Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi.
Kepada seluruh penduduk marilah kita lakukan perubahan pada AGM kali Ke 8 ini. Kita tukar kepimpinan yang ada kepada pemimpin baru. Pemimpin baru agar hala tuju persatuan lebih tertumpu kepada keagamaan, mempertahankan hak penduduk dan lebih kepada usaha penyatuan masayarakat.
APA PENDAPAT ANDA... |
Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi. |
Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi. |

|
Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi. |
Assalamualaikum,
Macam ada yang tak kena aje ni kenapa nie. Apa yang telah dilakukan oleh Kepimpinan yang telah lalu ni. Saya rasa apa yang telah dilakukan oleh beliau selama ini tiada apa pun cacat celanya malah mendapat sanjungan drp golongan kanak2 hingga keorang tua. Jgn lah kesilapan yang remeh temeh ini dijadikan alasan untuk tukar pemimpin. Mohon maaf saya tiada apa2 kepentingan pun dengan kepimpinan yang ada sekarang. Saya cadangkan agar kita sama2 bersatu untuk memajukan Kampung Kita bersama, bukankah itu merupakan selogan yang anda selalu laung-laungkan.
Syabas buat Sdr Zainudin kerana telah menjalankan kerja2 amal ini tanpa mengharap balasan. Semoga anda meneruskan kepimpinan anda yang cemerlang ini. Sekali lagi saya ingatkan hendaklah bersatu kerana Islam bukan kerana bangsa.
Jazakallah
From: kgmalay...@googlegroups.com
[mailto:kgmalay...@googlegroups.com] On Behalf Of mdsukeri
Sent: Friday, 07 May, 2010 12:53 AM
To: kgmalay...@googlegroups.com
Subject: [kgmalaysiaraya] Perubahan Kepimpinan Persatuan Penduduk
|
Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi. |
DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.
Salam...saya terpanggil utk memberi komen atas cadangan sdr Sukeri.Wpun sudah hmpir 6 thn saya berpindah dr kg msia,saya tetap anak jati Kg Malaysia Raya dan sentiasa mengikuti perkmbgan kamara.Apa sbnrnya yg tuan inginkan??Tidak cukupkah jasa dan bakti kepimpinan skarang terhadap penduduk kg msia raya?Kalau tuan merasakan diri tuan cukup layak utk menggantikan kepimpinan sedia ada,knapa tuan tidak menawarkan diri dan berkempen secara berhemah utk mengambil-alih kepimpinan sekarang?Apa perlunya meminta pendpt penduduk kg dlm group ini?Saya rasa kenyataan tuan telah byk mengguris hati penduduk kg dan kepimpinan sekarang seolah-olah usaha mereka selama ini tidak dihargai.Jgn biarkan pihak luar menggangu-gugat keharmonian dan kesejahteraan kg kita.Utk pengetahuan tuan, dr info yg saya perolehi,AGM kali ini tidak ada sebarang pemilihan,sekadar membincangkan isu2
semasa..TAK BUAT HOMEWORK la tu..![]() salam.. --- On Thu, 5/6/10, mdsukeri <mdsu...@yahoo.com.my> wrote: |
|
Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya megucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk kerana bakal mengadakan AGM kali Ke-8 tidak berapa hari lagi. |
Assalamualaikum,
Salam hormat kepada seluruh penduduk kampong, melihat kepada teguran yang saya lontarkan sebelum ini, ternyata tuan-puan telah membuat kenyataan dan telahan tanpa melihat latar belakang saya sebelum ini. Saya amat yakin bahawa tuan-puan yang telah menghantar komen menidakkan pandangan saya selaku ahli persatuan dan bekas setiausaha persatuan penduduk Kg Malaysia Raya dan seluruh organisasi kampung semenjak penubuhan awal nya dahulu.
Tuan-puan dari pelbagai komen yang dihantar, saya amat tertarik behubung komen tuan-puan seolah-olah saya tidak pernah berjasa kepada kampung. Kejayaan dan kecemerlangan kampung kita bermula ketika saya setiausaha lagi bukan nya baru. Dimana tuan-puan, Sdr Amat Moin dimana, tak pernah turun pun ke majlis-majlis persatuan sebelum ni, program ceramah di surau tu saya yang aturkan dari awal sebelum diserahkan kepada sdr Amat, di mana sdr Aical Moin ketika itu, ada ke melibatkan diri dalam persatuan, SRS dan Surau, dimana Tuan Abdul Razak Rahman ketika itu, hanya datang singgah2 jea kan. Siapa Umi Sarah ketika itu hanya aktivis sapu sampah di dewan jea. Bila hari ne kampung dah berada dikemuncak semuanya melukut di tepi gantang dan nak jadi jaguh : )mmm pulak. Tuan-puan ne hanya ibarat ayam yang berkokok dalam sangkar atau seperti burung kakak tua yang baru belajar bercakap, tuan-puan pun belum daftar jadi ahli persatuan lagikan dan tak pernah turun mesyuarat pun... ; ).
Tuan-puan, hala tuju persatuan telah sebati dalam hidup saya sehingga hari ini, segala ceruk, celah, lubang, keuntungan rukun tetangga semua dilakukan dengan kedua tangan saya untuk kampung, saya juga yang menjayakan SRS dari hari pertama dulu dan tuan-puan juga yang menentang ketika itu. Bukan tujuan saya nak memecah belahkan masyarakat, salah ke saya melontarkan cadangan untuk perubahan salah ke teguran ini dikemukan. Untuk sedarkan semua kerana hala tuju yang dah menyempang. Banyak lagi yang tuan-puan tak tahu..takpalah, kita bukan nak rosak kan mana2 individu cuma ingin buat perubahan jea sikit.
Sabda Rasulullah SAW ;
Bermaksud:" Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”(Riwayat al-Bukhari)
Kita kena buat perubahan hanya melibatkan kepimpinan persatuan penduduk sahaja. Bagi jawatan pengerusi KRT, Komuniti Bistari Dan GDW terus dikekalkan tanpa dipertandingkan, organisasi ini bebas boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti SRS dan lain-lain. Skop persatuan penduduk hanya tertumpu dan memfokuskan kepada isu seperi keagamaan, kearah penyatuan masyarakat dan mempertahan kan hak penduduk kampung malaysia raya. Budaya pengerusi menguasai seluruh jawatan pengerusi organisasi lain adalah tidak relevan dan sesuai lagi ketika ini kerana ianya mampu mewujudkan salah guna kepentingan.
Tuan-puan yang dirahmati Allah. Yang tuan-puan lihat kejayaan hari ini hanya kosmetik jea, cukup-cukup lah, nak cemerlang tinggi mana lagi buat program shok-shok sendiri jea. Sehingga perjuangan mempertahankan hak penduduk digadaikan. Anak muda diperalatkan, mendekati anak muda kampung dengan ugut-mengugut, tak ikut persatuan padang futsal tak boleh bagi main, dan yang terbaru pusat bacaan komuniti bestari kampung yang dijadikan kelab belia dibuat dinding nak dijadikan pejabat anak kepada pemimpin tertentu, bila belia dan anak muda kampung membantah, kena halau dan diarahkan kosongkan pulak. Bila ada pemimpin diantara belia dan pemuda, dipecahbelahkan pulak. Dimana tuan-puan ketika usia muda dulu fahami lah jiwa anak muda kita hari ini, mereka berpendidikan. Dekatilah mereka dengan pendidikan. Adakah ini yang dikata kampung cemerlang, kampung contoh atau kampung berjaya setiap tahun. Menang hadiah kampung terbaik. Ini semua terpaksa saya jelaskan agar tuan-puan boleh faham. untuk kebaikan bersama. Tukar lah selogan kampung kita tanggungjawab kita itu dah tak sesuai dan hipokrit.
Tuan-puan yang dirahmati Allah. Lihat dipersekitaran kita, pembangunan yang semakin menghimpit apa yang perlu kita buat.. Mencari keuntungan untuk koperasi atau mempertahankan tanah sekeping kampung malaysia raya. Tanya diri anda!!!
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Dr Abdullah Yasin kerana membantu menjelaskan dan memberikan pandangan dalam memperbetulkan keadaan secara keseluruhan. Ibarat tanah kemarau yang mengharapkan hujan.
Tuan-puan yang dirahmati Allah. Saya dimaklumkan oleh salah seorang ahli jawatankuasa persatuan yang telah hadir bermesyuarat dan memaklumkan bahawa tahun ini adalah tahun pemilihan, dan rakan tersebut memaklumkan bahawa pengerusi menjelaskan agar semua jawatan dipertandingkan dan hanya jawatan pengerusi sahaja perlu pertahankan, tapi pelik pulak boleh bertukar.. mmm takpalah memang jadi kebiasaan bagi mereka yang berkuasa mampu mencaturkan perubahan segalanya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :
Bermaksud :" Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
Saya secara peribadi akan terus berusaha memastikan perubahan dilakukan jika bukan hari ini, esk atau dimasa-masa akan datang agar pemimpin terbaik dan dihormati untuk di ketengahkan. BERSATULAH KEARAH PERUBAHAN.
Segala yang ditulis diatas adalah semata-mata untuk kepenting penduduk dan bukan kepada mana-mana individu lain. |
|
--- On Sat, 8/5/10, mohd rahmat abd rahman <al_id...@yahoo.com> wrote: |
Sabda Rasulullah SAW ;
| Salam.... Jawapan balas dr sdr sukeri sungguh menikam kalbu...hehe..tak usah la ungkit2 jasa dan pengorbanan yg kita dah buat..Allah kan lebih mengetahui...tak gitu tuan? HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM..... |
| Salam , Bagi pendapat saya , biar la kepimpinan yg ade sekarang di kekalkan...harap jangan ade perubahan ape2 ..ape yang saye lihat sudh cukup kg kite menikmati ape yg di ingini setiap penduduk setempat..ape yg di nyatakan oleh saudare rahmat ade betulnye..mungkin ade ayat2 yg pedih,pedas smpi menikam kalbu yd di lontarkn atau tertaip tanpa sengaja,,,dn mungkin ayat2 itu menyentuh perasaan sesetengah penduduk yg boleh menilai baik buruk nya. |
|
|
Assalamualaikum,
|
Sabda Rasulullah SAW ;
|
|
|
Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" . Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya? |
| salam... tulisan pn zuriati telah MEMBONGKAR segala2nya..yg tau,tau la...saya ulang kembali...HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM... --- On Sat, 5/8/10, Zuriati akmam <zaa...@yahoo.com> wrote: |
|
|
-- Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" . Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya? |
SALAM KAMARA,
AKU NAK KOMEN BOLEH..MCM NIE JIKA PERSATUAN INI TIDAK TERURUS, KORUP, ATAU PEMIMPIN TAK LAKSANA TUGAS YG DI MANDAT KAN OLEH PENDUDUK KG ATAU ADA PENYELEWENGAN ITU PATUT KITA JATUH KAN SEPERTI MANA DULU KITA SEMUA PERNAH MENJATUHKAN SESEORG SUATU KETIGA DULU??? MUNGKIN 15 THN DULU KEJAP JE BRE...ITU MEMANG PATUT KITA MUSNAHKAN..SEKARANG KG AMAN SEMUA TERLAKSANA KEMUDAHAN2 PENDUDUK BERKERJA SAMA, BANTU MEMBANTU, HORMATI ORG TUA, DAN USAHA RINTIHAN, TANGISAN BERJAYA KITA DI PUNCAK..so aku harap jika ko pikir cara nie boleh buat ko senang baik lupa kan lah bre...malu keluarga bro tulis2 mcm nie..Ni bukan Politic, Ini Penduduk kg
politik kasi duit jer bro..kuikuikui
p/s
Aku rasa baik ko berhijrah jer ar hidup berdikari, belajor duduk tempat org sesiapa ko, org tak kenal berkerja keluar dari hidup ko sebenar, jangan jadi kan politic ko mempengaruhi jiwa dan darah daging... ingat
Salam REFOMASI
|
|
|
|
Bismillahirahmanirahim,
Salam, terima kasih diatas segala pandangan yang tuan-puan kemukakan, pada pandangan dan amatan saya, usaha kearah perubahan akan saya teruskan sehingga mencapai okjektif dalam mempertahankan hak penduduk, Perubahan kepimpinan ini perlu dilaksanakan adalah bedasarkan sebab-sebab berikut : 1. Memastikan Hak penduduk kampong di pertahankan. Contoh kes : 10tuan-tuan tanah, dari Lot 53 - Lot 62 dikenakan tindakan roboh, apakah peranan persatuan? membantu mempertahankan kepentingan penduduk atau menyokong secara bertulis kepada syarikat tertentu untuk mengambil alih tanah tersebut bagi tujuan komersil yang berasakan keuntungan dengan mengadaikan kepentingan penduduk yang telah mendirikan kediaman mereka semenjak 30 tahun lalu. Nauzubillah jika tuan-puan yang mengecam saya semata-mata untuk mempertahankan kepimpinan yang telah melakukan kesalahan seperti ini. Dimana kewarasan tuan sebagai penduduk dan sebagai pemegang jawatan. Wakil dari lot-lot berkenaan, memang geram dan ada yang nak tumbuk muka pengerusi tetapi kita sabarkan, tidak guna kalau kita menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah. Jalan penyelesaian nya melalui perubahan, dan perubahan mestilah dalam bentuk penyampaian(berkempen) cara demokrasi. Begitulah luahan hati penduduk, bagaimana jika anda ditempat mereka??
2. Masalah ceramah di surau yang lebih tertumpu kepada ceramah kepartian yang tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan masyarakat menjauhi surau.
3. Masalah anak muda yang selalu disekat, dikekang, diberi amaran, nak main bola pun susah, dihalau dan di maki oleh individu tertentu yang sebenarnya perbuatan tersebut disifat lebih memalukan dari penjelasan yang saya buat dalam email kedua yang lalu.
Plan Perubahan yang dicadangkan adalah seperti berikut :- 1. Di Nama Allah Dan Rasul, Calon bagi jawatan Pengerusi Persatuan KMR yang saya ingin ketengahkan adalah Ustaz Dr. Abdullah Yasin seorang berkaliber, dihormati, lebih baik dari yang baik, dan tokoh cendiakiawan yang dikenali ramai.
2. Perubahan Kepimpinan hanya melibatkan Persatuan Penduduk sahaja, KRT, GDW , Komuniti Bestari dan Perkasa KMR, biar pengerusi yang sedia ada mengekalkan jawatan nya dan menjalankan aktiviti serta progam seperti biasa. Perubahan hanya tertumpu kepada Jawatan Pengerusi Persatuan penduduk agar peranan sebenar Persatuan Penduduk dapat dilaksanakan bagi mempertahankan hak penduduk. Dengan perubahan ini maka dapat diberi pengimbangan yang lebih baik dalam organisasi KMR. Jika pemimpin yang baik sudah tentu mampu memimpin dan mampu dipimpin.
3. Peranan Persatuan selepas perubahan ini dilaksanakan, hanya perlu memantau perjalanan seluruh organisasi yang ada di dalam kampung.
4. Perubahan Kepimpinan Persatuan kelak perlu memberikan keutamaan dan menekankan penyatuan masyarakat dalam bentuk ceramah serta dialog, mempertahankan hak penduduk dan membantu serta mendekati anak muda.
5. Slogan kampong kita tanggungjawab kita perlu ditukar kepada kampong kita hak kita bersama kerana kampong kita sememangnya tanggungjawab kita namun jika hak kita diambil / tidak dipertahankan siapa yang harus dipertanggungjawabkan.
Saya harap dengan penerangan dan penjelasan terakhir ini akan dapat menjelaskan dan memperbetulkan pandangan serta tanggapan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya bukanlah kacang lupakan kulit, saya ingat dan sedar bahawa saya dilantik menjawat jawatan sekarang kerana sokongan semua pihak justeru itulah telah menjadi tanggungjawab saya membantu dalam memperbetulkan keadaan. Untuk makluman, semenjak saya dilantik hingga ke hari ini saya telah membantu sebilangan besar penduduk di Bandar Tun Razak menyelesaikan pelbagai masalah, dan sebagai tanda menghargai amanah yang tuan puan telah berikan, saya berusaha memastikan bahawa hari esok akan lebih baik dari hari ini khasnya di BTR dan amnya KMR. Tak nak pula nanti ada yang mengatakan bahawa kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Sebagai anggota masyarakat yang demokrasi kita perlukan perubahan demi perubahan dalam memastikan kesempurnaan. Bukan seperti kata pepatah Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua ( kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya) Tegakah tuan puan melihatnya?? Bukan maksud saya ingin merendahkan atau menjatuhkan sesiapa, namun sebagai penduduk dan juga generasi ke 2 kampung ini, rasanya saya juga berhak untuk mengemukakan idea, anggaplah ini sebagai salah satu USUL bagi AGM akan datang. Akhir kata, terima kasih di atas pandangan, teguran, cacian, dan sindiran yang telah dikemukakan. Memang benar hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam namun dalam dunia moden yang serba canggih hari ini Jauhari juga boleh terlepas pandang menilai Manikam sebenarnya.
Dua Tiga Kucing Berlari Belari-lari ditengah jalan Bukanlah saya nak meninggi diri Sekadar ingin beri cadangan
Kalau jauhari kenal manikam Tidakkan salah menilai batu Baru pandangan semua dah hentam Sampai ke sudah di takuk itu…..
Kepada para pengkritik yang telah melahirkan pandangan semoga berjumpa lagi seminggu sebelum AGM ke 9. Dalam tempoh setahun ini fikir-fikirkanlah dengan kewarasan akal anda tentang misi perubahan tersebut.
27 Jamadil Awal 1431H BERANI BERUBAH “ KAMPUNG KITA HAK KITA BERSAMA ” |
|
MOHD SUKERI BIN ABDUL SAMAT |
Assalamualaikum,
Ustaz agak terkejut juga begitu membaca nama ustaz dikaitkan dengan kepimpinan Kampung Malaysia Raya. Kepada Sdr Shukri khasnya ustaz ucapkan banyak terima kasih di atas kepercayaannya. Hanya saja alangkah baiknya jika Sdr Shukri bertanya atau paling kurang memaklumkan terlebih dulu kepada ustaz tentang apa yang ingin dicadangkan itu. Ustaz bimbang akan muncul salah faham dari penduduk yang ustaz ada hasrat untuk mengambil alih kepimpinan kampung.
Kebimbangan ustaz itu seolah-olah menjadi kenyataan dengan adanya beberapa komen dari penduduk yang cuba menasihati masyarakat Kg Malayasia Raya agar memilih pemimpin dari kalangan anak asli kampung sendiri. Apa makna tersirat nasihat ini ? Ustaz dapat rasakan.
Oleh itu, agar perkara ini jangan berlarutan, ustaz merasa perlu membuat kenyataan bahawa ustaz tidak berminat langsung untuk menyandang tugas kepimpinan Kg Malaysia Raya. Ustaz sudah selesa dengan tugas dakwah ke Jalan Allah. Tugas dakwah sudah sebati dan mendarah mendaging dengan jiwa ustaz. Manis pahit dalam berdakwah sudah ustaz lalui, tetapi hati tetap gembira menjalankan tugas suci tersebut.
Kepada Sdr Shukri sekali lagi ustaz ucapkan terima kasih dan hargai di atas kepercayaannya. Kepada seluruh penduduk Kg. Malaysia Raya saya nasihatkan agar abaikan cadangan Sdr Shukri. Diharapkan agar jangan ada yang kecil hati dengan kenyataan ini. Ustaz doakan semoga musyawarah berjalan lancar.
Wassalam,
Ustaz Abdullah Yasin
No 62 Jalan Pauh Kijang
Kg Malaysia Raya - Sg. Besi - KL
| Sy Tertarik dengan pandanga en.razak rahman ini adalah satu cara sebenarnye menyelesaikan masalah.Jika peribadi kita perlu nyata kan masaelah kita kepada persatuan apa guna nye kia berpersatuan jika landasan pun kita lalui salah.Jangan jadi kan diri ini tertekan dan jangan membawa terkanan ke atas diri in utk kepentingan peribadi.,takde keje pergi cari kerja lah..Takde wang gie jadi penyamun lah..kan judi dah halal boleh main judi lah' Zaman sekarang mana ada org2 susah semua kaya2 bre sukri.. Renung-renungkan ..jangan lupa beramal |
|
Kalau Kita sudah sepakat.....
Harimau Di hutan Dapat Dikat"
Nak di tuia musim tak jadi
Namun di tunggu senja menjelang
Puas kita tabur jasa dan budi.....
Emas' jugak yg dipandang orang
Sekian. Jutaan Terima Kasih
Jebat@jeli 0122160567
| salam.... AGM KAMARA da slamat bersidang pg td tp mana perginya "bakal pemimpin" yg nakkan perubahan tu???amcam 'baling batu sembunyi tangan' plak ni...macam mana nak guna slogan BERANI BERUBAH kalau TAK BERANI DATANG...tahun depan bole masuk RAJA LAWAK...klakar la u ni... ![]() --- On Sat, 5/15/10, jebat jbat <jeba...@yahoo.com> wrote: |
salam...
mohd rahmat abd rahman..
kite ni kn sekampung...ade pemimpin..kn malu lau org luar tau yg kg kite ni ade
mslh..satu daerah bandar tun razak tau kg m'sia raye, kg yg terbaik diantare
kg2 yg lain..dan byk menang pelbagai acara....dan belaku nye hal demikian
sungguh memalukn pemimpin dan penduduk..mcm mane nnt pabila generasi mude jd
pemimpin suatu hari nnt..ini kah contoh yg baik diberikn oleh pak cik2..dan
pemimpin...
ape slh nye klu belaku nye perubahan pemimpin...mane tau lbh baik drpd baik..
AGM KAMARA bkn ke daa lps pak cik rahmat???
mengapa pak cik perlu bangkitkn isu dtg atau pon tdk???
perkara dag lpskn pak cik rahmat..???
seolah-olah pak cik rahmat ni ingin mengaibkn org..???
ke pak cik rahmat nk amk jawatan pengerusi???
pak cik2..
sume nye dah lps..
sudah2 la yea..
malu lah cikit kat ank2 mude ni..
ni ke contoh pak cik2 berikn....
MACAM MANA DGN KAMI PADA MASA AKAN DATANG???
SAPA DIANTARA KAMI YG JADI PEMIMPIN NANTI..???
BOLEH KER KAMI BERSATU KALAU MACAM NI..??
MACAM MANA DGN KAMPUNG MALAYSIA RAYA AKAN DATANG..???
HARAP EN.MOHD RAHMAT B. ABD RAHMAN MEMAHAMI APA YG SAYA CUBA SAMPAIKAN DAN TIDAK LAGI MENGAIB KAN ORANG LAIN...
SAYA MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN JIKALAU KATA2 SAYA NI AGAK KETERLALUAN DAN MENYINGGUNG PERASAAN ENCIK DAN PIHAK LAIN..
SAYA RASA,SAYA BERHAK BERSUARA SEBAB SAYA JUGA SALAH SEORANG ANAK JATI KAMPUNG MALAYSIA RAYA.