Fw: ((Tmn2Syurga)) Hukum Solat Sunat Selepas Witir

6 views
Skip to first unread message

sharimah isah

unread,
Oct 14, 2009, 8:26:00 PM10/14/09
to KGMALAYSIA kAMARA


RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL..
 

 
OLEH YANG BERBAHAGIA USTAZ MAT ISA DERAMAN
 
"Apa hukum solat sunat lepas solat witir, ustaz"? Itulah soalan yang sering ditanya kepada saya. Kalau selama ini, saya hanya menjawab dalam sesi soal jawab agama pada hari ahad, kuliah dhuha tetapi hari ini saya akan menjawabnya dalam saluran blog pula. Semoga ianya lebih kekal dan senang dipindahkan kepada rakan-rakan yang bertanya sokmo soalan ni.

Kita tahu solat witir adalah antara solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. dan dinamakan sunat muakkad yaitu sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari sebelum tidur atau bila bangun daripada tidur untuk bertahajjud. Menjadi kebiasaan, ianya menjadi solat penutup kepada semua solat-solat sunat dan dilakukan dengan ganjil samada satu, tiga, lima hinggalah jumlah yang paling maksimum 13 rakaat.

Sebaik-baiknya, ianya dilakukan dua rakaat satu salam. Namun demikian harus dilakukan semua jumlah rakaat yang tersebut itu dengan satu salam sahaja. Dilakukan secara bersambung terus, dengan dua tashahhud (tahiyyat). Tahiyyat pertama pada rakaat sebelum akhir, manakala satu lagi tahiyyat pada rakaat terakhir sekali.

Perbuatan menyambung solat witir sekaligus 3,5,7,9,11,13 rakaat dengan satu salam pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Bukhori, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain).

Bacaan dalam solat witir kalau dilakukan tiga rakaat ialah, rakaat pertama selepas fatihah ialah surah Al-A'la, manakala rakaat kedua sesudah Fatihah surah Al-Kafirun. Pada rakaat ketiga pula di baca surah 3 qul.

Kembali kepada persoalan asas kita, adakah boleh dilakukan solat sunat yang lain selepas solat witir? Jawabnya; Boleh. Nabi s.a.w pernah melakukan solat sunat selepas melaksanakan solat witir sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lainnya.
Ummu Salamah r.a. menyatakan bahawa baginda s.a.w pernah melaksanakan solat sunat sesudah melakukan solat witir.

Tetapi perlu diingat tidak boleh melakukan dua kali witir dalam satu malam. Maksudnya, pada awal malam sudah dilakukan witir, kemudian bila bangun malam berwitir sekali lagi. boleh solat sunat yang lain tetapi bukannya solat witir berdasarkan satu hadis yang bermaksud: "Tiada dua witir dalam satu malam". (Abu Daud, at-Tirmizi dan An-Nasaie).

Semoga terjawab segala persoalan dan tersingkap segala kekeliruan. Amin
 


Click here to get emails from webgroup



__._,_.___
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/

Untuk siarkan iklan sila hubungi: Taman2Syu...@yahoogroups.com

[Tiada iklan saham, MLM atau seumpamanya yang dibenarkan sama sekali. Harap beri kerjasama. Ahli yang melanggar syarat akan disekat keahlian]

Lihat respon/jawapan: http://groups.yahoo.com/group/E-Perbincangan/messages
Lihat respon/jawapan: http://groups.yahoo.com/group/E-Perbincangan/messages

SERTAI KELAB: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/app/addressbook/
SERTAI KELAB: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/app/addressbook/


Semua emel (RESPONS)"REPLY" & PERTANYAAN yang mahu disampaikan ke ahli group hendaklah dihantar ke <E-Perbi...@yahoogroups.com>

*Emel "reply" yang dihantar ke Taman...@yahoogroups.com tidak akan dilayan

JIKA ADA SEBARANG MASALAH/KOMEN SILA HANTAR KE:
IF YOU HAVE ANY PROBLEM/COMMENT PLEASE SEND TO:
Taman2Syu...@yahoogroups.com

WAKTU SOLAT: http://www.e-solat.gov.my/MainWS.php

====================================================
         PESANAN UNTUK PENGHANTAR EMEL
====================================================

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Groups blog

The place to go

to stay informed

on Groups news!

Yahoo! Groups

Auto Enthusiast Zone

Love cars? Check out the

Auto Enthusiast Zone

Yahoo! Groups

Small Business Group

Share experiences

with owners like you

.

__,_._,___

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages