Permohonan Sukarelawan Polis dibuka sekarang!

15 views
Skip to first unread message

Moderator KAMARA

unread,
Oct 16, 2012, 11:32:17 PM10/16/12
to kgmalay...@googlegroups.com
PENGAMBILAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN PDRM:
Syarat-syarat kelayakan
1. Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki /Wanita Rujukan: KPN 140/3.
2. Elaun Penugasan - RM 6.00 Sejam.

3. Syarat Skim Perkhidmatan
3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun 
pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan: 

3.3.1 Lulus SRP/PMR.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3 Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
3.3.4 Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
3.3.5 Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6 Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.
3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

4. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik; 
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

5. CARA MEMOHON
Eksesais pengambilan akan dijalankan secara TEMUDUGA TERBUKA DI SELURUH NEGARA DARI 19 OKTOBER HINGGA 23 OKTOBER 2012 BERMULA JAM 7.15 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

Borang permohonan boleh didapati di setiap IPD berdekatan.

Moderator e-group 
Untuk membalas email: kgmalay...@googlegroups.com
D/A: DEWAN KAMARA, JLN. PAUH PUNGGAH, KG.MALAYSIA RAYA,
SG. BESI 57100 K.LUMPUR
019-2764133, 019- 2718962, 019-2256096, 013-3909003  Tel/Fax: 03-90565226 
Facebook: kampung malaysia raya
 
 
 
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages