PERTAHANKAN TADIKA KEMAS

2 views
Skip to first unread message

Nas Isma

unread,
Jan 5, 2009, 7:38:33 AM1/5/09
to kgmalay...@googlegroups.com, SahabatI...@yahoogroups.com, sa_r_e...@yahoo.com, dash...@yahoo.com, datukben...@yahoo.com, dejo...@yahoo.com.my, dewi_cem...@yahoo.com, dha...@yahoo.com, dtk...@yahoo.com.my, Aja, D.mi, Daha, DATO' Ahmad Puad, muha...@rurallink.gov.my, z...@bharian.com.my, da...@hmetro.com.my
Pertahankan TADIKA KEMAS, ia telah banyak berjasa kepada anak-anak kita, demikian pendapat ramai pihak ekoran tindakan gopoh ketua kampong kerajaan PR di Perak yang menutup dan mengunci tadika-tadika KEMAS di negeri tersebut.
 
Jangan jadi seperti Ahli Parlimen PKR Ampang yang tega menghina Tadika KEMAS sebagai tadika tak berguna dan sekolah makcik-makcik sahaja. Orang kaya dan angkuh macam Zuraida mungkin tak perlukan tadika tetapi kepada orang susah dan ramai anak, Tadika KEMAS adalah tempat terbaik.
 
Untuk makluman, 5 orang anak-anak saya adalah graduan Tadika KEMAS, mereka kini telah menamatkan pengajian dari IPT termasuk dari UK dan kini mereka semua telah pun bekerja. Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membiayai kewujudan Tadika KEMAS tersebut.
 
Sebagai rakyat yang prihatin terhadap pendikan asas pra-sekolah khususnya di luar bandar, penulis menyeru supaya institusi pendidikan seperti KEMAS tidak dipolitikkan. KEMAS adalah institusi kerajaan persekutuan bagi memajukan kapasiti pendidikan pra-sekolah untuk penduduk luar bandar.
 
PR harus belajar dari tindakan serupa yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) yang menutup TADIKA KEMAs yang akhirnya membawa kejatuhan Pas di Terengganu dengan gerakan Gelombang Biru. 
 
Sikap membalas dendam, hasad dan pilih kasih hanya akan menambahsulitkan lagi masalah rakyat yang memang telah sedia tertekan akibat kenaikan harga barang. Justeru pertahankan Tadika KEMAS di seluruh negara demi masa depan anak-anak kita yang dahagakan pelajaran.
 
Naseron Haji Ismail
 

Mohd Hanafi Hanafi

unread,
Jan 6, 2009, 4:14:11 AM1/6/09
to kgmalay...@googlegroups.com
Sememangnya penutupan TABIKA KEMAS oleh Pemimpin di Negeri yang berkenaan iaitu Perak dan Selangor adalah sememangnya satu kerugian yang amat besar bagi pendidikan awal kanak-kanak rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu..
Seperti kata penulis, tak semua rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang mampu belajar di tempat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang lain terutamanya swasta..
Dan walaupun kita tahu masih ada pusat pendidikan awal kanak-kanak yang lain seperti PraSekolah dan Tadika Perpaduan, namun adakah mampu untuk menampung keperluan penduduk rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak kita yang semakin bertambah saban tahun..
Adakah kita mahukan kanak-kanak kita tidak mendapat pelajaran yang sewajarnya yang sepatutunya adalah hak mereka untuk meningkatkan lagi kecerdasan minda dan kecergasan fizikal sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Dan sebenarnya telah lama terbukti bahawa kewujudan TABIKA KEMAS ini banyak membantu menyediakan kanak-kanak kita berjaya dalam kehidupan mereka..
Rasanya, kebanyakan pemimpin yang ada sekarang ini tidak kira yang terlibat dalam politik mahupun tidak, tidak kira parti BN mahupun PR, merupakan graduan TABIKA KEMAS..Jadi, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan habis madu sepah dibuang..
Hidup TABIKA KEMAS..

--- On Mon, 1/5/09, Nas Isma <angah...@yahoo.com> wrote:

zulkifli abd samad

unread,
Jan 6, 2009, 9:31:12 AM1/6/09
to kgmalay...@googlegroups.com
 
Salam....
 
Tabika  KEMAS adalah asas persekolahan anak-anak kita orang Melayu di luar bandar.
Nah ! kebanyakan premis TABIKA  ini  dibangunkan di atas tanah hak milik Kerajaan Negeri
ataupun Premis / Bangunan kepunyaan Kerajaan Negeri.
 
Isunya... Kalau Kerajaan Negeri itu Pembangkang tentu saja  itu Hak Pejabat DO lah
yg membenarkan atau sebaliknya.
 
Justru..... kita  jangan jadikan  isu ini  untuk mainkan sentimen panas telinga dan kepala kita.
 
Namun gitu kalau betullah Tabika itu di KUNCI, trnya Kerajaan Negeri AMAT ZALIM .
Tapi kalau KUNCI nya hanya pada sebelah malam, ianya AMAT BAIK demi keselamatan TABIKA.
 
Sekadar komentar!!!!!!


 


Date: Tue, 6 Jan 2009 01:14:11 -0800
From: napi_...@yahoo.com
Subject: [kgmalaysiaraya] Re: PERTAHANKAN TADIKA KEMAS
To: kgmalay...@googlegroups.com




Get easy photo sharing with Windows Live™ Photos. Drag n’ drop
stat2233.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages