POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU

0 views
Skip to first unread message

sharimah isah

unread,
Dec 26, 2008, 12:35:15 AM12/26/08
to KGMALAYSIA kAMARA, ocha gemoxx, puteri sofea ayu

                              POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU....... 

 

 

Sayang suami ialah perasaan (rasa) yang relatif dan
datang secara fitrah; bila seorang itu berkahwin maka
sayanglah ia pada suaminya, walau siapa pun lelaki
itu. Misalnya, seorang perempuan yang pernah bersuami,
kemudian berpisah hidup (bercerai) atau mati, kemudian
dia kahwin lagi, maka kasihlah ia akan suami barunya.
(tidak dinafikan ingatan pada yang lama tetap ada).
Kalau suaminya bernama A maka A-lah yang dikasihinya.
Tapi taqdirnya suami bernama B, maka B-lah yang
dicintainya. Cinta suami bukan kerana individu suami, tetapi kerana
nafsunya memang suka pada suami. Ini berbeza dengan
kasih dua ibu bapa pada anak-anak. Sekiranya ditukar
emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, nescaya
hatinya tetap pada ibunya yang berada di kampung.
Itulah kasih murni atau cinta fitrah namanya,
sedangkan kasih akan suami adalah cinta nafsu.

Manusia tidak pernah merajuk kalau ibunya beranak
lagi; ertinya seseorang itu tidak bimbang kalau kasih
ibunya berbelah bagi antara adik-beradiknya. Malah
kalau dia kakak, dia akan turut berbangga dengan
kelahiran adiknya, walaupun dia tahu mulai saat itu
kasih ibunya bukan lagi untuknya seorang. begitulah
kasih yang murni atau kasih semulajadi yang tidak
dikaitkan dengan apa-apa kepentingan. Ia membuatkan
seseorang itu rela memberi kebahagiaan kepada orang
yang dikasihinya. tapi rasa cinta yang didorong oleh
nafsu adalah cinta yang tidak suci kerana ada
kepentingan diri. Ia bersalut dengan cemburu dan hasad
dengki yang datang silih berganti. Dia ingin bolot
cinta untuknya sendiri.

Cinta yang semacam itulah kadang-kadangnya
menghancurkan kebahagiaan suami isteri. Khususnya bila
suami berkahwin lagi. Isteri sanggup melakukan apa
saja demi melepaskan rasa marah, benci dan dendam pada
suaminya, walhal itu semua katanya kerana cinta pada
suami. Mengapa seorang isteri tidak berusaha membuktikan
kasihnya pada suami dengan membenarkannya berkahwin
lagi? kalau dirasakan itu sudah menjadi keperluan
kepada suaminya. Bukankah cinta yang besar perlu
dibuktikan dengan pengorbanan yang besar pula.

Selagi seorang isteri tidak mencintai suaminya dengan
cinta fitrah (bukan cinta nafsu) selama itulah dia
tidak akan membenarkan suaminya berkahwin lagi. Cinta
fitrah inilah yang bersemi dalam hati isteri-isteri
nabi. Dan ia sentiasa mengatasi cinta nafsu di dalam
diri wanita-wanita solehah. Kiranya seorang isteri terus-menerus gagal untuk memberikan cinta fitrah (suci) pada suaminya, nescaya
masalah rumahtangga mereka tidak akan selesai. Kerana
cinta nafsu yang dikekalkan itu tidak akan mendorong
seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan
kehendak suaminya, kecuali pada perkara yang sesuai
dengan nafsunya. Nafsu sifatnya ialah mementingkan
diri sendiri. Sedangkan dalam Islam, orang yang paling
baik ialah yang dapat memberi kebaikan kepada orang
lain, sabda Rasulullah saw:sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat
membuat kebaikan terhadap manusia lain.;

Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. hati
orang yang bertaqwa hanya untuk Allah dan Rasul-Nya,
yang melihat Akhirat lebih utama daripada dunia. maka
dikorbankanlah dunia untuk Akhirat. Dia rela berkorban
demi kehendak Allah dan kehendak suami. Redha dengan
taqdir dan menanti Syurga yang dijanjikan dengan penuh
rindu. Seorang isteri yang menghalang suami berkahwin, walhal
suaminya perlu berbuat begitu, adalah isteri yang
mementingkan diri kerana terlalu melayan cinta nafsu.
Sebab bila suami sudah ada hati untuk berkahwin lagi,
bermakna suaminya sudah ada keinginan pada perempuan
lain selain isterinya. Kiranya keinginan itu tidak
tertunai, dihalang oleh isteri, suami itu akan mula
liar dan tawar hati dengan isterinya. Dirasakan
isterinya tidak faham jiwanya, tidak membantu
menyelesaikan masalahnya.

Bila hal ini berlaku, hubungan suami isteri mulai
cacat sedikit demi sedikit. Kiranya isteri memahami
malah mendorong hasratnya, maka cintanya akan
bertambah. Suami akan rasa berterima kasih kepada
isterinya. kepercayaan, kasih sayang dan rasa
terhutang budi akan melimpah ruah pada isterinya.
tenteramlah hatinya, dan sekurang-kurangnya dia
berjanji pada dirinya, ;Aku tidak akan
sia-siakan pengorbanan isteriku ini.;

Apa dibimbangkan kasih yang akan berbelah bagi, dan
malam yang terpaksa digilirkan? Sebab kalau tanpa
poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita
seratus peratus. Dan tidak ada jaminan yang setiap
malam adalah malam pengantin antara kita
dengannya.

Takut kekurangan harta atau ekonomi rumahtangga
terjejas? Atau risau diri tidak dipedulikan? Apa
jaminan bahawa tanpa poligami kita kaya, dan akan
selalu dimanjakan? Berapa ramai orang yang tidak
berpoligami pun kucar-kacir rumahtangganya, selalu
berpisah, papa dan terbiar. malah secara kasar,
menurut laporan kadi, kebanyakan kes cerai adalah di
antara suami isteri yang monogami.

Ada yang berkata, ;Aku akan halang dia sedaya
upaya agar dia tidak berkahwin lagi. Biar dia derita
asal aku puas. Tidak apa kalau dia simpan perempuan
daripada kahwin lagi.; Cakap ini bukan cakap
orang mukmin.

Membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah
lebih buruk lagi daripada membenarkan suami berkahwin.
Poligami adalah halal, zina adalah haram. Suami akan
bebas mencari seberapa ramai perempuan untuk dizinai
dan suami akan mencapai kepuasan seks di luar rumah
lebih daripada apa yang diberi oleh isterinya. Dan ini
akan lebih menjejaskan kasih suami pada isterinya.
Cinta nafsu suami habis terlepas di luar.

Suami yang berzina tidak fikir giliran lagi dan dia
bebas untuk balik ke rumah atau tidak balik langsung.
Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasa
tanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkan
kedua-dua isterinya itu.

Suami yang menikahi isteri-isteri secara halal adalah
lelaki yang bertanggungjawab dan diterima di sisi
masyarakat. Sebaliknya suami yang rela berzina untuk
keseronokan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci,
tiada rasa tanggungjawab, serta tertolak di sisi
masyarakat.

Bernikah mencetuskan rasa kekeluargaan antara
pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan berzina,
merenggangkan seseorang dengan keluarganya. anak-anak
akan malu dan kesal kerana ayahnya penzina. tapi kalau
ayahnya berkahwin lagi, dengan diredhai oleh ibunya,
anak akan bangga dan terasa mempunyai ibu yang baru
bersama datuk dan nenek yang baru.

Dengan poligami orang tidak kata lelaki itu jahat.
Isteri yang merelakan suami berkahwin satu lagi akan
disanjung denga kata-kata, ;Hebat awak ni!
Kerana mampu berkorban untuk suami hingga begitu
sekali.; Lelaki yang bertanggungjawab terhadap
isteri yang ramai tentu lebih mulia daripada lelaki
yang cuma bertanggungjawab terhadap seorang isteri.

Antara kesusahan berpoligami dan kesusahan bersuami
penzina, kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang
lebih ringan untuk ditanggung oleh para isteri?

Poligami dalam masyarakat hari ini menjadi begitu
buruk kerana ia tidak diamalkan mengikut Sunnah
Rasulullah saw. Suami bersalah, dan isteri
lagi-lagilah bersalah. Walhal kalau ia dilaksanakan
mengikut kaedah syariat yang betul, kebaikannya dan
keindahannya akan lebih terserlah....WALLAHUALAM..RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL.


Khairul Amin

unread,
Dec 26, 2008, 12:47:53 AM12/26/08
to kgmalay...@googlegroups.com
Salam,
 
INSYAALLAH, jika diizinkan Allah saya bakal punya banyak isteri di SYURGA dan yang indahnya ISTERI saya di dunia ini ketika itu langsung tak cemburu, tak marah malah suka pulak jika suaminya ramai ISTERI dari kalangan bidadari. Logiknya lagi banya Isteri tu tandanya lagi alim orangnya. kalau satu aje bidadari tu ........
 
Namun yang saya kuatirkan - takut itu hanya anganan sahaja, kalau masuk neraka (moga dijauhkan Allah) agaknya nikah ajelah dengan api dak siksaaan.
 
Persoalannya - sebenarnya dimana kita nanti - syurga atau neraka. Ini sepatunya menjadi masalah kita paling besar untuk kita sendiri selesaikan. Jangan terlalu nampak syurga dan neraka Orang lain - pastikan kita tu syurga atau neraka --- ini lebih baik.
 
RENUNG RENUNGKAN LAH TERUTANA UNTUK DIRI SAYA SENDIRI.
 
 
Khairul Amin 

2008/12/26 sharimah isah <shari...@yahoo.com>

sharimah isah

unread,
Dec 26, 2008, 10:56:33 PM12/26/08
to kgmalay...@googlegroups.com
salam...buat semua suami2...jgn terlalu seronok nak kawin lg...buat persediaan dulu zahir dan batin ..yang lain serah semuanya pada kerja Illahi...kita merancang tapi Allah yang tentukan, kita berlaku adillah pada isteri @ isteri2 kita...walau pun tidak sepenuhnya, bkn senang nak berlaku adil pada semua isteri2 tau ...kita pun kadang2 terlepas pandang,dengan diri sendiri pun tidak pernah berlaku adil,kerana terlalu memikirkan org lain diri sendiri tidak buat persedian untuk kita mengadap Tuhan..kita sibuk dengan kumpul isteri2,kumpul harta,kumpul saham,sebenarnya kita masuk kubur nanti bukan nya bawa itu semua,semua tu kita tinggalkan untuk anak2 dan isteri2 kita,kalu mereka pandai menguruskannya Alhamdulillah,tenang dan selamatlah suami dialam barzah..kalu tinggal pada perosak agama,bangsa dan negara,hancus lah suami dalam kubur nauzubillah..itu dah dianggap zalim pasa diri sendiri...suami pulak jangan asyik dengan isteri muda je..mentang2lah muda,cantik dan masih bergetah..fikirkan lah juga isteri yang tua, pengorbanan mereka melahirkan anak2 kita...dan membesarkan mereka...susah senang telah kita harungi bersama.... kalu dapat isteri muda yang sayangkan kakak nya, lebih beralah dan appreciate dengan pengorbanan besar yang telah kakaknya curahkan padanya...alangkah bahgia hidup ini,terutamanya nya suami kitakan...dapat bersama2 membantu suami,dan suami pulak jgn fikir dah dapat 2 nak 3 dan 4...jangan lah tamak sangat..konon nak bagi isteri payung di syurga.. isteri memendam rasa menahan pedih didada, jangan lah dibiarkan mereka hidup dalam merana dan sengsara.buat isteri2.. banyakkan lah bersabar bukan senang nak buat pengorbanan,nak bagi separuh hidup kita pada orang yang kita tidak kenal,samaada orang tu boleh memberi apa yang kita harapkan..buat para2 isteri. walau dimana pun status kita jangan lah terlalu memikirkan hak masing2..tidak rugi untuk kita beralah,hidup kita ni bukan untuk selamanya..dunia ni terlalu singkat untuk kita perhambakan pada masaalah yang remeh temeh...buat apa terlalu memikirkan sangat,buat hati kita bertambah sakit.....kita serahkan segalanya pada Allah,kita mengadu pada Allah itu lebih baik dari kita terus bercerita dan mengumpat pasal madu dan suami kita pada orang lain,kalu orang tu sahabat sejati ok lah, kalu musuh dalam  selimut...lu fikir lah sendiri...... tidak kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan ribut ditengahari...he he he.alangkah seronok nya madu2 boleh duduk bersama2,susah senang dirasa bersama,dapat meluahkan perasaan masing2,masak kesukaan suami sama2,jalan gi shopping, gi bercuti sama2... anak dia anak kita.... ada ke lagi madu2 yang boleh di buat kawan yek....diakhir zaman ini.....jadi lah yang terbaik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ini.fikirkan lah apa yang boleh kita buat dan patut kita tinggalkan buat insan2 yang kita sayang didunia ini,selagi masih ada kesempatan... wallahualam...tepuk dada tny iman .. jangan tny aiman tau...renung-renung kan selamat berkongsi cerita..


From: Khairul Amin <khairul.a...@gmail.com>
To: kgmalay...@googlegroups.com
Sent: Friday, December 26, 2008 1:47:53 PM
Subject: [kgmalaysiaraya] Re: POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU
2008/12/26 sharimah isah <shari...@yahoo.com>
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" .
Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com

keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di
http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya?
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages