MAHATHIR PENYEBAB UTAMA KEKALAHAN BN?

1 view
Skip to first unread message

Nas Isma

unread,
Dec 7, 2008, 2:40:51 PM12/7/08
to kgmalay...@googlegroups.com, SahabatI...@yahoogroups.com, mode...@umno-online.com.my, peng...@utusan.com.my, z...@bharian.com.my, norr...@gabem.org.my, da...@hmetro.com.my, Amaliya, Anita Abdullah, Abdul Latiff, Mohd Shariff Bin, Zack, crcd...@yahoo.com, DATO' Ahmad Puad, dzull, mizi pnm, Nurul Diana, engkuhis...@yahoo.com, lias, Siti Aishah, fo...@utusan.com.my, farhan, Farid Johar, Huski Fitri, Azli AU, Haa., halimhusin, noorisa hakim, yati hukm, yam...@notes.usm.my, Pak.Yem, p...@pmo.gov.my
MAHATHIR PENYEBAB UTAMA KEKALAHAN BN?
Oleh: Naseron Ismail
angah...@yahoo.com

BANDAR TUN RAZAK
: Esok hari raya korban, Eidul Adha dan wargakota seperti biasa telah berarak meninggalkan ibu negara untuk tradisi balik kampong. Ada yang mencacak ke utara, selatan dan ke pantai timor, ada yang terbang tinggi ke Sabah dan Sarawak naik belon. Penulis tahun ini stranded dengan tugasan, persiapan Karnival Sukan Universiti-Universiti ASEAN 2008, tetapi pasti akan balik kampong juga, ke rumah isteri di Kampong Malaysia Tambahan dan kemudian ke Kampong Pulau di mukim Labu, Rasah.

Sempena hari raya ini penulis nak minta maaf kepada semua termasuk pada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebab mutakhir ini terpaksa mengkritik mantan PM itu. Penulis dah lama ingin berterusterang kerana prinsip penulis ialah mencari kebenaran - berani kerana benar, takut kerana salah! Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, persamaan hak dan keadilan untuk semua lapisan masyarakat tidak akan berakhir selagi kebenaran itu tidak terserlah. Berselisih pendapat adalah lumrah, mengkritik bukan bererti membenci, memuji bukan bermakna membodek, apatah lagi menyokong membuta-tuli, berfikir adalah teman setia dan sahabat karib yang abadi... Jadi, bacalah!

Zaid Ibrahim, bekas peguam UMNO yang baru dipecat akhirnya mengakui kesilapan diri beliau. Mana boleh seorang Menteri mengkritik secara terbuka Perdana Menteri merangkap Presiden parti yang telah bermurah hati melantik beliau? Biadap dan kurang ajar namanya tu. Tun Mahathir Mohamad mantan PM yang mengulas penyingkiran Zaid dari UMNO berkata, nampaknya bukan beliau sahaja tersilap memilih orang untuk dijadikan pemimpin. Semua orang maklum beliau merujuk kepada kesilapan memilih Abdullah Ahmad Badawi selaku pengganti sebagai mana Pak Lah melakukan kesilapan yang serupa memilih Zaid selaku Menteri. Jadi manusia memang tidak pernah sempurna sifatnya, bukankah begitu?

Zaid disingkir kerana beliau terlalu celupar, membuat kenyataan yang boleh memudaratkan parti dan kerajaan. Beliau menyebut tentang adanya orang yang lebih 'berkuasa' contohnya Tun Mahathir yang sering membuat kenyataan yang ternyata lebih memudaratkan parti dan kerajaan, malah menyebabkan BN hampir kalah dalam PRU12 lalu tetapi tidak diambil tindakan dengan dipecat. Zaid dipecat tetapi Tun Mahathir memilih untuk mengundur diri dan menjadi pengkritik dan blogger di luar kelambu. Kepada Zaid, perbuatan memecat beliau adalah amalan 'double standard' kerana mengikutnya, ramai lagi ahli UMNO yang mengkritik secara terbuka dan malah saban hari menghina Presiden, mempermain-mainkan UMNO dan menggesa pengundi tidak mengundi BN tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Mantan Menteri Undang-Undang itu tentunya merujuk kepada Tun Mahathir yang pada waktu itu masih menjadi ahli biasa UMNO tetapi menggesa orang ramai tidak mengundi BN pada 5 Mac 2008, iaitu tiga hari sebelum PRU12. Perbuatan Mahathir itu jelas merupakan satu sabotaj dan konspirasi peringkat tertinggi kerana melalui kenyataan beliau tersebut UMNO dan BN mengalamai kekalahan besar, gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen dan terlepas Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR). PR menang bukan kerana faktor Anwar Ibrahim seorang tetapi kerana UMNO berbalah sesama sendiri dan telah dikhianati pula oleh mantan Presiden parti.

Berbeza dengan senario PRU11, Mahathir menuduh; "Negara akan kekal berkeadaan penuh dengan rasuah dan nepotisme jika pengundi masih memilih orang lama (UMNO dan BN)." Kata-kata kesat dan tohmahan itu jelas memberi impak negatif dan boleh diertikan sebagai satu gesaan untuk tidak memilih calon BN dan ini adalah satu perbuatan tidak bermarwah dan sabotaj secara langsung kepada parti. Abdullah sendiri pada Taklimat Post-Pilihanraya anjuran Bahagian Penerangan UMNO yang turut dihadiri penulis mengakui betapa BN dan UMNO telah disabotaj oleh ahlinya sendiri. Nampaknya strategi Mahathir untuk menyuruh Abdullah turun lebih awal telah berhasil dan Anwar akhirnya berjaya kembali ke Parlimen selepas menang mudah di Permatang Pauh dan kini bercita-cita untuk menawan Putrajaya pula...

Cogankata UMNO - "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" telah sengaja dipermain-mainkan oleh politikus yang hati dan jiwa mereka bukannya UMNO yang asal atau PEKEMBAR tetapi UMNO Baru legasi Mahathir. "Membujur lalu, melintang patah", itulah pegangan segelintir kroni Mahathir yang terlalu ingin kembali berkuasa dengan memperalatkan Tun Mahathir yang berjiwa besar dan egois dengan melagakan mantan PM itu dengan Abdullah Ahmad Badawi yang berjiwa lembut, sederhana dan terlalu berhati-hati. Tidak ramai pemimpin seperti Abdullah yang sanggup melepaskan kedudukan tertinggi dalam kerajaan untuk menyelamatkan negara, parti dan marwah diri. Seperti permainan bolasepak, pengurus dan jurulatih perlu berhenti jika pasukan pimpinan mereka kalah, tetapi BN tak kalah pun - 140 bilangan Ahli Parlimen dari BN berbanding 81 PR dan 1 Bebas adalah satu jumlah yang cukup besar! Kenapa Abdullah dihina dan dimalukan begitu?

Jawapannya ada pada Tun Dr. Mahathir. Mujur Mukhriz tidak turut keluar baris, kalau tidak kempunanlah 'anak bapak' itu nak jadi Menteri kerana sudah pasti Khir Toyo akan berhadapan satu lawan satu dengan Khairy Jamaluddin dan menang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda pada Mac 2009 nanti. Mahathir memang mahukan Mukhriz menyandang jawatan Ketua Pemuda kerana itu merupakan satu langkah permulaan untuk beliau meneruskan legasi Mahathirisme. CEO 'Malaysian Incorporated' dan 'Privatization' itu masih tidak berpuas hati selagi kedudukan beliau serta kroni tidak terpelihara. Bermula dengan isu jambatan bengkok, Tengku Mahalel dan Protonnya serta landasan berkembar YTL, dendam Tun Mahathir terus membara!

Justeru anak dan suku-sakat harus segera diletakkan ke persada kuasa, barulah aman dunia!?


 

Mahathir berkata,

 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages