari supaya kita nanti tidak terkapai2 bila tiba2 kita keseorangan. Mana la tau suami kene gi kursus luar negara sampai setahun ke? • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. - Ya, orang lelaki suka sembang yang berisi. Dunia mereka sukan, politik dan lain-lain.Gosip? Gosip politik boleh lah layan...gosip artis, buang karan.(dalam kepala mereka banyak lagi yag perlu mereka fikirkan) • Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali - manakan boleh ku bezakan? Dialah satu2nya lelaki yang kukenali... • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang - sudah itu tugasnya isteri... • lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang • yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki - tak setuju nihs!! • Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal - kat dalam umah je kan? Kat luar standard aaa... • Mengetahui bila hari lahirnya - ini tengok orang, • Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya • bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan • Agresif • Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama - yang ni saya setujulah juga. Sekalipun adik2 yang membaca ini, ada baiknya ada rasa rimas bila bercakap dengan lelaki yang tak sepatutnya. (my hubby langsung x suka ) • Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan - :D Saya nak ketawa baca notes yg ni. Sbb my konsep is 'belasah aje'. tapi ada had nya la..suami tetap suami. • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna - sebab lelaki perlu memahami yang kita dan dia memang tidak sempurna. Itulah kenapa kita hidup saling melengkapi • Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita. - wujudke orang yang rasa diri terlampau jelita? • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. - jimat cermat amalan yang mulia, jangan ikut nafsu melulu • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. • KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS (bukan gadis, dari seorang isteri) • Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. -adui2 penin dah... • lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu. - ha ha...nk komen apa nih... • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. • Jangan bersikap terlalu kuno • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin kerana sikap kamu yang terlalu mengambil berat akan membuat sidia bosan-???????(my hubby tidak minat) • Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan - santun • lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. • Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu! Huhu...makin dibaca, makin penin den. Kenapa ek mcm penin? Maklumla ada banyak skill yang tiba2 terasa perlu di betulkan. Tiada siapa yang sempurna...cuma belajarlah dari kesilapan agar hidupmu terus dibawah Cahaya Illahi..... ![]() |