BACAAN TALQIN KE ATAS JENAZAH

335 views
Skip to first unread message

ammusabd20

unread,
Aug 27, 2012, 12:46:44 PM8/27/12
to kgmalay...@googlegroups.com
Soalan:  Adakah terdapat hadis yg menyuruh kita supaya membaca Talqin ke atas Jenazah atau adakah perintah supaya memohon agar si mati ditetapkan pendiriannya itu dianggap sebagai talqin ataupun tidak?.

Jawapan:  Membaca Talqin itu adalah SUNAT ke atas org yg mukalaf dan tidak disunatkan ke atas kanak-kanak yg belum baligh, walaupun sudah merasai syahwat sekalipun.  Begitu juga TIDAK DISUNATKAN Talqin ke atas ORANG GILA dan PARA NABI serta PARA SYUHADA. (Dan hadis yang diriwayatkan) oleh al-Tabrani yg bermaksud:
"Apabila mati salah seorang antara saudara kamu, maka segerakanlah mengebumikan jenazahnya.  Apabila telah dikambus dengan sempurna maka hendaklah salah seorang antara kamu duduk di bahagian kepalanya seraya berkata, (wahai si polan anak si polanah), maka sesungguhnya jenazah di dalam kubur mendengarnya tetapi ia tidak dapat hendak menjawabnya. Kemudian katanya lagi (wahai si polan anak si polanah),  maka jenazah di dalam kubur pun bangun dan duduk, kemudian berkata lagi , (wahai si polan anak si polanah) lalu ia pun menjawab:   
ﺍﺭﺷﺪﻧﻰ ﺭﺣﻤﻜﻢ ﺍﻟﻠﻪ
( Tunjukilah saya pasti Allah akan merahmati kamu) , cuma kamu sahaja yg tidak menjdengar jawapannya , kemudian katakanlah:
 ﺍﺫﻛﺮ ﻣﺎ  ﺧﺮﺟت ﻋﻠﻴﻪﻣﻦ  ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ شهاده ﺍﻥ ﻟﺎ اله ﺍﻟﺎ الله ﻭﺍﻥ  مﺣﻤﺪﺍ  ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ   
  ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺭﺑﺎ ﻭﺑﺎ لاسلام  ﺩﻳﻨﺎ ﻭﺑﻤﺤﻤﺪ  ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠيه ﻭﺳﻠﻢ ﻧﺒﻴﺎ ﻭﺑﺎﻟﻘﺮﺍﻥ ﺍﻣﺎﻣﺎ .

Maka sesungguhnya Munkar dan Nakir sambil berpegangan tangan antara kedua-duanya seraya berkata: Marilah ikut kami ke tempat yg mana mereka sedang mengajar talqin sebagai hujahnya."

Lalu bertanya seorang sahabat, " Ya Rasulullah, bagaimana jika kami tidak tahu nama ibunya, " maka jawab Baginda, " Bin akan dia dengan neneknya Hawa, dan adalah lebih baik jika ditambah;
ﻭﺍﻥ ﺍﻟﺠﻨﺖ ﺣﻖ  ﻭﺍﻥ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﺣﻖ ﻭﺍﻥ ﺍﻟﺒﻌﺚ ﺣﻖ ﻭﺍﻥ ﺍﻟﺴﺎﻋﻪ ﺍﺗﻴﺖ ﻟﺎ ﺭﻳﺐ ﻓﻴﻬﺎ  ﻭﺍﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺒﻌﺚ ﻣﻦ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺒﻮﺭ

Disunatkan memohon penetapan diri ini jika jenazah itu terdiri daripada mereka yg mukalaf dan bukan para nabi dan bukan yg mati syahid.

Adapun Talqin itu dituntut supaya dibaca selepas kubur selesai dikambus kerana ketika itulah malaikat Munkar dan Nakir datang menemuinya untuk bertanya beberapa soalan dan dibimbanginya akan berlakulah fitnahnya (ﻓﺘﻨﻪ ﺍﻟﻘﺒﺮ).

Dalam kitab I'ab ada menyebut:

Apa yang dimaksudkan disini bukanlah hakikat fitnah yg sebenar kerana mustahil org yg mati dalam Islam akan difitnah tetapi yg dimaksudkan di sini ialah perasaan gementar dan takut untuk menjawab soalannya atau dibimbangi lambat untuk menjawabnya atau perasaan takut terhadap dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir yg datang dengan bentuk yg hodoh lagi bengis, Syubrawi.

Syeikh Abdul Wahab Asya'rani dalam kitabnya Muhtasar Tazkirah Qurtubi ada menyebut: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada seorang pun daripada hamba apabila dibaca di atas kuburnya tiga kali iaitu:
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺤﻖ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺍﻝ ﻣﺤﻤﺪ ﻟﺎ ﺗﻌﺬﺏ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻤﻴﺖ.
Pasti Allah akan melepaskannya daripada seksa kubur sehinggalah ditiup sangkakala."

DiPetik dari Kitab FURU' AL-MASA'IL WA USUL AL-WASA'IL Oleh:
Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
DiSusun semula oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz- Mantan Pegawai Agama Istana Negara dan Penasihat Agama kepada DYMM SPB Yang di -Pertuan Agong
Dg kata-Kata ALuan oleh Datuk Hj Md Hashim Yahaya- Mantan Mufti WP dan Dato' Noh Gadot- Penasihat Majlis Agama Islam Johor dan Mantan Mufti Johor.

HJ MUSTAPHA ABDULLAH
Amir ( Ketua) Sukarelawan Al Falah Yadim WP
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages