Influenza A (H1N1)
ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World
Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan
krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus
Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran
wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi
pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang
disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh
dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei
2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di
United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169
orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka
yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri
merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah
sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui
dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini
biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti
manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran
virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis
penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh
virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun
dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan
babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan
terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan
merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas,
pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang
sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009,
beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah
dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas.
Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama
pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa.
(Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika
Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc. gov/swineflu/ investigation. htm.
Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases
control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang
bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini
(H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia
lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana
mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini
terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti
demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan
kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait
dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit
(kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah
dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus
selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan
kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung
ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain.
Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang
lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan.
Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang
disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung
mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh
menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak
hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita
mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah
dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah
membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat..
Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum
banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh
tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang
sakit..
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat
seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah
jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan
berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari
terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral
akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia
juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk
tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil
sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini
boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom
sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak
kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang
menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata,
mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari
mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh
merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan
bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain
dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus
dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja
kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan
mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan
ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang
vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa
perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman
yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah
langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung
anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke
dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan
air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih
tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam
selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga
mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup
mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu
mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan
membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air
ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol.. Basuhlah tangan antara 15
ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu
pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan.
Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya.. Jika
menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol
di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air
untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang
dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai
simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan,
selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa
dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom
tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan
adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan
selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza
dari tahap sederhana ke tahap serius.. Antara 2005 hingga Januari 2009,
12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika
Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi
serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun
dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat
selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976,
wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih
200 kes serius dan satu kematian..
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak
melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan
produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan
disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat
pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi
memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi
kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan
termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai
tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe
pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas,
Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk
memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta
merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan
Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau
warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas,
Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari
masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat
orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil
oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai
wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia
bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah
melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat
negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada
terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan
pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang
menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk
negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang
penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama
penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat
maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini
boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau
03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh. gov.my
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Daripada: Shahidah <shahidah@boh. com.my>
Kepada: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Dihantar: Rabu, 13 Mei, 2009 12:03:15
Subjek: [sim] PERLU INFO : Influenza A (H1N1)
dalam bahasa Melayu
Assalamualaikum
ada sesiapa boleh berikan nformasi mengenai Influenza A (H1N1) dalam
bahasa melayu.
terima kasih
--
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!