Pendayung Sampan (Cerita Tauladan)

10 views
Skip to first unread message

salleh hasan :-) :-)

unread,
Mar 28, 2008, 2:10:12 AM3/28/08
to kgmalay...@googlegroups.com, xs...@yahoogroups.com
PENDAYUNG SAMPAN 
 Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. 
 Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.   Professor
memang mencari pendayung sampan yang  pendiam   agar tidak banyak bertanya ketika dia   sedang membuat kajian. 
 Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.   Diambilnya
sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di   dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu   mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
 
"Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata   Professor
itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula   memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur   pendayung
sampan. 
   
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya   Professor itu. 
 
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu   dgn ringkas. 
 
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". 
 
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari   mendayung
sampan?" Tanya Professor itu.   
  
Pendayung sampan itu   hanya menggelengkan   kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu   tahu geografi?"    
Pendayung sampan itu menggelengkan   kepala. 

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari   usia kamu." 
 
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" 
 
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.     
  
"Kasihan.   Kamu dah kehilangan   50 peratus usia kamu. Kamu tahu
fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. 

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan   kepala. 
 
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75   peratus dari usia
kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak   tahu.Seluruh usia kamu   dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor   itu dengan nada  mengejek dan angkuh.
 
Pendayung sampan itu hanya   berdiam diri.
 
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.   Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan   pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,     
 
"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa   kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang   menuju ke pantai. 

 
 
Morale of the Story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh   menjamin
kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak   tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.     
 
Adakalanya   orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya
dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak   ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER"   dalam bidang yang diceburi. 
 
  
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu
yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? 
 
   
Hikmat Inspirasi: 

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.  

Usaha sempurna adalah kemenangan.. 
  
  
  
  
Thanks & Regards....


Salam Ikhlas;
 
Khairul Salleh Hasan


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages