-----Original Message-----
From: ReSpeKs@yahoogroups .com [mailto:ReSpeKs@ yahoogroups. com]On Behalf Of azrul iskandar
Sent: Monday, September 15, 2008 10:47 AM
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
Subject: Re: [ReSpeKs] Najib Razak mula 'memberontak' !
saya lihat jepun dan negera-negara yang begitu maju...kerajaan mereka sentiasa bertukar, hinggakan mereka antarabangsa yang dihormati di dunia. kenapa kita takut kepada perubahan...kita ada pilihan... hari-hari dok makan nasi lemak muak juga..apa kata kita cuba nasi kerabu kerr.. nasi kandar kerrr... kalau tak boleh masuk gak..asyik sakit perut n muntah... makan la balik nasi lemak tuu..
empat lima tahun bukan lama pon...
semua orang ingin berjasa jika diberi peluang...
saya lihat senario ini secara keseluruhan. ..
yang mana saya sendiri
sebagai rakyat turut merasai tempiasnya.
seloka buat aku..
Kalau betul kita akui...
kalau salah kita nasihati...
kalau tak setuju tunjuk bukti...
dah ada bukti..... jangan jadi buta tuli...
dok maki sana dok maki sini....
bertekak sana bertekak sini..
akhir sekali siapa yang rugi..?
Kalau pon hati sekeras keluli..
dah tak boleh ditebuk dan digerudi..
Dongak kelangit... insafi la diri
Aku bukan tuhan di dunia ini..
mengapa angkuh bila berdiri..
lagak seperti ayam jantan berkokok dinihari.... (sekarang ayam2 tak main.. set jam ngan hpone jea-perubahan tuuu)
jangan kita lupa atau ingkari
aku tidak kekal di dunia ini.....
----- Original Message ----
From: hashim ishak <hashim572002@ gmail.com>
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
Sent: Monday, 15 September, 2008 5:51:02
Subject: Re: [ReSpeKs] Najib Razak mula 'memberontak' !
para_jump, kamu tersilap... saya sokong umno bukan taksup menyokong pemimpin umno... umno telah banyak berbakti kepada orang melayu... pemimpin datang dan pergi... kamu yang maki hamun orang umno tu tak faham dan bezakan, sayangkan umno dan sayangkan pemimpin...umno telah menjalani banyak dugaan dan cabaran dimasa lepas... insyaalah umno akan juga mengatasi dan menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapinya sekarang.sekian terima kasih,
Hashim Ishak.
Skype: hashimmelaka
WLM: hismk57@streamyx. com
EMAIL: hashim572002@ gmail.comMelaka Bandaraya Bersejarah` TUN PERAK '----- Original Message -----From: para_jump101 airborneSent: Monday, September 15, 2008 12:03 AMSubject: Re: [ReSpeKs] Najib Razak mula 'memberontak' !
Salam,Dulu sdr Hashim ishakl ni bukan main taksub memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Beliau cukup marah bila ada yang kutuk atau memperlekehkan pemimpin-pemimpin UMNO. Kini lain macam pula bunyinya. Mengapa agaknya. Adakah beliau merasa pemimpin UMNO Melaka Datuk Seri Panglima Mohde Ali Rustam tidak mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden atau tiada siapa-siapam yang mencalonkan Mohd Ali Rustam, maka sdr Hashim Ishak mendendangakan rentak lagu lain pula. Dulu bukan main lagi berdondang sayang dan joget lambaknya. Tetapi kini bunyi rentak rap pula.Apa yang terbuku dihatinya ye. Mohon penjelasan.Sekian.From: hashim ishak <hashim572002@ gmail.com>
Subject: Re: [ReSpeKs] Najib Razak mula 'memberontak' !
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
Date: Sunday, September 14, 2008, 3:06 AM
senang je untuk pak lah... pak lah minta dicalon sebagai presiden dan tengoklah sapa yang nak bertanding lawan dia... tengku razaligh atau najib razak... biarlah amalan demokrasi tu subor dalam umno.... kalau najib dan lain-lain dah tak sabar nak tau apa pandangan dan pendapat bahagian umno semuabiarlah kita semua gentleman... siapa ada sokongan perwakilan akan dapat pencalonan.. . jangan main-main passing baton... orang yang nak di beri baton pun dah nyanyi lagu lain... so pak lah pun kena ubah irama baru... yang penting umno bukan parti semua ya! saja... biarlah dari bawah ke atas dan janganlah dari atas ke bawah saja... tu yang sekarang dah bunyi maccam-macam rentak lagu.sekian terima kasih,
Hashim Ishak.
Skype: hashimmelaka
WLM: hismk57@streamyx. com
EMAIL: hashim572002@ gmail.comMelaka Bandaraya Bersejarah` TUN PERAK '----- Original Message -----From: umar faruqiTo: respeks@yahoogroups .com ; tipah@yahoogroups. com ; kayangan@yahoogroup s.com ; SahabatInteraktif@ yahoogroups. com ; mahligai@yahoogroup s.com ; bersamamu@yahoogrou ps.com ; blalang_group@ yahoogroups. com ; keluarga_melayu@ yahoogroups. com ; keluarga02@yahoogro ups.com ; melayucyber@ yahoogroups. com ; melayusiber@ yahoogroups. com ; rampai_iklan@ yahoogroups. com ; respons@yahoogroups .com ; kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com ; uitm-melaka@ yahoogroups. com ; azhariyeeiin@ yahoogroups. com ; iklanbebasku@ yahoogroups. com ; usahawan_cyberia@ yahoogroups. com ; MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com ; mymasjid@yahoogroup s.comSent: Sunday, September 14, 2008 7:15 AMSubject: [ReSpeKs] Najib Razak mula 'memberontak' !
Najib Razak mula 'memberontak' !
Dilulus terbit pada Sunday, September 14 @ 02:05:35 MYT oleh greenbocOleh Yangretibase
"
Perdana Menteri Dato' Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi sewajarnya lebih terperanjat dan sekali gus tersentak mendengar kenyataan timbalannya, Dato' Seri Haji Mohd.Najib Tun Razak berbanding kenyataan oleh Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin.
Abdullah Ahmad Badawi menyatakan keterperanjatannya apabila Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan hatinya terhadap pelan peralihan kuasa antara Abdullah dengan Najib atas alasan faktor masa menunggu yang terlalu panjang dan lama. Dengan nada kesal berbaur marah, Abdullah menekankan hujahnya bahawa pelan peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun 2010 sudah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO serta kabinet, termasuk Muhyiddin sendiri. Dengan kata lain, tidak perlulah sesiapapun dalam UMNO, apatah lagi seorang Naib Presiden, mempertikaikannya; tunggu sajalah, tarikh keramat itu pasti tiba.
Namun, Abdullah tidak pula menyatakan atau melahirkan keterkejutannya apabila Najib sendiri yang selama ini kelihatan cukup bersabar dan tenang, memperlihatkan gambaran yang jelas bahawa keputusan pelan peralihan kuasa itu belum muktamad. Hal ini terbukti apabila Najib menyatakan bahawa ahli parti UMNO pada peringkat bahagian yang berhak membuat keputusan melalui mesyuarat bahagian masing-masing dan seterusnya dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti.
Bukankah, kalau menurut Abdullah, pelan peralihan kuasa itu sudah muktamad? Mengapa Najib sendiri yang membangkitkannya pula? Tidakkah itu secara tuntas memperliahtkan penentangannya terhadap Abdullah?
Sudah terang lagi bersuluh. Abdullah Ahmad Badawi jangan berpura-pura buat tak faham. Najib sudah tidak sabar serta tidak tahan lagi menunggu saat Abdullah berundur. Jun 2010 terlalu jauh lagi. Dalam keadaan senario politik Malaysia yang amat bercelaru ini, macam-macam boleh terjadi. Yang paling menakutkan Najib ialah terlepasnya kuasa pemerintahan negara Malaysia ini kepada musuh besar yang digeruninya, Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim. Nanti, Najib pasti kempunan besar; Najib akan berputih mata kecundangan!
Abdullah sepatutnya sedar diri bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan beliau lagi. Oleh sebab itu, saya dengan ikhlasnya menasihati beliau supaya turun takhta sekarang juga. Saya khuatir, Abdullah akan mendapat malu yang tak terbilang Disember nanti.
Kasihan Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
PESANAN :
Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.
ym : mr_respeksweblog : http://respeks. blogspot. com