SETRIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH

0 views
Skip to first unread message

sharimah isah

unread,
Jan 5, 2009, 6:18:20 PM1/5/09
to KGMALAYSIA kAMARA, puteri sofea ayu, ocha gemoxx

SETIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH
 

Allah telah berfirman di dalam Al Quran, surah al
Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

;Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu
yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang
sebelum kamu agar kamu bertakwa.;

Seruan ini Allah tujukan kepada semua manusia tidak
kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang
durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap
manusia adalah dikehendaki oleh Allah supaya
menyembahNya. Ada pun menyembah Allah itu bererti
mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada Allah
swt.

Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah
secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek
kehidupan manusia itu. Ini berdasarkan firman Allah
swt dalam surah AzZuriat ayat 56 yang bermaksud:

 ;Tidak Aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepada Aku.;

Dalam ertikata yang lain, setiap jin dan manusia ini
adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada Allah.
Ertinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti
merupakan ibadahnya atau pengabdiaan dirinya atau amal
baktinya kepada Allah swt. Tidak kiralah samada
usahanya itu berupa usahanya dalam mencari rezeki,
dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur
pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya,
dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi,
berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam
apa saja baik dalam tidur atau makan minum kita
seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada
Allah.

Ini jelas Allah gambarkan dalam sepotong firmannya
yang lain dalam surah Ali Imran ayat 191 yang
bermaksud:

;Orang yang mengingati Allah sambil berdiri
dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya
berkata, ;Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia belaka;

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya
sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan
amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita
mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha
dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada
Allah swt.

Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, dan
kedua ialah ibadah furu; (cabang) yakni
amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk
di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan
kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni
tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya.
Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu; ialah yang
berkaitan dengan fardhailull ;amal (amalan
utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha,
sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang
tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup
kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita
mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung
halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan,
ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar
negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana
yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni
kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai
mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka
rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat,
haji, zikir, wirid (fadhailull amal) tapi tidak
pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih
banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi
ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap
kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak
kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai
ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian
diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

Niat mesti betul
Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
Perlaksanaan mesti betul.
Natijah mesti betul
Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Supaya lebih difahami saya akan buat satu tamsilan
atau ibarat bagaimana sesuatu kerja itu boleh jadi
ibadah. Kalau faham tamsil ini maka ribuan kerja lain
boleh dikiaskan supaya jadi ibadah. Untuk tamsil ini
saya pilih bidang perniagaan sesuai dengan selera
masyarakat kita yang sedang sibuk berjuang untuk
meninggikan taraf ekonomi melalui bidang ini.

Perniagaan itu luas. Jadi saya bincang tentang
berniaga kedai runcit, bagaimana perniagaan itu boleh
jadi  ibadah:

Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata
begini, ;Di tempat ini ramai umat Islam, tapi
satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardhu kifayah.
Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini
menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai
runcit.; Itu adalah niat yang betul, yang tidak
betul hatinya berkata, ;Aku nak berniaga supaya
untung, bila untung aku nak ek,; Mana boleh niat
nak sombong. Itu niat tak betul.

Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam,
seperti gula, garam, asam, kicap dan
keperluan-keperluan lain. Barang-barang yang tidak
boleh jual ialah todi, ;anchor beer;,
;tiger beer;, dadah, tiket loteri, rokok
dan lain-lain.

Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah
dijalankan mengikut syariat. Timbangan mesti betul,
sukatannya pun betul, tidak ada penipuan dan tidak ada
unsur-unsur riba.

Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah
disalurkan kepada kehendak syariat. Bila mendapat
untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir
miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad
fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul
ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja
judi, ke tempat-tempat disco, kelab-kelab malam, ke
tempat pelesiran dan lain-lain lagi.

Berniaga jangan sampai tidak sembahyang.
Mentang-mentang hendak menegakkan fardhu kifayah,
fardhu ain tak payah. Mana boleh fardhu ain tak payah,
ia lebih utama daripada fardhu kifayah. Ertinya fardhu
ain lebih utama dari fardhu kifayah. Orang yang
berniaga tapi tak sembahyang, tidak akan dapat pahala
apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang
yang tak sembahyang tidak diterima sebagai ibadah di
sisi Allah. Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut
syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu
dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan
diri ke pada Allah swt.

Kalau sepuluh jam dia berniaga maka sepuluh jam
pulalah dia dalam beribadah, yakni sepuluh jam dia
diberi pahala. Kalaulah ada dalam masa yang sama
seorang lain beriktikaf di masjid, sembahyang sunat,
baca Quran, zikir, wirid, maka di sisi Allah sipeniaga
itu adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf
kerana orang berniaga tidak boleh menyesal atau rasa
bersalah, sebab dia berkedai tidak dapat beriktikaf.
Sebab orang yang di dalam masjid dia beramal untuk
dirinya sedangkan orang yang berkedai itu berkhidmat
untuk orang lain.

Islam memandang mulia kepada orang yang berbuat amal
untuk masyarakat. Sabda baginda yang bermaksud:

;Sebaik-baik manusia ialah manusia yang
banyak manfaatnya pada manusia.;

Daripada contoh usaha ikhtiar yang menempuh 5 syarat
ini, maka bolehlah kita kiaskan  dengan lain-lain
usaha ikhtiar kita, seperti menyusun rumahtangga,
berpendidikan, berpolitik, berjuang dan berjihad dan
lain-lainnya. Di situ nanti kita akan dapat menilai
yang mana kalau seluruhnya tidak menempuh 5 syarat, ia
tidak jadi ibadah. RENUN G-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL...


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages