Koperasi Kampung Malaysia Kuala Lumpur Berhad Dipersada Nasional

33 views
Skip to first unread message

Mahmud Buntat

unread,
May 24, 2011, 2:42:01 PM5/24/11
to kgmalay...@googlegroups.com, Hj Borhanudin Sairi, Mohd Zainuddin Hj Amran, Khalil Psitu

Salam sejahtera


Kuala Lumpur, Isnin 23 Mei 2011.

 

Hari ini Koperasi Kampung Malaysia Kuala Lumpur Berhad (Koperasi Kg. Malaysia)  menempah sejarah apabila Koperasi kita dapat diperkenalkan kepada YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Selepas merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011, YB. Menteri mengambil kesempatan melawat booth jualan dan  telah singgah di booth no. 52 dan seterusnya diperkenalkan kepada Ketua Biro Pemasaran Produk Koperasi Kg. Malaysia,  Hj. Mahmud bin Hj Buntat. YB. Menteri turut mengucapkan thaniah kepada Koperasi Kg. Malaysia atas daya usaha melibatkan diri dalam Karnival Koperasi kali ini bersama-sama Koperasi yang telah berjaya.

 

Di Karnival ini,  Koperasi Kg. Malaysia turut mempromosikan Pena Al-Quran, `Handset‘ Doa Haji & Umrah, kitab agama dan jug CD Al-Quran bagi surah-surah pilihan. Setakat hari ini Koperasi Kg. Malaysia telah berjaya menjual 30 unit Pena Al-Quran dan menjana pendapatan bersih RM1,500-00. Pendapatan ini diharap dapat membantu Koperasi menampung kos pentadbiran yang kian meningkat. Target Biro Pemasaran Produk Koperasi ialah untuk menjual 50 unit Pena Al-Quran.   Anda yang berminat menjadi pengedar sila hubungi Hj Mahmud Hj Buntat ditalian 019-389 3846. Imbuhan yang menarik akan diberikan bagi setiap naskah yang dijual.

 

Dengan melibatkan diri di Karnival Koperasi seperti ini, Koperasi Kg. Malaysia akan lebih terkenal diperingkat nasional dan berpeluang bekerjasama menjana pendapatan dengan  memasarkan produk dari Koperasi-Koperasi lain kepada penduduk setempat.

 

Pihak Koperasi Kg. Malaysia  ingin merakamkan penghargaan kepada En. Khairul bin Haron dari Lot. 114 Jalan 20/141, Kg  Malaysia Tambahan  yang turut serta membantu mengendalikan booth jualan. En. Khairul telah mengambil cuti tahunan untuk belajar teknik pemasaran produk dan pengurusan booth jualan. Sikap suka belajar dan mencari pengalaman baru disamping pekerjaan yang sedia ada patut digalakkan dikalangan belia-belia kita bagi menjana pendapatan samping (MSI - Multi Sources of Income).


Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan ini bermula dari 23 hingga 25 Mei 2011. Disamping aktiviti jualan turut diadakan juga beberapa aktiviti yang melibatkan pengunjung pameran seperti klinik kecantikan,  peraduan mewarna, pakaian beragam dan karaoke terbuka.


Sila rujuk lampiran untuk melihat gambar aktiviti jualan Koperasi Kg. Malaysia di karnival tersebut.


Anda semua dipersilakan hadir.  


Wassalam.

 


Salam 1Malaysia,
Hj Mahmud Hj Buntat
Ketua Biro Pemasaran Produk
Koperasi Kampung Malaysia Kuala Lumpur Berhad
HP: 019-3893846



IMG_4191.JPG
IMG_4195.JPG

Mahmud Buntat

unread,
May 24, 2011, 2:47:02 PM5/24/11
to kgmalay...@googlegroups.com
IMG_4191.JPG
IMG_4195.JPG

Mohd Zainuddin Hj. Amran

unread,
May 24, 2011, 8:46:11 PM5/24/11
to google Groups
Syabas dan Tahniah saya ucapkan..semoga usaha mempromosi Koperasi akan terus dipergiatkan demi kamajuan ekonomi penduduk

Daripada,
MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Tim. Pengerusi 
Koperasi Kg Malaysia KL Bhd.

 
Lo 47 Jalan Pauh Bunga
Kampong Malaysia Raya
57100 Sungai Besi, Kuala Lumpur
H/P: 6-019-2764133  Fax: 6-03-90570767
Email: mz...@hotmail.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/

 

 






Date: Tue, 24 May 2011 11:47:02 -0700
From: mahmud...@yahoo.com
Subject: [kgmalaysiaraya] Koperasi Kampung Malaysia Kuala Lumpur Berhad Dipersada Nasional
To: kgmalay...@googlegroups.com
--
Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" .
Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com
 
keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di
http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya?

Rozita Joned

unread,
May 25, 2011, 12:16:34 AM5/25/11
to kgmalay...@googlegroups.com

Saya telah pun melawat booth koperasi Kg. Malaysia Kuala Lumpur tengahari semalam, kepada Hj. Mahmood tahniah dan syabas!

DISCLAIMER : The information contained in this message may be confidential and privileged to EXIM Bank. This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of EXIM Bank shall be understood as neither given nor endorsed by EXIM Bank or any of the companies associated to EXIM Bank. No assumption of responsibility or liability whatsoever shall be undertaken by EXIM Bank in respect of prohibited and unauthorized use by any other person.

ABDULLAH MUSTAPHA

unread,
May 25, 2011, 9:38:03 AM5/25/11
to kgmalay...@googlegroups.com
Tahniah ,Insyallah pada masa yang akan datang jika ada kelapangan saya akan membantu bersama... Saya ada urusan lain..

Hj Mustapha Abdullah...

2011/5/25 Mahmud Buntat <mahmud...@yahoo.com>

Ahmad Tarmizi Mizi

unread,
Jun 14, 2011, 8:44:20 AM6/14/11
to kgmalay...@googlegroups.com
Perkara wajib ada.
1.komputer
2.internet line
3.printer cetakan report (rm350.00)
4.ruang pejabat untuk kaunter
5.mengusaha perniagaan lain
6.peti besi yang diiktiraf
7.daftar niaga.
8.duit cagaran rm1000.00
9.Printer cetakkan bil (rm2500.00 kalau x silap,beli dengan pos)



Cara permohonan
==============
1.Surat rasmi
-sertakan alamat dan daftar niaga
-jarak antara pejabat pos yang sedia ada (tidak kurang dari 15km)
-bilangan rumah penduduk setempat(tak kurang 1000 buah rumah)
-tandatangan dan cop penghulu(sebagai sokongan permohonan)
2.Permohonan mesti dihantar ke pejabat pos besar negeri yang dipohon.
3.Untuk lebih kepastian pergi ke pejabat pos negeri,tanya lebih detail.

Bayaran elaun yang diterima pengusaha
============================
1.setiap satu kutipan bil dibayar 20sen sahaja.
2.bergantung kepada jumlah kutipan bil
(byk bil byk lah elaun)
3.mengurus surat n penjualan barang2 pos seperti setem or wang pos dan
sebagainya. (elaun biasanya sekitar rm150 sahaja)

'''oleh kerana keuntungan yang tidak banyak maka pihak Pos Malaysia menwajibkan pengusaha pos mini menjalankan perniagaan lain,tidak tertumpu kepada pos sahaja'''permohonan tidak akan diluluskan sekiranya tiada bisnis lain.


Ahmad Tarmizi Mizi

unread,
Jun 15, 2011, 2:12:13 AM6/15/11
to kgmalay...@googlegroups.com
harap maaf email ini di tujukan kepada hj mahmud buntat segala kesulitan amat di kesali tq

--- On Tue, 14/6/11, Ahmad Tarmizi Mizi <ama...@yahoo.com> wrote:
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages