Peluang menjawat jawatan di jab. Perpaduan (Seperti disiarkan oleh BERNAMA)

3 views
Skip to first unread message

Mohd Zainuddin Hj. Amran

unread,
Jan 24, 2010, 9:18:35 AM1/24/10
to google Groups

Jabatan Perpaduan Pelawa Graduan Menganggur Sertai Mereka

 

ALOR SETAR, 23 Jan (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) mempelawa orang ramai khususnya graduan menganggur untuk berkhidmat dengan jabatan itu sebagai Pegawai Penggerak Perpaduan.

Ketua Pengarah jabatan Datuk Azman Amin Hassan berkata tugas mereka adalah membantu jabatan melaksanakan program-program kemasyarakatan termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Mereka akan ditempatkan di kawasan-kawasan Parlimen di empat buah negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

"Jawatan ini adalah secara kontrak antara dua dan tiga tahun, dan diletakkan pada Gred S32," katanya sambil menambah mereka yang berminat boleh memohon terus kepada jabatan itu.

Mengulas mengenai peruntukan kepada Rukun Tetangga, Azman berkata selain peruntukan tahunan RM4,800, kerajaan juga akan memberi tambahan sebanyak RM500 sebulan kepada pasukan yang aktif.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 5,409 Rukun Tetangga di seluruh negara menyaksikan pertambahan 500 pasukan pada tahun lepas.

-- BERNAMA



Daripada,
MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Pengerusi Persatuan Penduduk &
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Pengerusi Gerakan Daya Wawasan
Pengerusi Komuniti BESTARI
Merangkap
Ketua UMNO Cawangan
Kg. Malaysia Raya

33 Kampong Malaysia Raya
57100 Sungai Besi, Kuala Lumpur
H/P: 6-019-2764133  Fax: 6-03-90570767
Email: mz...@hotmail.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
 
 




Hotmail: Free, trusted and rich email service. Get it now.

braim 400

unread,
Jan 24, 2010, 10:17:49 AM1/24/10
to kg.malaysia.group
oh ye...maaf tersilap info. TQ.
 

From: mz...@hotmail.com
To: kgmalay...@googlegroups.com
Subject: [kgmalaysiaraya] Peluang menjawat jawatan di jab. Perpaduan (Seperti disiarkan oleh BERNAMA)
Date: Sun, 24 Jan 2010 14:18:35 +0000
--
Anda menerima message ini kerana email anda telah berdaftar dengan Google Groups "kgmalaysiaraya" .
Untuk menghantar message anda, sila email ke kgmalay...@googlegroups.com
 
keterangan lanjut,sila ke website kita yang sedang dalam pembinaan : http://kgmalaysiaraya.com.my atau ke Laman Google group di
http://groups.google.com.my/group/kgmalaysiaraya?

New Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages